Saturday, August 6, 2011

Satu Cerita di Pagi Ini


Cinta itu tersendiri dan sebenarnya tidak perlu diundang.. Hadir dan menyelinap dalam diri bagaikan tarian indah si bidadari.

Assalamualaikum

Entry ini bukan berkisah tentang jiwa jiwa.. Harap maklum..

Di awal pagi sabtu ini, sedang mengecat blog jiwa jiwa, dan rasa masih belum berpuas hati lagi.. Dah nampak semakin serabut, tak tersusun.. Aku tak berapa nak paham sangat sangat mengenai susun atur dan blog ini.. Belasah aja lar..

Sesambil tu, blogwalking sana sini, melihat blog sana sini.. Dan aku ada beberapa persoalan, blog kita hiasi ini siapa yang baca  sebenarnya? adakah kebanyakkan dari blogger juga? Atau silent reader? Dan aku terfikir, entry macam mana yang menarik minat pembaca? Adakah entry santai? Entry semasa seperti gosip artis atau politik? Atau entry umum macam pengetahuan am? semakin lama semakin pening..

Kalau cerita I follow U, U follow i.. Rasanya, perkara biasa.. mana mana blog yang ada shoutbox, pasti akan ada msg tinggalkan pesanan memberitahu empunya blog - yang dia dah follow dan minta follow kembali.. Ala... Jangan marah dia.. Sekurang kurangnya dia masih ada semangat.. Nanti bila dah letih, senyap la ye.. huhu.. Bagi aku, itu perkara biasa.. Kita tak dapat memaksa orang lain follow blog kita.. Dan kita seharusnya ada ikhlas dapat meng follow blog orang lain..

Tapi sebenarnya, aku suka dan amat amat suka bila setiap kali masuk blog jiwa jiwa, follower bertambah.. Rasa bersemangat.. Dan pageviews semakin bertambah.. Semangat juga.. Dan user online 40 50 orang ke atas, lagi bersemangat.. Dan lihat visit today melebihi 1500 orang sehari.. Perghhh.. Rasa amat amat semangat menghasilkan entry.. Entry yang berkualiti dan boleh diterima umum.. 

Tapi kadang aku jua, ada kalah, ada salah.. Ada letih ada lelah.. Apa yang ada itulah diriku.. Sekadar berkongsi akan rasa.. Melepaskan keluhan bisu buat tatapan jiwa jiwa yang punyai rasa.. Aku dengan caraku dalam mengenal erti kehidupan.. Menulis ini mohon agar tetapkan hati bukan kerana nama tapi punyai satu rasa

Tertanya tanya hilangnya seorang sahabat maya di kenali Fida Aisyah atau blognya dahulu adifstory.blogspot.com.. Di manakan beliau? 



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Santri T.P.I.N.I said...

blog ni juga mcm buku juga. ada buku cerita novel majalah gosip dan juga ilmu. buat pilihan utk kita yg baca.

Citarasa Rinduan said...

salam ziarah.,
datang dari blog ben....

PS; saya pun suka bertukar2 pendapat dan berblogging

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

Tak kisahlah apa2 pun..yg penting kita semua meriahkan dunia blog ni..