Saturday, August 20, 2011

Senyuman Itu Pengubat Jiwa Luka





Kenapa kita tidak tersenyum? Dan membiarkan luka kegagalan menjadi ukuran dan menghantui kita sepanjang masa.. Mengapa kita terlalu asyik dengan derita? Mengapa terus menangisi kekecewaan?

Kerana senyuman itu akan mewarnai kehidupan dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru.. Senyuman yang terukir itu melembutkan jiwa mata mata yang memandang..

Bukankah mereka yang yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu mereka pun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula.. 



Bukankah mereka yang tersenyum bahagia itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.


Kita berhak menangis dan tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu.. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya.. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana Kekuatan itu milikNya..

Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita.. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa



Comments
2 Comments

2 Orang Yang Prihatin:

..cik gugu.. said...

suka n3 nih..!

Anonymous said...

senyum tak perlu kate apa apa..