Thursday, March 31, 2011

Jiwa yang jauh : Berpisah kita cuma mati



Dalam dakapan malam yang usang, cuba alunkan kisah cerita resah yang selalu saja bermain di minda.. Tiada langsung niat mencerminkan siapa empunya rasa..

Kamu bukanlah seorang tabah dalam menghadapi hari mendatang.. Kamu bukannya orang yang cukup kuat untuk teruskan suasana begini.. Apa yang ada padamu, hanya lemah dalam bayang sendiri..

Dalam ketika satu rasa amat dalam kamu akui tiada siapa yang memahami rasa ini.. Sering saja dipandang remeh dan dibiarkan sayu mata memandang.. Seolah olah kamu tiada harga diri menjelajah dalam hiasan kehidupan..

Aku memandang sayu pada satu wajah.. Ku tatap dalam dirinya jauh jauh.. Cuba juga untuk memahaminya.. Namun masih aku kecewa - gagal dalam tanggungjawapku sendiri..

Kamu yang kini terus melayani rasa.. Yang ada cuma sunyi dalam sepi.. Siapa tahu isi hatimu.. Siapa tahu apa mahumu.. Dan kamu terus dalam hanyut membiarkan arus kecewa melemaskanmu..

Senyuman mesra yang terukir dari raut wajahmu disenangi orang sekeliling.. Melihat betapa manjanya kamu.. Betapa amat disenangi orang lain.. Namun di dalam hati kamu.. Masih menyimpan bara derita yang membakar.. Dalam kepura puraan menyembunyi satu perasaan yang dalam keterpaksaan.. Sejauh mana lagi senyuman itu ingin kamu bawa? Lama manakah akan bertahan hidupmu bagaikan menanti retaknya kaca..

Seandainya ketenangan dalam mencari erti kasih sayang itu tiada dalam diri kita dan tidak bermula dari dalam jauh dari kita sendiri, sia sia sahaja kita membuang masa mencarinya di tempat lain.. Mulakan dengan diri kita sendiri.. Berubahlah wahai detik hati..

Aku tahu kamu di dalam dilema.. Di dalam keresahan yang panjang.. Seolah gelap saja langkahmu kini.. Bersabarlah, berpisah kita cuma mati....



Wednesday, March 30, 2011

Santapan Jiwa : Hadapi dengan senyuman



Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita..

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah



Jiwa Rindu : Rindu pada yang sudi



Buat rindu yang masih tiada henti.. Rasa rindu yang kadang kadang rasa sebak dan pedih.. Merindui seseorang yang entah di mana.. Merindui kenangan lalu yang tak mungkin lagi bersama.. Merindui sejarah silam yang dulu amat manis dikenang..

Jauh itu ada ruang yang memisah.. Jauh itu ada dua hati yang terpisah.. Apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Dan rindu itu membuatkan anda tidak dapat mengawal perasaan.. Setiap saat mengingati si dia.. Bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga.. Apapun yang dipandang akan mengingati pada si dia.. Ingin sekali anda melihat wajahnya..

Dan rindu tidak seharusnya cinta.. Dan selalunya bila cinta pasti merindui..

Hadirmu bagai suria pagi
Sinarnya lembut memamah embun

Tatkala terik ia bagaikan membakar api asmara

Yang bergelora di dada

Kasihku padamu selembut bayu petang

Yang mengetar di jiwa

Rinduku padamu bagai garis-garis senja

Yang tak sabar menanti bulan melimpahi cahayanya

Ke dalam Lautan Cinta kita berdua

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..



Tuesday, March 29, 2011

Jiwa Sayu : Hati yang kamu sakiti



Hati yang kamu sakiti

Jangan pernah katakan bahawa cinta itu untuk diriku sedangkan masih ada yang memerlukan kasih berpanjangan.. Kerana kamu telah rela membahagikan nilai cinta itu padaku antara dia dan aku.. Aku masih lagi begini dalam luka yang yang dalam.. Dan di saat tika ini masih jua aku merasakan sakit yang dalam..

Maafkan saja bila ku tinggalkan dirimu.. Maafkan saja bila aku pergi jauh meninggalkan satu kisah antara kita.. Kerana kini bukan lagi kisah antara aku dan kamu.. Kerana kini antara aku dan dia, mana satu pilihanmu..

Kerana hati ini selalu kamu sakiti.. Dan terus aku terasa pedih hingga di pada satu masa tiada lagi air mata.. Kerana hati ini selalu kamu lukai, hingga tiada lagi ruang untuk berdarah.. Meratap sayu dalam kecewa yang pedih.. Tanpamu, aku terus hanyut.. Dalam meniti hari mendatang aku dalam khayal..

Kini aku harus berjuang sendiri.. Tanpa ada kamu aku harus kuat melangkah ke depan.. Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku.. Pergi bersamanya meninggalkan kenangan kita yang dulu pernah dalam suka dan duka..

Seharusnya kamu tahu, hati ini yang kamu sakiti kan terus menangis dalam melepaskan dirimu dari sisi hidupku.. Harus kamu tahu, hati ini yang selalu kamu sakiti.. Dan harus kamu tahu, ku akan terus bahagia walau bukan denganmu

Rossa- Hati Yang Kau Sakiti



Jiwa Sayu : Surat buat kasih tersayang


Surat terakhir buat mama dan putera tersayang...

mama..

malam bagaikan dingin..badan terasa sejuk..

tidak seperti malam sebelumnya..

nafas papa kian sesak...derita ini makin menghimpit..

apakah esoknya..fajar menyising sempat untuk papa nikmati..

mama..

hidup ini hanya pinjaman...

bersama selama ini..papa rasa sungguh bahagia

mama dan 2 orang putera..

kalian hadiah yang amat bernilai dalam hidup papa..

mama...kau isteri yang taat..ibu yang penyayang..

pandanganmu redup..senyumanmu menenangkan..

kala papa buntu..mama penunjuk arah..

bila papa resah..mama redakan..

papa bangga dengan mama..tabah mengasuh anak-anak kita...

puteraku tercinta...

papa sayang kalian...hingga hujung nyawa papa..

kemanisan itu amat sekejap..

papa akan abadikan setiap detik kenangan kita..

ingat pesan papa..taat perintah ALLAH,

"jadilah anak yang soleh"..

demi untuk papa..walau papa tiada lagi nanti..

demi untuk mama...yang amat mengasihi kalian

mama dan puteraku tersayang...

terasa ingin memeluk kalian saat ini..

terasa ingin kucup kalian waktu ini..

hati seorang ayah..ingin kuat untuk menghadapi segala kemungkinan..

kita yang tidak mampu untuk melawan takdir..

maafkan papa...maafkan papa kiranya ada kekurangan

yang tidak mampu papa beri pada kalian..

mama...anak-anak papa..

usah bersedih dengan pemergiaan papa

doakanlah untuk papa...moga papa temui kebahagiaan yang hakiki di sana..

papa akan tunggu kalian di pintu syurga...Insya_ALLAH

ingat..yang hidup pasti akan mati..

yang datang pasti akan kembali kepada_Nya

papa sayang kalian...

salam penuh kasih dari papa...


*Entry neh dari admin Dinda dari page Saya Cinta Suami Saya.. Sedey kan..






Jiwa lawak : Calon isteri pilihan


Susahnya Mencari Calon Isteri?

1. Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. "Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!". Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.

2. Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. "Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!" Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada.

3. Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. "Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu" Itu ok lagi.. Kalau. "Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah" Tak ke naya?

4. Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? "Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan" Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?

5. Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. "Abg, Leha nak makan murtabak tu.." Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk.


p/s amacam bro?ada bran?

hanya sandiwara semata-mata tiada kena mengena dengan idop atau yg mati :)


*share dari admin RaRa.. lepak la page tu page angah gak.. hoho





Monday, March 28, 2011

Cinta - bagi yang mahu menyelaminya


Cinta ibarat KUPU-KUPU ...

makin kau kejar, makin ia menghindar

tapi bila kau biarkan ia terbang.

ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.

cinta bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti.

tapi cinta itu hanya istimewa, apabila kau berikan pada seseorang yang

layak menerimanya..jadi tenang tenang saja jangan terburu-buru

hingga kau bisa memilih yang terbaik

RAGU - RAGU DENGAN PERNIKAHAN

Cinta bukanlah perkara menjadi "ORANG SEMPURNA"nya seseorang.

Cinta adalah menemukan seseorang yang membantumu menjadikan dirimu sempurna.

PLAYBOY / PLAYGIRL

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU" bila kau tidak benar-benar peduli padanya.

Jangan bicarakan soal perasaan -perasaan itu bila tidak benar - benar adanya.

Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya.

Jangan menatap kedalam matanya bila yang kau katakan cuma DUSTA.

Hal terkejam yang bisa dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,padahal kau tidak berniat sama sekali untuk menerimannya saat ia terjatuh

SUDAH MENIKAH

Kalau Cinta jangan katakan "INI SALAHMU !" tapi maafkan aku ya?

Bukan " KAU DIMANA?! " melainkan "AKU DISINI,KENAPA?"

Bukan "MASIH BELUM MENGERTIKAH?" tapi "AKU MENGERTI "

Dan bukan "CUBA, SEANDAINYA KAU.... " akan tetapi "TERIMA KASIH YA, KAMU BEGITU...."

PATAH HATI

Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya

dan akan mengiris luka sedalam kau membiarkannya.

Tantangannya bukanlah bagaimana bisa mengatasi melainkan apa yang bisa diambil sebagai pelajaran dan Hikmahnya

BELUM PERNAH JATUH CINTA

Jika tidak sanggup untuk merasakan derita jangan sanggup untuk bercinta.. Kerana dalam adat bercinta, ,memang lumrah derita dan bahagia berselang seli..


INGIN MENGUASAI

Hatimu patah melihat yang kau cintai berbahagia dengan oranglain(bener buanget), tapi seharusnya akan lebih sakit mengetahui bahwa yang kau cintai ternyata tidak bahagia bersamamu.

TAKUT MENGAKUI

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu.

Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kau cintai sama sekali tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

MASIH BERTAHAN MENCINTAI SESEORANG YANG SUDAH PERGI

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta,hanya kemudian pada akhirnya kau menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu.

Dan kau telah mensia sia kan bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. kalau sekarangpun ia sudah tak layak, 10 tahun dari sekarangpun ia juga tak akan layak. maka biarkan ia pergi dan lupakan

Cinta memang banyak takrifnya.. Beruntunglah jiwa yang masih mempunyai rasa untuk bercinta..


* Rujukan dari satu note yang tersimpan..



Sunday, March 27, 2011

Maaf - ego lelaki terlalu tinggi?



Ada sesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri.


Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi

Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.


Memperlihatkan Kelemahan Diri

Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan. Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.


Tidak Suka Mengaku Kesalahan

Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.


Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata

Enggan memohon maaf secara terbuka, ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.


Bimbang Maaf Tidak Diterima

Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.


*share dari pak ngah.. dah minta izin tau.. hoho



Kebahagiaan dalam perkahwinan



Sebuah perkahwinan bahagia merupakan impian setiap insan.. Mereka mahu terus menikmati kemanisan bercinta sehingga ke akhir usia kerana kebahagian adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya.. Bukan semua insan berpeluang bahagia kerana ada yang menderita akibat perkahwinan yang tidak membahagiakan..

Perkahwinan adalah satu ikatan hidup dan janjian antara dua insan yang sama sama inginkan bahagia hingga akhir hayat.. Dan menjadi kewajipan antara suami dan isteri menjaga tanggungjawap masing masing..

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah.. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”.. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami di samping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri.. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain.. Ini perlu, kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian.. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama.. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan.. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia.. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.. Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah.. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri.. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan.. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah s.w.t. setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


*Rujukan dari Pak Ngah.. Ada sape sape tak kenai?



Saturday, March 26, 2011

Andai aku tahu



Andai aku tahu - Wajahmu penuh dengan sepi.. Dari raut wajahmu masih tiada terukir satu senyuman.. Masih aku menanti dalam sabar di mana senyum itu penawar rasa bagiku.. Namun masih tiada.. Dan aku masih dalam tanya apa salahku..

Andai aku tahu - Tiap pertanyaanku, akan terjawap.. Ada kalanya terpaksa aku ulang mengulangi beberapa kali.. Seolah kamu tiada disisi.. Tanyaku berbunga bunga.. Namun jawapannya tetap membasi saja.. Dan aku masih mencari mana silapku..

Andai aku tahu - Tiap saat aku tenung dalam wajahmu, dapat aku rasakan hanya diri yang ada.. Jauh kamu termenung seolah melayang kamu jauh entah di mana.. Siapa di hatimu?

Andai aku tahu - Bagaimana caranya untuk aku merapatkan lagi hubungan kita.. Yang dulu entah kemana, yang sekarang entah dimana.. Aku jua manusia punya hati dan rasa.. Ada jemu ada amarah tersimpan.. Maafkan aku sayang..

Andai aku tahu - Diammu begitu asyik.. Hinggakan tiada langsung kedengaran bisik suara, yang dulu aku pernah jua terdengar.. Mana salahku? Dan diam itu seakan membunuhku.. Dan diam itu amat aku benci kerana aku tak tahu apa rasamu..

Dan aku masih tidak tahu - Siapa aku sebenarnya aku padamu? Adakah hanya kepura puraan yang dilakonkan.. Aku bukan insan sempurna.. Ya aku tahu.. Sejarah lalu masih lagi mekar bagiku..

dan kamu juga perlu tahu.. Aku memerlukanmu kerana kamulah hidupku..



Friday, March 25, 2011

Drama: Jodoh belum tentu bahagia hingga ke akhir hayat



Satu kisah kawan punya kawan punya kawan...

Semua orang pasti pernah merasakan bahang asmara cinta yang hadir.. Kadang kisah lara sering kita dengar.. Dan tak kurang pula kisah bahagia.. Namun selalu menjadi persoalan, sejauh mana bahagia yang telah tercipta..
Setiap insan yang sedang bercinta pasti inginkan kesudahan bahagia.. Adakah bahagia mereka itu terletak pada perkahwinan? adakah sehingga mendapat zuriat? Itulah kita, insan lemah yang tidak tahu rahsia masa depan kita.. Dan kadang jodoh tidak panjang..

Kita tidak mengharapkan perpisahan terjadi.. Namun sejauh mana janji dapat kita tunaikan.. Betapa sedih dan rasa amat terkejut bila aku mendapat tahu satu kisah sahabat aku mengenai seorang lelaki (pernah mengenali) telah bercerai dengan bekas isterinya (tidak kenal) hanya melalui sms..

Dengar desus cerita, si lelaki berjauhan dengan bekas isteri kerana kerja.. Lain lain negeri Pahang dan Pulau Pinang (kalau tak salah) dan hanya berjumpa sebulan sekali atau dua.. hasil perkahwinan mereka 2 tahun lebih (kalau tak silap aku) mendapat seorang anak lelaki (juga kalau tak silap) dan anak dalam jagaan si bekas isteri..

Bukan aku ingin menceritakan keburukkan orang.. Cuma ingin aku sentuh di sini.. Dulu pasangan ini bercinta bertahun lamanya.. Bercinta dari zaman universiti lagi.. Kemudian hinggalah ke zaman kerja..

Si lelaki ini sebenarnya ada hubungan ala ala skandal dengan si isteri orang (kenalan aku masa sekolah).. dan sekarang si isteri orang itu juga bercerai.. Dengar cerita juga, mereka berdua memang sudah mula berskandal neh masa si lelaki kerja berjauhan..

Aku dah pening.. Kerana aku sayangkan hubungan si lelaki dengan bekas isterinya -anak seorang umur 2 tahun.. dan isteri orang tu (kenalan aku masa sekolah) perkahwinan hampir 5 tahun - 2 anak yang chumey 3 4 tahun (rasanya) dan 1 2 tahun (agak agak)

Sebenarnya apa yang ingin aku sentuh ialah, cinta juga semakin pudar jika tidak disemai..
Cinta tidak boleh dipaksa namun cinta boleh dipupuk.. Mengapa kita sering salahkan cinta yang pudar dalam mencari cinta baru.. Perlukan sedikit kesabaran dalam menwarnainya..



*Maaf jika entry ini kurang memuaskan.. Pada pasangan tersebut.. apa boleh buat., asalkan hampa bahagia nowh... Nak nasihat pun dah lepas.. Nak cakap apa laghi.. pandai pandai hampa la.. Sorang lect.. Sorang pegawai besar gov...



Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.



Thursday, March 24, 2011

10 petanda di jodoh kita


10 petanda di jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..


*share dari note yang tersimpan.. Layan cara dia citer..



Wednesday, March 23, 2011

Rindu kadang menyakitkan


Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu kemestian tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..

Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..

Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..

Pernahkan kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu



Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..



Luahan hati seorang awek



Kadang dalam satu hubungan di antara pasangan kekasih (selalunya remaja) selalunya tutur kata tidak selari dengan apa di dalam hati.. Ini selalu berlaku ketika pasangan tersebut dalam menjaga hati pasangannya yang lain..

Di sini beberapa contoh yang biasa kita lihat atau dengar.. Dan aku buat beberapa contoh dari luahan hati seorang perempuan kepada lelaki..

Kalau awek tu cakap : bla bla bla...


Kalau awek tu cakap : Awak awak.. Next time kita sembang lagi ye..

Maknanya: Dah la.. Boring sembang gan ko..


Kalau awek tu cakap: Its okey.. Saya tak kisah..

Maknanya: sape kata aku tak kisah?


Kalau awek tu cakap: Saya suka dekat awak.. tapi better kita kawan je, saya tak bersedia la lagi awak..

Maknanya: aku memang tak nak kat ko.. ko bukan taste aku da..


Kalau awek tu cakap: eh eh.. Awak ada call saya ke? Takde pun Miss Call..

Maknanya: Malas aku nak melayan ko..


Kalau awek tu cakap: Next time ye.. Saya bz la sekarang ni.. Nanti kita keluar ye.. Saya call awak ye

Maknanya: aku tak nak keluar ngan ko, tak reti2 bahasa lagi ke?


Kalau awek tu cakap: i tak kisah penampilan u macam mana pun

Maknanya: selekehnya pak we aku...


Kalau awek tu cakap: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal...

Maknanya: inilah first and last aku keluar ngan ko...


Kalau awek tu cakap: saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...

Maknanya: excuse me! ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la


Kalau awek tu cakap: u keje kat mana? as what?

Maknanya: kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...



Haha.. lawak lawak.. Aku saja suka suka ja haa... hoho..



Jodoh.. Perlu ada usaha


BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL -

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Selain daripada itu masih ada cara lain yang gunakan di beberapa tempat seperti :

  • Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
  • Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
  • Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
  • Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri.. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya..

Jadi, masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya.. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam..

Cinta tidaklah selalu bertemu jodoh tapi jodoh selalunya bersama cinta..

~sekadar pendapat dan pandangan aku..



Tuesday, March 22, 2011

Aku jua punya rasa



Sayu dan hiba kadang terlintas satu tatap wajah yang satu ketika dulu selalu bersama.. Merindui kenangan lalu bila keseorang tika malam amat mengasyikkan.. Kadang mengalirnya air mata tanpa disedari.. Kadang rasa diri tidak di adili..

Dan mendung di luar seakan hujan di dalam hati ini.. Dingin dan sejuk di dalam.. Kadang rasa sunyi.. Sunyi yang panjang.. Sepi berpanjangan..

Pabila satu kisah cinta tidak terjadi seperti yang diharapkan, masing masing menunjukkan kesalahan yang lain.. Ada kalanya seolah dunia tidak adil pada kita.. Rasa benci pada pasangan kita yang dulu pernah berjanji untuk selamanya..

Orang selalu berkata, itu bukan jodohmu.. Dia bukan yang terbaik.. Ada hikmah di sebalik perpisahan.. Ya.. Berkata memang mudah.. Senang saja untuk berbicara menasihati.. Tapi pembawa hati ini tetap sayu..

Untuk apa aku menulis? Pada orang lain, aku bagaikan seorang yang kecewa.. Orang yang sunyi dalam sepi yang panjang.. Aku punyai kehidupan yang bahagia sekarang.. Kisah aku tiada di sini, malu untuk aku tatapkan.. Aku menulis bukan untuk mencerita kisah aku..

Bagiku, nilai cinta itu amat bermakna dan tinggi.. Bukan semua orang dapat merasakan indahnya bercinta.. Dan bagi yang salah, cinta juga bisa membuatkan ke alam yang hina.. Setiap saat di salut dosa.. Bercintalah pada hak.. Bercintalah pada insan yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar..

Aku punya rasa.. Aku punya cerita.. Kerana aku suka.. Kerana aku selalu asyik.. Dan aku bukan siapa siapa bagimu.. Cuma seorang yang rileks rileks.. hoho



Monday, March 21, 2011

Awek bila dah reject laki


Tanda kena reject dari sorang awek

Dalam kehidupan seharian, kita akan selalu melewati bertemu dengan ramai kenalan atau orang baru.. Lelaki juga tidak dapat dinafikan ada kalanya akan bertemu satu tatap wajah yang mengoncangkan jiwanya.. Pada fikiran kamu, seorang perempuan tersebut adalah jodoh anda..

Hati seorang perempuan amat sukar dimengertikan dan di pahami.. Kadang cara lagaknya selalu di salah tafsir oleh golongan lelaki.. Dan selalu lelaki akan tewas dan kalah dengan cara layanan seorang perempuan terhadapnya..

Bagi golongan perempuan pula, amat susah untuk berkata tidak.. Kononnya tidak mahu mengecilkan hati seseoarang jejaka yang cuba mendekatinya..

Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita.. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya..

Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati.. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya.

Di sini ada beberapa contoh yang tepat dimana seorang perempuan memang dah reject lelaki itu.. Sila insaf ye.. hoho

  • Dia tidak membalas panggilan anda - Berbunga bunga rasa di hati bila dapat bercakap dengan si dia kan.. Tapi bila anda telah membuat panggilan ke telefon si dia.. Tapi malangnya si dia tidak menjawap panggilan anda.. Bukan sekali tetapi banyak kali.. Tak pula si dia return call.. Lagi menyedihkan, berkali kali anda tinggalkan sms tapi tak berbalas.. Hint yang agak kejam di situ..

  • Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya - Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si dia kata anda dengan kawan dia nampak sepadan.. Atau kadang kadang cuba jodohkan anda dengan orang lain.. Dia akan bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya.. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.. Tak perasan lagi ke?

  • Tiada bahasa tubuh - Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda.. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia.. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.. Bila bersua, muka si dia masam je.. Takde senyum tawa yang tertera.. Ala.. kalau org tu senyum dekat kita, kita boleh nampak ikhlas ke tak ikhlas..

  • Menolak pelawaan anda dengan baik - Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja.. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.. Ajak tengok wayang tak nak, ajak makan cakap dah kenyang.. Hehe.. Kira okey la tolak cara baik kan..

  • Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat - Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat.. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati.. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya

So tak paham lagi ke wahai lelaki kalau sorang awek tu buat mcm neh.. Besa la perempuan kalau dia rasa dia cantik sikit mula la nak demand.. hoho

*Pada yang tidak setuju dengan pandangan aku neh sila lah komen.. aku tak tau.. aku lelaki neh.. men tembak ja kalau awek tu reject lelaki nie selalu dia buat kan.... hoho



Sunday, March 20, 2011

Nak bercinta tapi takut


Petua Untuk Luahkan Rasa Cinta

Jatuh cinta pada seseorang dan anda tidak tahu cara untuk menyatakan cinta yang dirasai itu padanya.. Permulaan langkah yang baik untuk melepaskan apa yang tersirat.. Tapi bagaimanakah cara atau perancangan untuk katakan cinta itu.. Tersilap langkah atau cara, buruk akibatnya.. Silap haribulan kena reject :P

  • Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang.. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
  • Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung.. Bila kena pada tempatnya dan masanya ucaplah kata cinta sambil bersahaja.. Dengan cara ini lebih berkesan kerana mata dan bertemu mata, dan dari raut wajahnya anda dapat mengetahui getarannya.. Tapi masalahnya adakah anda berani?
  • Kenali si dia dengan baik - Sebelum menyatakan cinta anda, terlebih dahulu buat sedikit kajian tentang status anda.. Ini penting untuk mengetahui kerana tersilap langkah, pasti menyesal.. Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu.. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.
  • Siapkan Mental - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan.. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.. Memang mendebarkan saat tika rasa ingin menyatakan.. Tapi cuba berani sikit.. Hehe
  • Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan.. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda
Tapi sebenarnya bergantung juga pada niat kita.. Jika niat kita cuma untuk mengisi masa lapang atau mengisi kekosongan jiwa, apalah yang ada? Jika bercinta tapi bukan untuk berkahwin dan untuk hidup semati apa guna?


*Cuma sekadar pendapat aku, mungkin ada yang betul atau ada yang tak betul.. huhu



Andai lelaki tahu


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


* entry neh bukan dari aku.. aku tak reti nak post link mcm depa duk buat tue.. so copy paste sebab ayat dia memang best.. nanti nak balas balek andai perempuan itu tahu lak.. hoho



Saturday, March 19, 2011

Kenangan itu amat susah dilupa




Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..



Lelaki juga ada perasaan tauu..


Petua Manjakan Lelaki khas untuk yang sudah berkahwin.. Yang belum kalau pegang pegang haram.. Dosa.. aku tak ajar ye..

1. Sabar dengan kerenahnya – Kadang-kadang mungkin suami/lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja ataupun dia berjauhan dari anda, ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar aje la. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalahnya.

2. Kurangkan berleter/membebel – Biasanya, isteri/pasangan berleter kalau ada sebab.. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama.. Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang alergik dengar perempuan membebel.. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/pasangan asyik membebel sepanjang masa.. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung di hati anda.

3. Belai dengan manja – Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk dia dengan manja atau belai rambut dia? Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam. Buat aje la ….

4. Manjakan diri anda – Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tapi jangan berlebih-lebih pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja, tetapi jangan selalu.. Dia pulak naik rimas dan naik geli.



Lelaki penuh muslihat?


Tanda-Tanda Lelaki Itu Tidak Mahu Kahwin Anda

1. Terus membisu apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.. Jika bersuara kadang tiada sebarang jawapan yang berkaitan.. Membisu seribu bahasa..


2. Tidak langsung ada niat untuk menemui orang tua anda, walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.. Walau hari Raya atau majlis tertentu di rumah anda.. Mesti ada saja alasannya.. Kalaou datang pun, cepat cepat ja nak balik..

3. Tidak pernah memegang janji.. Selalu melupakan dan membatalkan janji dengan anda.. Selalu menyakitkan hati anda.. Selalu lupa dan tidak ambil berat.. Seolah anda ini tidak penting lagi..

4. Tidak pernah memerlukan orang lain.. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tetapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya.

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.. Kadang anda cuma kenal dia seorang.. Macam dia takde kawan ja..

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.. Mudah jatuh cinta.. Mudah sangat berbicara tentang wanita..

7. Tidak mahu langsung berbincang masalah peribadinya dengan anda.. Jauh sekali mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.. Walau kadang anda perasan ada something dia sembunyikan.. Namun dia tetap pandai menyimpan rahsia..


8. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan dirinya kepada anda.. Semua ceritanya seolah tiada jalan menyelesaikan masaalah..



*Ini cuma pendapat peribadi aku ja.. Mana tahu tak betoi kan.. Hahaha



Friday, March 18, 2011

Mencari cinta yang sempurna?


Dalam mencari satu suratan kehidupan pasti kita akan temui detik kekecewan akan sesuatu perkara.. Hal cinta amat menyedihkan pabila apa yang diimpikan tidak tercapai oleh kita.. Kadang sering saja cinta yang hadir musnah di separuh jalan.. Dan kadang juga, sering dipermainkan dan dipersiakan..

Dan dalam menghadapi hari mendatang seolah tiada lagi nilai yang terbina.. Di kala itu, hati kita asyik menyalahkan orang lain atas kesakitan yang melanda.. Menyalahkan masa yang berlalu.. Menyalahkan sesuatu yang tiada puncanya..



Bahagia bersama kita? - Part 1




Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita..
Hidup kadang tidaklah selalu indah dan gembira.. Kecewa akan datang bertalu pabila kesetiaan di khianati.. Kadang kita baik dan setia pada pasangan tapi di balas dengan kecurangan.. Kadang kita selalu nakal nakal tapi si dia setia berpanjangan.. Itulah rasa dalam perasaan yang kita rasakan cinta..



Thursday, March 17, 2011

Petua Mengubat Hati Yang Luka



1. Lupakan Kenangan Pahit.

Mengaku sajalah yang anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif seperti takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati dan lain-lain.

Sebenarnya anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Anda juga mungkin susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

share dari Pak ngah



Wednesday, March 16, 2011

Manusia itu kadang bodoh..



Hal yang paling menyedihkan dalam hidup seseorang itu pabila hatinya terusik ingin bercinta.. Ingin rasa di sayangi.. Ingin punya kekasih.. Namun apabila hatinya sudah berbunga bunga asmara.. Dan hasratnya di tolak..

Rasa amat sakit.. Sakit yang amat dalam.. Dan kekadang merasakan dunia tidak adil baginya..



Dan kerana nilai air mata itu....




Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia

Walau sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.. Dan jika lelaki itu tidak mampu membuatkan kamu bahagia, segeralah kamu melepaskan dia berlalu pergi..