Tuesday, August 16, 2011

Kita Terus Di Dunia Kita Sendiri




Kita di dalam realiti sebenar kehidupan dan bukanlah alam maya mencerminkan kita sebenarnya.. Di dalam kita saban hari melayani perasaan di dalam dunia kita sendiri di dalam dunia maya ini, sedikit banyak mempengaruhi pemikiran kita.. Sedarkah kita, kita semakin jauh dan hanyut dari kehidupan sebenar..

Di dunia alam maya, mungkin kita nampak seorang yang kuat dan berpengaruh.. Dan setiap mata yang memandang menyanjungi kita kerana "hebatnya" di dalam menyusun ayat ayat yang seakan mendalam satu rasa.. Sedangkan, kita di luar sini masih di dalam khayalan yang memaksa kita terus lupa..


Apa yang kita tonjolkan cuma pantulan identiti yang kita inginkan.. Bukanlah satu gambaran yang sebenar akan diri kita.. Kita rasa satu kepuasan bila kita sanggup meluangkan masa berjam jam lamanya dengan dunia khayalan tanpa kita sedari kita sedang menyumbang dosa dosa pada diri kita sendiri..

Tak banyak ingin aku terangkan tentang apa kesan kesan pada dunia alam maya ini.. Cukup sudah hati yang menilai.. Kita tahu apa yang kita lakukan, dan kita ada akal untuk membezakan yang mana baik dan buruk.. 

Sebagai contoh :
Facebook / Blog
  • Menyiarkan gambar gambar yang membuka aurat..
  • Membawa berita yang tidak tahu kebenarannya.. Menjadi fitnah atau mengumpat
  • Berpuak puak- menghina, memaki hamun, mengutuk, mengumpat dan sebagainya (blogger)
Dan pada pendapat aku, yang menjadi ketara sekali di dalam dunia blog ini adalah berpuak puak antara blogger.. Ada yang benci dia, ada yang menyampah dia dan dia.. Ada macam macam da.. Sampai kadang ada saja entry mengutuk dan mempersendakan orang lain dan di jadikan bahan entry..

Sebenarnya, pada pendapat aku dunia alam maya ini cuma seketika saja.. Kita berpijak di alam realiti.. Di dunia yang sebenarnya.. Dalam dunia alam maya, mungkin kita nampak hebat dan terbaik.. Tapi sebenarnya di kehidupan sebenarnya.. Siapalah kita?

Aku? Aku cuma mengisi masa lapangku.. Meluangkan rasa di dalam memberi ruang pada diri sendiri.. Aku sememangnya bukan yang sempurna.. Segala pendapat dan nukilanku sering aku tekankan, sila rujuk dan nilai sebelum di guna pakai.. Kerana aku jua, menulis apa yang rasa ku ingin ditulis.. Menulis mengikut rasa dan perasaan.. Mungkin caraku ini tidak menyenangkan sesetengah pihak.. Tapi sekurang kurangnya, aku tidak menganggu dan tidak menyusahkan siapa siapa.. 

Jika ada salah dan silap, harap di tegur dan di bimbing.. Kerana aku jua banyak salahnya.. Mungkin tika aku hasilkan sesebuah entry mengikut hawa nafsu dan perasaan.. 

Aku cuma sebaris kata di dalam duniaku sendiri.. Mencari akan kekuatan yang dulu pernah ada.. Mencari satu rasa yang dulu pernah miliki.. Kadang beginilah caraku mengenal erti kehidupan



Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

apdm said...

salam

alam maya dan realiti adalah 2 alam yang cukup berbeza..huhu


p/s : nak tanya, mcm mana nak guna networkedblogs di fb ek, sbb sy guna tak berfungsi, bahagian feed url /rss tu masukkan link mana ek?

anGah said...

@sissyira dh aktif dh ke application tu kat fb? then masukkan link blog kat situ..

Sunah Sakura said...

urmmm...betul tu angah.. seringkali masa menulis pun gitau diri sendiri... yang aku tulis ini adalah untuk diriku sendiri juga...

anGah said...

@Sunah Sakura berpesan pada diri sendiri juga.. kan kan

Anonymous said...

salam ziarah ;)

pc stuju dengan angah.;)
kadang2 apa yang kita tulis tak berkadar langsung dengan alam real kita.maya semata.owh sungguh jahat diri ini.dush3.hehe

anGah said...

@pengemis Cinta~ yup.. betoi tu..

Anonymous said...

aplikasikannya utk kebaikan bkn utk kedajalan,law bran pesal npe tk buang je duit law org bg kt anda? Pk pk nana nana..