Thursday, July 12, 2012

Jangan Kerana Cinta Lalu Memusnahkan Harapan



Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita, dengan rasa bersyukur kerana diuji Allah SWT.. Siapalah kita menidakkan takdir buat kita.. Cuba dan mengerti akan perjalanan kita, syukuri apa yang ada kini.. Itulah letakkanya nilai murni kita sebagai Muslim sejati..

Kita di uji dan di duga dalam jarak perjalanan kehidupan kita, melihat bertapa utuhnya kekuatan iman di dalam jati diri..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama.. Dan perkara yang lepas itu, takkan sama sekali berulang kembali.. Mustahil pada kita, hambaNya yang lemah mencari dan mengulangi, mengembalikan masa lalu untuk membetulkan kesalahan masa lampau..