Monday, August 15, 2011

Tentang Cinta dan Rindu


Bila rindu itu bertandang kadang bukan ertinya cinta.. Tapi bila cinta sudah bersemi, rindu itu selalu saja ada..

Cinta punyai tafsiran dan ertinya yang masih tersirat.. Punyai maksud yang berbeza beza pada setiap yang menilainya.. Dan juga ada kalanya didendam akan hakikat cinta yang hadir.. Cinta ditafsir mengikut apa yang dirasai oleh seseorang.. Jika cinta itu baginya bahagia, di angkat dan di sanjung akan rasa cinta.. Dan bila cinta itu baginya adalah derita, di benci dan seolah cinta itu telah memadam warna indahnya cinta di dalam hatinya..


Seolah cinta itu mematikan hatinya membutakan cahaya yang ada..

Tapi sebenarnya cinta.. Mengajar kita erti saling menghormati di antara satu sama lain.. Menghormati dia kerana dia adalah wanita.. Menghormati di kerana dia lelaki.. Menghormati dia kerana dia adalah kekasih hati.. Menghormati dia kerana dia punyai maruah diri.. Kerana cinta itu menghormati antara satu sama lain.. Kerana menghormati dia seorang wanita, kita tidak menindas di atas nama cinta..

Menyintai seseorang tidak seharusnya memiliki.. Kerana cinta itu bukanlah paksaan pada yang memberi dan menerima.. Kadang hadir tidak di duga.. Datang dan pergi tanpa ada pesan.. Kadang pudar akan warna jika tidak di semai dan di hargai sepanjang masa.. 


Rindu pada kenangan lalu terus membuatkan derita di dalam jiwa hanyut di alam sendiri.. Rindu pada kisah lalu membuatkan kita tenggelam di khayalan yang kita inginkan.. Membiarkan perasaan itu ada dan terus menyiksa batin demi sedikit dan amat perlahan sekali

Rindu pada kisah lalu hinggakan terlupa kita punyai tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.. Di dalam membawa diri, semakin jauh akan kekuatan diri yang sepatutnya mewarnai kehidupan kita.. Kita lupa dan terus hilang akan keyakinan diri kita asyik dengan cinta yang pergi..

Rindu yang amat terasa hingga terlupa pada realiti, dia bukan lagi milik kita.. Rindu yang selalu bermain dijiwa hingga kita asyik dalam dunia kita sendiri.. Hingga kita sudah kehilangan diri.kita yang dulu.. Diri kita yang tika dulu punyai harga diri.. Kini sudah hilang akan maruah diri.



Comments
19 Comments

19 Orang Yang Prihatin:

nabil de jang said...

sedih lah begini.. hati nya bukan untuk ku lagi

aShi gurlzz said...

i tell u i never love u again but secretly i never stopped,, :(

Nuramalina Aziz said...

erm.cane ea..kite cintakan dy dan dy pon cintakan kite tapi..ta daapt bersame..em...:(

peNulis SeNjA said...

like it

suaraheaRty said...

meaningful . . .deeply ~

cik aisha said...

merindu pd kisah lalu mmg xdpt nak elakkan..;(

anGah said...

@nabil de jang rileks sudah.. huhu

anGah said...

@aShi gurlzz lek lek.. huhu

anGah said...

@peNulis SeNjA perghhh.. otai bersuara.. huhu

anGah said...

@suaraheaRty huhu.. entry menipu je ni.. huhu

mR.sAm said...

xtau nk ckp cmna g...terbaik~~

Beeha B. said...

ehem..entry ni mcm perli i je. *perasan kejap* i like it mr. angah!

chiedah sydh said...

ye, cinta x smsti nya memiliki...
he told me that...
sbb sy da ade someone... =(

Yasmin ♥ said...

terbaikk ! Suke entry nie :))

Yasmin ♥ said...

terbaikk ! Suke entry nie :))

Cahaya Qaseh said...

aq xpasti sama ade ini cinta..

yg pasti aq rindu.... ~_~

nuruashia ♥ said...

huhuhu..sayu jep bce uhuk9!~

anGah said...

@nuruashia ♥ huhu.. lek lek sudah

Norhashimah Hamim said...

@aShi gurlzz Same goes to me..ermm :(
but i try to be strong..i hope you can be strong girl..