Cinta yang tulus ikhlas terserlah daripada pengorbanan seseorang, bukan semata-mata luahan hati dan perasaan.. Cinta yang suci adalah mendoakannya yang terbaik walaupun dia tidak berada di sisi kita.. Walaupun tidak bersama namun cinta itu masih mekar
Kita masih berharap satu kisah lalu datang kembali menjadi satu realiti.. Dan kita yakin dan pasti takkan akan melepaskan semuanya pergi lagi.. Andai di beri peluang pasti kita akan melakukan yang terbaik untuk menjaga hubungan lalu.. Namun itu semua hanyalah mimpi yang asyik.. Sedangkan suratannya sudah nyata
Walaupun kadang kita mengerti dan memahami jauh dari sinar matanya, ada satu rasa yang tersimpan erat.. Ada satu rahsia yang disembunyikan.. Dan kadang jua kita tahu, rahsia itu kita dapat menyelami.. Sedangkan si dia jua menyimpan perasaan cinta pada kita..Namun kerana ada hati perlu di jaga.. Ada hati perlu di sayangi.. Dan rahsia itu menjadi rahsia yang terpendam selamanya demi kebahagiaan orang lain yang terutama..
Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari.. Dan menangis kita keseorangan lagi..
Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan..
Dan jika tiada rasa cinta itu hadir, mengapa mesti ada getaran yang mencengkam di jiwa ini.. Sedangkan aku tahu, aku telah jatuh cinta padamu sejak pertama kali menatap sinar matamu
Dan kita di uji.. Berulang kali di duga.. Hanya mampu melihat dari kejauhan insan yang kita dambakan adalah milik orang.. Kerana kita tiada kekuatan akan diri.. Atau kita terlalu kuat memendamkan rasa sanubari..
Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan..
* Akan ada sambungan entry ini