Wednesday, August 17, 2011

Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting







Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.

Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia. Sebaliknya, jika kita selalu tidak bersyukur¦

Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.

Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.
...

Pertama :

Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.

Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.

Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar.
Kita ingin itu dan ini. Bila tak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.

Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.

Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA" dalam erti yang sebenar.

Mari kita jelaskan pengertian kita mengenai seorang kaya.

Orang yang kaya bukanlah orang yang memiliki apapun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.

Tentu sahaja kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tak tenteram.

Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada apa yang sudah kita miliki.

Cubalah lihat keadaan di sekeliling kita, fikirkan yang kita miliki, dan bersyukurlah.

Anda akan merasakan nikmatnya hidup.

Pusatkanlah perhatian anda pada sifat-sifat baik boss anda, pasangan, dan orang-orang di sekeliling Anda.

Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.Ini mewujudkan rasa bersyukur.

Ada cerita menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak.

Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Masa itu juga orang tadi berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.


Kedua:


Perkara yang membuat kita tidak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.

Rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri.

Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.
Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit Siti, Siti.

Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini.

Doktor menjawab, Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Siti.

Pengunjug tadi mengangguk tapi semasa melalui bilik lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak Siti, Siti.

Orang ini juga ada masalah dengan Siti?, adakah Siti yang sama? tanyanya kehairanan.

Doktor kemudian menjawab, Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan Siti.

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki.Oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Bersyukurlah !

Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.

Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.

Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.

Bersyukurlah untuk kebatasanmu. kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.

Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jatidirimu.

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.

Rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.



*Entry ini bukan dari aku.. Share dari SINI



Comments
0 Comments

0 Orang Yang Prihatin: