Assalamualaikum..
Entry ini bukan entry Jiwa Jiwa
Tergerak di hati aku, menceritakan serba ringkas tentang blog Jiwa Jiwa.. Di sini anda dapat membaca entry entry yang berkaitan dengan perasaan yang ada di sekitar kita.. Ada beberapa pecahan yang aku kelaskan.. Diantaranya :
6- Jiwa Wanita
7- Jiwa Lelaki
8- Jiwa Yang Merindu
9- Cerita Cinta Jiwa
10- Cerita Jiwa, dan lain lain lagi
Sebenarnya, sama saja kelasan ini.. Semuanya berkisah tentang soal perasaan dan luahan jiwa.. Kadang aku ada juga Copy Paste.. Ya, aku akui.. Seperti kalau kelasan Jiwa Lawak atau entry entry yang berunsur motivasi yang punyai hadith dan ayat al-Quran.. Dan ada lagi sumber rujukan aku seperti
Pak Ngah - Farit Ismeth Emir dan lain lain.. Ada sumber di letakkan.. Dan jika ada terlepas pandang, anda tahu menilai yang mana yang asli..
Sebenarnya, bukan tajuk utama menekankan di mana sumber itu ada.. Selalu aku menulis entry bila ada idea yang datang.. Dan selalu di kala malam.. Sebelum melelapkan mata.. Dan jika berada di office, tidak di Site.. Aku pasti ada entry..
Blog jiwa jiwa, banyak menekan pada motivasi bila sesuatu perhubungan yang terjalin musnah.. Dan luahan dan keluahan seseorang (kadang wanita,lelaki atau orang ketiga) di ceritakan secara umum.. Dan amat jarang TIPS TIPS atau cara untuk merawat luka dan sesuatu.. Kerana blog ini fokus terhadap luahan dan keluhan..
Sebenarnya.. Aku jua manusia.. Aku jua ada salah.. Kadang aku menulis mengikut hawa nafsu.. Menulis mengikut perasaan.. Jangan di ambil 100% pendapat dan pandangan aku di dalam blog jiwa jiwa ini.. Kaji dahulu.. Nilai terlebih dahulu.. Blog jiwa jiwa cuma santapan untuk di baca..
Jika entry entry di dalam blog jiwa jiwa ini sekadar copy paste dari orang lain dan di publish di sini.. di mana letaknya kepuasaan diri aku dalam menulis.. Itu pandangan aku.. Pendapat aku.. copy paste pun takde masalah sebenarnya.. itu pendapat masing masing kan.. Pembaca tahu menilai di mana ada kelainan pada entry entry yang di baca..
Di blog jiwa jiwa, cuba aku untuk tidak mengeluarkan entry entry hanya dari copy paste.. Sebab bagi aku, tujuan pertama wujudnya blog ini, aku mencari kepuasan diri sendiri dalam menulis.. Dan menghasilkan nukilan sendiri.. Tapi ada jua entry copy paste, kerna hendak dikongsi bersama..
Kalau cerita itu punyai satu kekuatan, dan kita jua punyai rasa untuk berkongsi pada orang lain sebagai satu manfaat.. Apa salahnya kita copy paste.. tapi sekurang kurangnya letakkan sumbernya..
Terima kasih buat sahabat blogger
Bangku Kosong, kerana selalu memperingati aku.. Terima kasih buat
Ben Ashaari kerana sudi share feed di blog beliau.. Terima kasih buat pembaca pembaca setia, tak perlu ku sebutkan nama (hang tau hang sapa).. Terima kasih buat yang sudi komen tapi jarang aku membalas komen.. Terima kasih yang sudi share di FB.. Terima kasih kerana menerima blog jiwa jiwa ini
Dengar akan aku, aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa..