Saturday, May 14, 2011

Cerita Cinta Jiwa :Benci Benci Benci....





Macam biasa la kan tiap hari aku habis kelas aku mesti usha blog minah nih sambil bahan-bahan gambar dia dengan roommate-roomate aku. Muka cun tapi macam kurang bijak. Blog sumpah bosan cerita pasal personal jek. Pergi makan mana-mana je mesti nak cerita, and seryesly bosan. Tapi tak dinafikan hari-hari pon aku bukak blog minah nih pasal aku suka tengok blog dia and menghanjing sampai lebamm...

Aku blogging dah hampir 2 tahun. Tapi takder la famous mana. Aku punya blog mystery. They never see my face, tapi aku suka keluarkan ayat-ayat jahanam nak menyakitkan hati orang. Aku suka cari haters sebab tanpa haters hidop aku sunyi. Aku takder rasa cabaran, aku tak dapat berfikir. Ramai sound blog aku apesal aku suka dapat haters dan jadi haters? Jawapan aku mudah, ‘aku suka kan cabaran!’


Sampai la satu hari nih, aku dah tak tahan tengok minah nih teros famous dan di follow oleh manusia-manusia bosan yang lain, aku pon start carik pasal. Malam tuh aku save semua gambar pompuan tuh. Aku amek gambar-gambar dia yang perasan-cun, then aku come up dengan entry, ‘KO INGAT KO CANTIK SANGAT?’

Aku letak gambar dia banyak-banyak berserta some critics ikhlas dari aku and roommates, lepas tuh open table kasik readers aku bahan sama-sama. Seronok, trafik naik segera, BE pon tetiba hidop, follower tiap jam bertambah, and paling best banyak entry up sebab aku. ada yang sokong aku, tapi ramai jugak yang marah aku. Tapi itu lah best. 5 hari aku hidop dalam keseronokan. Tergelak-gelak, pagi petang tergelak. Balik kelas tak pandang lain dah aku nampak laptop jek. Pendek kata, seryesly it’s fun, and I feel like, ‘PEH, INI LAH YANG AKU CARI SELAMA NIH!’

Sampai hari ke lima aku berseronok, entry aku yang tuh time tuh komen dah 456, tiba-tiba aku dapat komen dari minah yang di kutuk. BEB, INILAH YANG AKU TUNGGU….. minah tuh tulis, “SAYA TAK TAU APA MASALAH AWAK, AND SAYA TAK TAU APA SALAH SAYA, TAPI KENAPA AWAK BUAT SAYA MACAM NIH? KALAU SAYA ADA BUAT AWAK SAKIT HATI SAYA MINTAK MAAP. TAPI TERIMA KASIH SANGAT, AWAK MENYEDARKAN SAYA…”

Lepas baca I was like… WHAT TAK MARAH??? Ceh nak perasan cool la tuh! Fine, aku nak kena up benda lain pulak nih……

Malam tuh pulak aku kaji balik semua entry minah nih. Aku nak cari weaknesses dia. Puas aku belek dari first entry which is on 2009 until now! Berpinar mata aku baca. Penat, tapi aku dah dapat point. Kali nih aku nak up entry, ‘BLOG PERSONAL ADALAH BLOG BAGI BLOGGER YANG MALAS BERPIKIR!’

Aku konpem bukan dia sorang yang sentap, pasti ramai lagi yang sentap. Selain dapat sedarkan dorang yang bosan nih, aku dapat lagi traffic tinngi. Bhai, don’t u think it’s cool? Huh?

Lepas taip-taip aku post around 12am, then ping kat Geng Blogger. Yes, I can get many people attention dapat laa nak jadi entry popular untuk masa tuh. As expected, ramai yang sokong and ramai yang bantah. Opp lupa nak cakap, aku ada refer kan blog si minah tuh jugak, tapi aku tak ler cakap direct aku cakap macam nih, ‘contohnya macam minah yang aku maksudkan dalam entry lepas….’

And kali nih lepas berhari-hari aku carik pasal dia tak munculkan diri langsung nak back up diri. Entry dia pon cool and proceed as nothing happen. Damn it, memalukan okk! Masa nih aku dah tak boleh pikir lain dah, aku rasa macam nak cari pasal tapi what if dia tak layan? Ohh, what should I do?? Arghh.

Esok tuh aku bukak blog minah tuh dia up entry baru. Entry tuh pon just cerita pasal dia dengan family dia going somewhere makan-makan. Aku macam…. CIS TAKDER PERASAAN KER POMPUAN NIH HAAA? Tapi hujung entry tuh dia ada tulis, ‘P/S: bye-bye readers and haters, thank you very much…’ tapi dalam font yang paling kecik.

Lepas entry tuh dah takder entry baru dah. Dah seminggu aku tunggu masih takder entry baru. Dua minggu masih takder entry baru. Tiga minggu pon takder lagi. Okk now sebulan, masih takder jugak. So now I know, she’s seriously dah stop blogging. WTF!!

Dalam tempoh tuh aku blogging masih macam biasa, cuma.. seryesly aku hilang mood. Entry aku pon dah tak kencang lagi. Macam separuh jiwa aku hilang. Ok sekarang hati kecik aku dah rasa, ‘yes, dia la yang menyeronokkan dunia blogging aku… hmmm..’

Hampir tiga bulan aku tengok blog dia langsung sunyi sama sunyi macam hidup aku. Dah takder sapaa boleh aku bahan, sunyi! Tapi dunia blogging aku berjalan lancar Cuma tak menyengat sangat. And to be honest, ‘I miss her update!’ Nasib baik dia tak tutup blog so aku boleh la tengok gambar-gambar lama.

Sampai satu hari aku terpikir nak baut account lain, nak try emel dia. Kot-kot dia balas, at least aku boleh tau apa update terbaru dia... Macam bodoh kan? Dulu benci sangat, sekarang….. Tapi aku bukan jatuh cinta ke apa eh jangan salah sangka, kan aku cakap dah dia tuh cun tapi otak kosong, aku Cuma nak chat-chat plus nak mintak maaf sikit. Rasa macam sebab aku je dia tutup blog. Kesian….

Hari ni before aku pi kelas aku dah send emel kat inbox dia. Balik kelas tuh, tak sabar-sabar aku balik bilik. Member aku ajak pekena tosei kegemaran pon aku tolak pasal nak tengok dia balas ke tak. Yes, 1 emel in my inbox. Neves nih nak tunggu loading, yes nama dia. NURUL LIYANA. ‘thanks sebab concern pasal saya dah tak update entry. Saya ok Cuma saya rasa makin banyak saya cakap, makin banyak orang benci…. Overall saya ok, life saya pon macam lagi better sekarang’

Erk! Rasa tertelan sudu. Aku reply, ‘bagoslah life awak makin baik. Saya mintak map. Mungkin saya punca sampai awak tutup blog…’ petang tuh dia reply, ‘kenapa awak rasa awak pulak? Takder salah sesiapa pon, betol jugak orang tuh cakap, macam lah saya cun sangat, entry saya senang plus bodoh. Saya dah pikir masak-masak and dah terima pon. Jangan risau lah…. Dan saya dah maafkan orang tuh, walau siapa pon dia. At least dia kurangkan dosa saya tunjuk benda yang tak sepatutnya saya tunjuk kat blog saya…’

Aku………. speechless! Damn, kenapa ada orang yang tabah and baik macam nih? Selama nih aku rasa dia tergedik-gedik kat blog nak tunjuk baik, tapi rupanyaa…… ok dia memang baik bukan gedik. Aku je kot yang read her entry as gedik! Arghh. Akhir sekali aku pon mengaku yang itu adalah aku, and sorry… Lepas tuh dia teros tak balas-balas dah…. Sedih sebab tak dapat teros nak berkwan dengan dia, but at least.. aku sempat nak cakap SORRY!

Sejak tuh aku teros silent dalam bidang blogging. Orang ingat aku sibuk or what, but actually I make a big mistake, so malu sangat-sangat. Nak cakap maap secara terbuka memang tak la. Itu double malu even I know with that way semua benda settle. Tapi ego kena ada doh, aku kan lelaki. Grr.

Sebulan lepas tuh….

Pagi tuh aku rasa nak bukak email yang aku buat untuk email minah tuh. Tetiba ada 2 email dari dia dalam inbox. WHAT??? Email nih dua minggu yang lepas punya. Satu dia cakap…. ‘awak, kenapa dah tak blogging lagi? Rasa bersalah ker dengan saya? No worry dude, I’m totally ok..’ I was like……. WHAT?? DIA PERASAN BLOG AKU DAH TAK UPDATE???? Ohhh rasa nak terbenam dalam tilam katil aku… second email, ‘awak, lepas nih kalo saya berblogging balik agak-agak awak boleh jadi penasihat saya tak? Saya tak nak kena kutuk macam dulu lagi, saya Cuma nak pandangan awak tentang entry-entry saya… boleh?’ INI PELUANG BAIKKK! Such a nice way to start a friendship. Yeahaaa!

Sejak tuh, dia mula berblogging. Aku sebagai penasihat. Blog aku dah tak update. Malu sebenarnya. Kiteorang pon dah start rapat. Aku add facebook dia, contact-contact kat facebook. Oh by the way, blog dia dah ada improvement, she share more about idea rather than personal life. Beb, dia punya idea lagi best, kalah den ni yang dok lancar bercakap, tapi fakta kurang. Psttt, sebab tu la aku nekad nak stop blogging teros, tanpa kata. Hahaha.

Lepas dah berbulan kawan, one day aku nampak kat Sahabat Blogger ada buat satu gathering blogger and Liyana cakap dia nak join. Aku tengok date and masa aku memang free. Tapi aku tak cakap la aku nak join. Aku ajak roommate and dorang pon set rasa nak join. By the way roommate aku blogger jugak, so takder hal sangat lah.

So pagi before gathering, aku tengok blog Liyana and ingat muka dia betul-betul. Kejap lagi, kalo aku berani aku nak tegor dia. Eh lupa nak cakap, selama kiteorang kawan, Liyana tak penah tengok muka aku. Facebook aku memang takder muka aku langsung, sebab itu facebook untuk kawan-kawan maya aku jek. Aku kan suka remain as mystery.

Sampai kat gathering tuh aku kenalkan diri as kawan member aku jaa. Then masa main bowling, masa ice-breaking, aku usha jek Liyana nih jarak jauh. Yes, she’s friendly, cute, paling penting remain sopan. Baju dia takder la bukak aurat sangat, tak ketat, tak over. Seryesly sangat comel. AIK AKU DAH JATUH CINTA KER?

Sebelum balik tu aku nekad nak tegur dia. Aku jalan dekat dengan dia, aku cakap, “LIYANA, SAYA EMIR..” reaksi dia macam terpana and…………… Things go well till then….

1 tahun kemudian.......

Esok aku and Liyana bakal di ijabkabulkan… nervous! Sapaa sangka kan? Gadis yang aku benci dulu, yang aku bahan, itu yang jadi jodoh aku. Bertuah sangat aku carik pasal dengan dia dulu, at least I get her sekarang. Tapi, seryesly Liyana sangat baik, blablabla. Malas nak puji kang korang nak bini aku pulak kan? Eh bakal bini… But seryesly dia sangat sempurna kat mata aku. Jealous lettewww!

Sekarang aku dah berblogging balik. Aku dah announce pon kat blog aku pasal kisah kiteorang and dah mintak maap secara besar-besaran pon. Oh tak payah cerita la macam mana aku kena gelak dengan orang ramai, dengan roommate aku. Aku rasa macam malu dah nak tunjuk muka, tapi sebab sayang………… HEHEHEHEHEHHEHEHE…..


DARI EMIR ASHRAF TO NURUL LIYANA…..
To Liyana sayang, sorry lah saya rushing sangat nak nikah dengan awak. Tapi sebab saya rasa tak seronok berhubungan cinta lama-lama sangat tanpa hubungan yang sah. Lagi pon saya dah cukup duit nak kahwin baik saya kahwin sekarang, nanti awak kena kebas dengan orang, saya sakit hati. Awak dah la sangat cute kat mata saya mungkin mata orang lain jugak… hmmm… Lepas nih saya janji saya akan jaga awak baik-baik. Sayang awak! Muuuuu………. Ok saya tunggu dah nikah esok baru habiskan.... Grrr~


DARI NURUL LIYANA TO EMIR ASHRAF…..
Emir, saya sangat bahagia. Terima kasih awak. Ape lah awak nih kalo awak cakap awak nak saya cara biasa pon saya terima lah, tak payah la nak carik pasal. Tapi…. Lagi sweet macam nih. Nanti kita boleh cerita kat anak-anak kita cerita sweet kita. Eh, kan saya dah melalut serita pasal anak. Emir, saya sayang awak.. Thanks betol kan semua silap saya selama nih, again kalo tak sebab awak mesti sampai sekarang saya still dengan dunia blogging yang syok sendiri. Bila berblogging sebarkan ideology lagi berfaedah dari cerita kisah personal. Itu ayat awak, saya ingat lagi. Lepas kita kawin pon saya still nak berblogging, awak jangan haling saya. Tapi jangan risau saya takkan lupa layan awak… okk lah Emir, saya nak tidor. Tak sabar nak esok. Again Emir, THANKS! ;)

----------------------------------


MORAL: 1) jangan nak benci orang sangat laa kang tersuka. tapi.... boleh la guna taktik nih kalo agak-agak dah kertu tapii dok tak dapat jodoh...
2) blogger, jangan nak garang sangat laa kalau kena sound dengan mana2 blogger lain. seryes dari situ juga boleh buat depaa diam, dari hangpaa dok marah sat gi depa lagi shok melayan.
3) jangan dok cerita hal personal sangat dalam blog... ;p (nih nasihat untuk aku la jugak!)
4) to those yang takder blog, jom lah buat blog! muahahahaha...


#macam biasa, semua watak-watak di atas tak pernah wujud pon. muahahahhahahhaa! thanks for reading yawww....


*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD (http://aishawhatever.blogspot.com/)


P/S: sorry for the boring story... ;(


.............
Bukan hasil karya aku, cuma kawan dalam FB neh.. Berbakat awek neh.. hehehe




Comments
30 Comments

30 Orang Yang Prihatin:

Anna Annisa said...

cisssss .... apa pnya fantasi daaaa!!!

nyza syafawati said...

suka citer neyh..byk pengajaran ble amik..terima kasih..sya rasa t'hibur pla..best sgt...^_^,,apa2..follow my blog..nyza syafawati

cik boolats said...

ye ye je an aku abce sampai sakit anak mate aku neh haa!

Dee Chicuita said...

serius ingat ni citer pasal life angah =.= sekali dah baca kat bawah2...haish! saspen jek :)

miamieza said...

beessstt!!!~ :)

S.H.E said...

hahaha..
baca syok gila, igtkan kisah Angah..
hikhik..

AISHA SAAD sgt kreatif..

anGah said...

jangan marah eh... besh kan citer neh.. haha

shandye. said...

letih baca. byk kali pause, rupa-rupanya sartori semata2?

cibs. anyway... mmg best cter ni. layan bosan di kala 4 pagi. hahaha....

cik_tyha said...

haha..serius igtkn btol2..tp mmg terbaek..

AISHA INANI said...

muahahahhaa! angah again thanks!


thanks for reading yaa korang... ;)

Sunshine said...

suwit gilaaaaaaaa!!!! like byk2 kali!

Qaseh Qistina said...

adoi..terpaksa abis kn bacaan sbb menarik.nk tau ending .hehe

anathira said...

NICE~~ DOK SENYUM KAMBING JEW NEH AFTER READ DAT ENTRY....SWEET..XSUME ORG DPT LALUI XPERIENT CMNI...

Nenek Kebaya said...

hahahh..like like like..best gilerx entry..semangat mek bacer..wakakakkk

wAn!eY sAm said...

haha !! best ! hepi ending tapi rupe2 nye..bace bukan main tekun tapi tapi cite rekaan semata2.. =)

Raplah Pitstop!!! said...

ciss ingat betoll. hahaha. anyway, best cita ni!

Masyitah Abdul Aziz said...

citer rekaan yang sangat best dilayan dikala banyak keje kene wat..haha..nice la...

lavenderbiru said...

benyer...huhuu ^_^

GamUHU said...

HAHAHA! terkena aku!. mati mati ingat betoi.

marlia atashinchi said...

nice post! ^___^

misz farahniza said...

cehh...
smngat bce..fantasi rupanya..
pape pun, entry terbaik..!!!

M.Y.S.O.U.L said...

sgt best....

shafinaz said...

sumpah cool... ^_^

(cik emeliyn ) said...

ceittt . copy upenyeee, fantasi tul
btw. best2 !!!

mencari konlusi said...

ape laaaa.....sakit mata mengadap laptop nieh pye la nk tau cite nie smpi abih..last3....hadoiiii....ingtkn btl3.....btwy...best cite nih..!!!

Mss Ieza said...

haha..sweet sgt ^_^

Norashiqin Kamaruzaman said...

LOL LOLLOL XD
ahahah

Anonymous said...

haha...gelak sorg2...

-La8 Life- said...

agak2 kalo aku folow dia ni mau entry2 aku kena hamun mcm c emir hamun liyana. wakaka

Nur Lavender said...

Aduhh..jatuh cinta aku dgn entry ni..lalala~~