Wednesday, February 22, 2012

Aku Dan Kamu

Memandang akan lesu satu jarak perjalanan sebuah perhubungan lalu, di mana selalu sahaja bermain di fikiran hinggakan kadang membuatkan bertapa sesaknya dada merindui..
Aku dan kamu ketemu merasakan apa itu satu rasa.. Aku dan kamu melewati masa, hanya untuk seketika.. Aku dan kamu ada satu kisah cerita.. Dan aku dan kamu kini tinggal hanya derita ~



Saturday, February 18, 2012

Cerita Tentang Rindu

Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..

Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun..

Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menangis kita dalam diam.. Membara di dalam..

Rindu tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu




Tuesday, February 14, 2012

Dan Kita Punyai Pilihan

Inilah persoalan besar yang sedang kita hadapi di sepanjang kehidupan.. Kita sukar membuat pilihan.. Dan ada mungkin telah salah di dalam pilihan.. Kita seolah tidak tahu membuat pilihan mana yang baik mana yang tidak.. Kalau pun kita telah membuat pilihan tidak sanggup pula kita membayar harganya..

Kita inginkan kejayaan dengan harga yang murah, kita inginkan mencapai kebahagiaan dengan jalan pintas.. Dan sebenarnya, perkara yang lepas itu telah menjadi sejarah.. Itulah takdir kita yang lepas.. Kita cuma merancang.. Sebaik baik perancangan adalah dariNya..



Friday, February 10, 2012

Walau Kamu Dan Aku Tidak Lagi Kita Yang Dulu

Kita kenang akan luka luka itu dengan kata hati yang kadang membuatkan kita terbisu sejenak.. Membiarkan bibit bibit rasa mengalir perlahan lahan menusuk ke dalam hati..

Hingga kadang membuatkan kita dalam tanpa sedar merasakan sakit dan pedih..

Andainya kamu bahagia didalam deritaku aku pasrah menepuh derita itu.. Hakikat derita rindu itu amat menyakitkan hati, setelah kamu menyalakan api cintamu lalu membakar jiwaku dan hanya aku yang hangus dalam perasaan sendiri..

Dan aku izinkan kamu pergi tapi jangan paksa aku untuk membenci kerana cintaku sudah sebati..Tak mungkin aku berpaling lagi biarlah cintaku padamu kekal dihati