Saturday, December 31, 2011

Cerita Jiwa : Abah.. Bagilah Balik Tangan Ita

Sebuah cerita tentang kehidupan.. Tidak di pastikan sama ada cerita ini hanya sekadar cerita atau dari kisah benar.. Tapi amat terkesan pada hati saya.. Sekadar perkongsian~

Kisah Si Kecil Ita
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.



Friday, December 30, 2011

Bercinta Selepas Menikah Part 2

Setiap berlangsung sebuah perkahwinan pasti akan terasa bertapa meriahnya di dalam keriuhan keramaian tetamu yang hadir.. Mata memandang melihat pasangan pengantin.. Segak raja sehari..

Sebuah perkahwinan pada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, mengimpikan sebuah kenyataan hidup yang beralaskan kebahagiaan.. Mencari satu titik erti nilai cinta.. Walau kadang sebuah perkahwinan itu bukanlah dari pasangan yang bercinta sebelum berkahwin..



Wednesday, December 28, 2011

Bercinta Selepas Menikah

Orang berkata jika kita cintakan seseorang di dalam hidup kita dengan hati yang ikhlas, kita kan sanggup membahagiakan dia walau kita tidak hidup bersamanya..

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.



Duhai Kasih

Menyintai seseorang dengan sepenuh hati tanpa ada ragu ragu, bila terjadinya perpisahan pasti akan hilang jati diri yang selama ini terbela kukuh.. Pasti akan tercalarnya kepercayaan yang dahulunya teguh dan kuat..


Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu dalam mencintaimu.. Kerana aku takut, jika satu hari nanti kamu sudah tiada di sisiku.. Pasti aku kan selalu kecewa dan terluka..

Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu berharap.. Kerana jika suatu hari nanti, tiada jodoh pada hubungan cinta kita.. Pasti aku akan selalu derita.. Pasti aku akan terasa kehilangan..



Saturday, December 24, 2011

Cinta Itu Datang Dan Pergi


Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi.. 

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung..



Wednesday, December 21, 2011

Pada Jiwa Jiwa Yang Terluka


Dan bila terjadinya sesuatu kisah cerita cinta yang tidak seprti yang kita impikan, memberi kesan yang mendalam pada kehidupan kita.. Terasa amat sakit dan sukar untuk membicarakan bertapa luluhnya jiwa yang terasa..



Sunday, December 18, 2011

Hati Terkesan Dengan Alunan Cinta

Satu cerita jiwa yang kadang hadir pada kita sering membuatkan kita terleka.. Tanpa kita sedari cerita jiwa itu memainkan peranan memandu arah perjalanan kehidupan kita seharian.. Dan mungkin jua kita langsung tidak mengakui kewujudan akan perasaan itu..

Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa kita.. Jiwa kita sakit dan terdampar kehausan kasih yang hilang.. Jiwa kita pedih di dalam kekecewaan antara cinta yang malang.. Membuatkan kita terus hanyut di dalam kealpaan hingga kini..



Saturday, December 17, 2011

Setelah 9 Bulan Blog Jiwa Jiwa

Jangan di tanya apa sumbangan dan perhormatan dari orang lain, tapi tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan kita pada mereka..


Dunia kita jauh berbeza, namun warna pelangi tetap sama.. Hitam akan putih pasti ada tintanya..



Friday, December 16, 2011

Kita Memerlukan Usaha Di Dalam Mencari Jodoh

Jodoh pertemuan adalah rahsia yang sering saja bermain di fikiran kita sepanjang masa khasnya pada mereka mereka yang belum berumah tangga.. Asyik memikir siapa yang akan mengisi ruang kekosongan di dalam hati dan menjadi peneman hinggan akhir hayat..

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasa dan hamba Allah SWT, merasakan diri memerlukan seseorang sebagai teman hidup.. Memerlukan cinta sesama manusia di dalam mencari pengertian duniawi menuju Akhirat yang hakiki..



Thursday, December 15, 2011

Semua Itu Hanyalah Sejarah Nan Lalu


Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat..

Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?



Tuesday, December 13, 2011

5 Blog Pilihanku 2011

Blog Jiwa Jiwa

Pertama sekali ini bukanlah entry berkisah jiwa jiwa..

Berkesempatan dengan saudara Ben Ashaari menganjurkan Segmen 5 Blog Pilihanku 2011 (sila klik untuk join) memberi kesempatan pada saya untuk menceritakan serba sedikit blog blog yang kerap saya lawatan.. Dan  selalunya blog bekenaan bukan sekadar best dan mantap, tapi memang tertungu tunggu entry yang menarik..



Masih Memburu Sesuatu Yang Tak Pasti

Memang ramai yang inginkan kebahagiaan.. Di dalam mencari bahagia.. Masih lagi berada peringkat yang sama.. Terasa ingin melakukan perubahan diri pada tahap yang lebih baik, namun setelah hari demi hari berlalu.. Kita masih orang yang sama, masih memburu sesuatu yang tak pasti, terbeban dengan hari hari yang bakal ditempuhi.



Friday, December 9, 2011

Menerima Suratan Atas Kita Dengan Hati Yang Rela

Kadang kala kita hairan dengan suratan, kita leka dengan kebetulan.. Semua pekara terjadi dalam satu yang manusia tidak pernah rancangkan ia, tapi tetap terjadi. Mengapa? Dan asyik menyalahkan takdir yang telah ditetapkan ke atas diri kita.. Kita tahu tapi kita selalu saja menyalahkan takdir..

Mengapa kita terus hanyut di dalam merungut ke atas takdir sedangkan itu adalah ketentuanNya.. Layakkah kita mempersoalkan tentang perkara perkara yang boleh membatalkan iman kita? Siapalah kita menidakkan takdir yang telah terjadi?



HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru

Assalamualaikum

Pertama sekali, ini bukanlah entry berkisah tentang jiwa jiwa.. Entry ini adalah bertujuan menyokong usaha saudara Hasrul di dalam mencari Blogger baru.. Dan berharap mendapat memberi sedikit sumbangan pada Segmen ini..



Wednesday, December 7, 2011

Menyedari Bahawa Cinta Itu Tak Seharusnya Memiliki

Di masa dikau pergi, berlinangan airmataku mengalir.. Tanpa ada henti henti mengalir.. Tidak terungkap dengan kata kata, hanya kesakitan memberi kiasan pada erti cerita..

Di saat dikau dengan nekad melangkah pergi meninggalkan diriku.. Tanpa ada langsung akan belas, membiarkan aku termangku mangku keseorangan.. Berlinanglah air mataku tanpa henti.. Menangis aku di dalam sendu yang berlarutan.. Memberi ruang kesedihan memenuhi kesepian di dalam kekecewaa..



Cerita Jiwa : Kasihnya Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

[sumber gambar google]
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.



Monday, December 5, 2011

Cinta Lama Yang Terpendam Tidak Pernah Hilang

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati, mampu melumatkan seluruh jiwa raga.. Manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Sejak pertama kulihat kamu, hal yang paling mendalam yang ku rasakan adalah kejujuran, kecerdasan dan kehangatan dirimu.. Tiada yang menenangkan jiwaku selain dapat melihat sinar dari lirikan matamu..
[gambar tidak memberi erti pada entry] 




Sunday, December 4, 2011

Menanti dan Tertanya Satu Kisah Cinta

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan di saat itu, tiada lagi wajah yang berada di sisi kita.. Hargailah dia sementara masih ada..

Penantian dalam samar adakah cinta itu milik kita? Adakah apa yang di rasai itu sama seperti yang si dia rasa? Adakah kita yang hanya berlebihan dan perasaan yang perasan menguasai diri?



Pesanan Buat Blogger Yang Suka Copy Paste Hasil Kerja Orang Lain




Di dalam dunia alam maya, apa yang kita cari sebenarnya? Di dalam angan yang panjang mimpi kan selalu indah.. Kita di dalam dunia kita sendiri tanpa kita sedari hati kita semakin menjauh pada satu realiti.. Kita semakin asyik hinggakan kita terlupa akan tanggungjawap kita sebenarnya..

Di dalam alam maya khasnya dunia blogger penuh dengan perasaan hasad dengki dan busuk hati.. Kita blogger hebat, tapi cuma di alam maya.. Realitinya kita masih lagi tidak matang.. Kita boleh menulis dan memainkan peranan seolah kita adalah seorang manusia tidak ada salah.. Di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.. Dunia maya penuh dengan lakonan yang terbaik..



Copy Paste Lagi dari Blog Yang Terkenal

Assalamualaikum

Pertama ini bukanlah entry jiwa jiwa tapi merupakan entry luahan perasaan dari saya sendiri.. Kita tak mungkin dapat mehalang perbuatan 'copy paste' di dalam dunia alam maya ini.. Walau kita cuba elakkan atau bagaimana caranya pasti akan ada perbuatan tidak bermaruah atau bermoral..

sumber gambar dari blog tersebut




Thursday, December 1, 2011

Kuatkan Semangat Hadapi Perpisahan Agar Tenang Jiwa

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..


[sumber gambar google]