Sunday, August 7, 2011

Menangislah Jika Itu Yang Terbaik


Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Sesiapa pasti pernah merasa kecewa dan terluka atas kehilangan arah cinta yang dibina.. Siapa pun pasti terasa kesedihan dan akhirnya menangis di dalam meratapi akan musnahnya cinta..

Dan selalunya air mata yang mengalir itu adalah teman bagi kaun hawa.. Dan amat jarang sekali lelaki menunjukkan kesedihan dan kekecewaan hinggakan setitik air yang mengalir melalui pipi itu adalah dari musnahnya hubungan percintaan..



Kadang menangis seseorang itu bukanlah akibat dari kesedihan cinta sesama insan.. Mungkin kerana kehilangan seseorang meninggalkan dunia untuk selamanya.. Mungkin jua kerana akibat kerunsingan kewangan dan kekeluargaan.. Dan pelbagal lagi sebab yang lain yang mungkin amat menyedihkan hingga air mata yang amat jarang mengalir itu keluar..

Sedar.. Sedar hingga hujung mata.. Tertitis tangisan tak terungkap makna.. Harus ke mana lagilangkah  kaki ini hendak di tuju ? Ke mana duka kan kita bawa? Lelah membelenggu diri.. Amat terasa jalani hidup ini tanpa makna.. JIKA DIA BUKAN UNTUKU.. Biar pun terjatuh terkubur debu bumi.. "Kutunggu jawaban Mu Ya ALLAH.. Redha jiwa ini di atas segala keputusanMu"

Dan pabila sahaja diri ini terluka, menangislah wahai teman.. Jangan di simpan erat rasa kekecewaan itu.. Adalah lebih baik dan terbaik melepaskan sedikit keluhan dan meratap dalam pekat malam meluahkan sedikit kekecewaan.. Tidak perlu dipendam dalam hati..

Menangis bukan bererti kita tewas.. Dan menangis bukan jua erti kalah atau pun mengalah.. Tetapi air mata itu sebenarnya dapat mencuci rohani, sakit hati, dendam dan rasa amarah dalam hati.. Dan pasti akan rasa leganya keluhan itu di singkap sedikit demi sedikit..

Dan tangisan itu adalah luahan perasaan seorg insan yang masih punyai harga diri.. Namun menangislah kerana Allah agar tangisan itu bermnfaat di dunia dan di akhirat.. Dan ingatlah menangislah kerana keinsafan.. Menangis kita bukan untuk selamanya sedih.. Menangis itu cuma seketika untuk melepaskan sedikit rasa sakit dalam jiwa..

Kita semua hamba-Nya lemah yang sering sahaja melakukan kesalahan.. Menangis mengenangkan betapa kita ini sering terlupa pada Sang Pencipta.. Dan biarkan saja air mata itu menitis.. Kerana kita tahu air mata itu adalah anugerah Allah kepada makhluknya

Dan aku yakin dan pasti, tidak semua pendapat dan pandangan aku seiring dengan kenyataan yang berlaku.. Kerana aku jua punyai salah, punyai suara dan kadang hanya kedengaran sayup jauh melihat di mana arahku..



Comments
10 Comments

10 Orang Yang Prihatin:

azs said...

sememangnya, menangis itu adalah satu cara yang terbaik dari memendamkan rasa.. Tangisan juga, membawa pelbagai makna.. Tapi, jangan bazirkan tangisan pada yang tidak sepatutnya.. Sebaliknya, bangkit seusai tangisan itu reda..

Sunshine said...

inallahhama'ana..T__T mohon share

Unknown said...

saya wanita dan saya memang mudah mengalirkan air mata..penyakit keturunan barangkali.:)

s u a r a h e a R t y said...

kalau aku nangis , ang pujuk bole ? hehe

ejAtMirUl said...

menangis perkara yg pling sush bg aq,,,
apkh tandanya,,??
adkh krana aq ni keras ati,,,
ntahlah,,??
aq pn x tahu,,,

anGah said...

@ejAtMirUl ego..

ErMeE AhmAd said...

Menangis untuk mencari kebahgiaan.Moga akan kita jmpa kebahagiaan kelak.Insyallah.

aLiAh said...

assalamualaikum... sedaynye... emm xtertahan air mata nie.. tp kne tahan gk.. cz puase.. hihihkk.. :P

minta izin share ^_^

★ saya sayang ALLAH★ said...

hmmm ....

nuurhafiz said...

kdg2 menangis itu perlu utk meluahkan keperitan yg di alami... menangis bukan bermaksud kita lemah... menangis juga bukan bermakna kita kalah... tetapi menangis adalah untuk menghilangkan kesakitan dan menukarkan ia dengan kesenangan... :)