Duhai bakal suamiku..
Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang berhak.. Milikilah jiwaku keranaNya.. Dan milikilah hatiku dengan izin Allah SWT.. Dan milikilah cintaku, diriku kerana agamaNya..
Duhai hatiku..
Namun setelah sekian lama, aku merasa lelah berharap, letih menanti sesuatu yang tidak pasti.. Kerana aku merasa diberi harapan kosong dan tak pernah kamu beri jawapan.. Membuatkan aku sendiri terdampar di lautan persoalan yang penuh dengan jawapan tak pasti..
Duhai bakal suamiku..
Di sinilah bermulanya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia.. Dan apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri.. Inilah langkah pertama bagi menacapai apa saja bentuk kejayaan yang diimpikan.. Langkah pertama ini akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya..
Duhai bakal suamiku
Dan disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita, hanya kita yang memulakan perjalanan ini.. Asalkan kita memilih untuk mulakannya sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita ingin berhenti maka perjalanan kita juga akan terhenti..
Duhai bakal suamiku..
Engkaulah yang akan membimbingku.. Dan engkaulah akan punyai tanggungjawap terhadap kita.. Agar engkau selalu ada kekuatan di dalam dunia kita nanti.. Akan aku selalu ada disampingmu duhai bakal suamiku
*entry ini berkisar tentang luahan seorang wanita yang menanti dengan penuh sabar siapalah yang menjadi jodoh buatnya.. Andai ada kesalahan dan kesilapan mohon agar diperbetulkan aku..
Sekadar berkongsi rasa..
Di edit dari page Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka Aku Terima Dia Seadanya