Monday, April 30, 2012

Cinta Itu Bukan Mengikut Hawa Nafsu

Kita hanya mungkin menyintai seseorang dan bertemu jodoh dengan orang yang kita cintai.. Dan hanya mungkin itu adalah perancangan, impian di setiap pasangan pasangan yang bercinta.. Namun kita hanya merancang dan mencari jalan untuk mencapai.. Dan sebaik baik perancangan itu adalah dariNya..

Kadang percintaan itu tidak melalui perjalanan yang seindah yang diingini.. Ada cerita duka dan derita.. Dan amat beruntunglah pada mereka mereka yang punyai kisah cinta hingga ke akhir hayat.. Setiap halangan dan dugaan hadapi bersama sama..



Friday, April 20, 2012

Nilai Sebuah Kesabaran Di Dalam Hubungan Cinta

Kadang kita bertanya pada diri sendiri, mengapa diuji dengan pelbagal dugaan dan permasalahan yang kadang kita rasakan kita tidak mampu untuk mengatasi..

Dan kerana kita masih lagi tertanya tanya, pasti ada bisikan bisikan yang menyuruh kita melakukan perbuatan dan perlakuan yang amat ditegah oleh agama..

Seharusnya kita mengambil sikap bersabar dan tabah semasa diturunkan ujian ujian dari Allah SWT dan mencari jalan penyelesaian dengan bijak..



Tuesday, April 17, 2012

Tika Menangis Itu Satu Pilihan

Menangis dan merasakan kesedihan bukanlah bererti kita hilang akan harapan.. Dan menidakkan satu suratan.. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punyai rasa yang tersimpan di dalam lubuk hati.. Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku liku perjalanan kita.. Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam peningkatan kematangan umur kita..

Hati kita kadang merasakan amat sakit dan kecewa akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata kata mahupun dengan gaya penulisan..




Tuesday, April 10, 2012

Mengapa Curang Itu Menjadi Pilhan

Dan cerita curang sering dikaitkan dengan kesetiaan pada sesebuah perhubungan.. Dan sifat berlawan pada kesetiaan.. Dan selalunya pasangan itu sering di uji dengan pelbagai masalah di dalam untuk menilai sesebuah keutuhan hubungan itu..

Setiap cerita cinta pasti mahukan hubungan itu tercalar dengan kecurangan.. Kerana curang itu kadang mungkin memusnahkan setiap impian dalam hubungan yang dibina.. Dan mungkin akan lebih teruk lagi akan memberi kesan yang tidak baik pada setiap mata yang memandang..

Dan hal paling menyedihkan didalam bercinta, apabila mengetahui diri kita sebenarnya bukan bertapak di dalam hatinya meskipunya dirnya kita miliki



Friday, April 6, 2012

Hati Wanita Sukar di Duga

Hati perempuan itu terlalu istimewa hinggakan kadang amat kita sukar meramal apa yang berada di dalamnya.. 

Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya..

Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirannya walau kadang berbicaranya seolah tiada akan rasa, namun sebernarnya amat jauh dari dunia sendiri..

Lama sudah tidak ku lihat gemersik senyumanmu..



Tuesday, April 3, 2012

Di saat tika dambakan cinta semalam

Dan kerana masih lagi di dalam igauan kisah semalam, janganlah kamu menutup pintu hati kamu pada insan yang lain yang masih lagi sudi menghulurkan belaian kasih.. Kerana ini tidak adil pada diri kamu sendiri.. Kerana ini tidak adil pada soal hati kamu sendiri.. Sedangkan berpisah itu telah nyata, cubalah untuk terima cinta baru..

Mereka melihatnya baik baik saja.. Sedangkan gelora jauh hingga ke dasar.. Mereka memandangnya seolah tiada akan duka tapi pada hal sebenarnya penuh dengan derita



Monday, April 2, 2012

Kesan Cinta Pada Kita

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan cinta.. Dan cinta adalah kasih sayang yang melimpah.. Dan cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.. 

Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..