Friday, March 30, 2012

Luahan Hati Si Curang?


Cinta itu amat luas pengertiaan di dalam kehidupan kita seharian.. Dan kita sendiri punyai tafsiran berbeza pada pendapat dan pandangan masing masing..

Dan menjadi persoalan di sini, adakah cinta akan menjerumus kita ke arah lembah hina.. Menjadi dosa dosa tanpa ada rasa bersalah dan rasa takut..Dan menempah neraka?

Jika aku berbicara di dalam penulisan ini di dalam bentuk perbincangan, agak sukar untuk di karang dan di susun kata kata yang sesuai.. Kerana aku lebih selesa dengan bentuk penyampaian secara luahan..



Monday, March 26, 2012

Namun aku ingin kamu tahu, aku tak bisa hidup tanpamu..

Sumber Google
Pernahkah anda terlalu mencintai seseorang, hinggakan bergetar di dada dan celaru minda anda dalam seharian.. 

Kadang memaksa akan diri mengaku ada satu naluri ingin bersama selamanya.. 

Melihat akan ertinya kasih itu, memberi kata yang memberi akan cinta..



Sunday, March 25, 2012

Kecurangan Itu Racun Di Dalam Perhubungan

Semua insan yang sedang bercinta dan bersama sama pasti inginkan sebuah perhubungan itu di nilai dengan janji bersaksikan wali iaitu sebuah pernikahan sebagai menuntut kebahagiaan yang di cari..

Dan setiap pasangan yang bersama pasti tidak mahukan ada anasir luar yang menganggu kewibawaan keutuhan perhubungan itu..

Dan penyakit yang amat di takuti adalah kecurangan.. 



Wednesday, March 21, 2012

Dan Kadang Kita Tertewas Dengan Alunan Cinta Lagi

Kadang, Cinta itu seakan mendekati.. Dan kian menghampiri.. Namun bila semakin hampir.. Dan semakin didekati.. Dan tapi bila didekati, Cinta  seakan menjauh..

Dan biarlah aku jatuh cinta di dalam hati, tak mungkin kan peduli sama ada kamu sedari atau tidak, biarlah mata ini melihat keindahan cintamu sekalipun tidak akan tercapai tangan nak disentuh pada zahir yang terlihat.. Tan[a tiada lagi rasa yang datang kini..

Kadang, Cinta seakan mengejari.. Mengekori saja langkahku berpijak.. Seakan cemburu padaku.. Namun bila langkah ini terhenti.. Dan ku berpaling untuk menunggu.. Dan Cinta turut terhenti dan hanya memerhati.. Membiarkan ku sendiri lagi..



Tuesday, March 20, 2012

Cinta Itu Masih Ada

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..

Hati ini selalu sepi, kerana tiada siapa yang seakan mengerti apa rasa yang amat di dambakan.. Hati ini semakin layu seolah tiada lagi kiasan yang sudi untuk merawatnya.. Dan semakin lama semakin hati ini rasakan amat pedih dengan luka semalam..



Monday, March 12, 2012

Dan Kita Sering Berkata Tentang Cinta

Bila cinta itu di dusta akan rasa di dalam jiwa, seolah cinta itu mematikan hatinya membutakan cahaya yang ada..

Merasakan bahagia bersamamu amat bermakna di dalam perjalanan yang pernah kutempuhi.. Bertapa singkatnya masa itu seolah menikam aku sedikit demi sedikit dan lukanya amat terasa amat dalam.. Bertapa sukar kurasakan akan meneruskan kehidupan ini..

Bertapa aku rasakan amat kepiluan di dalam gelap walau terangnya bersuluh..



Aku Punya Rasa

Kita yang selalu asyik dengan sesuatu hingga kadang kadang hilang akan mana sebenarnya niat kita pada asalnya.. Pernahkah kita dahulu inginkan sesuatu dan amat kita hargai prinsip prinsip jati diri yang kita sering pertahankan, dan kerana beberapa hal hilang akan prinsip yang dulu kita pertahankan..

Kita selalu berpesan pada hati kita agar tetap akan suara suara yang lantang kita perjuangkan namun akan beberapa hal, hilang dan sayu di mamah oleh bisikan bisikan agar keangkuhan diri itu menjadi sandaran pada kita..

Mana kita dahulu?

Jika aku kini memperingatkan kamu tentang hal dulu yang kamu yakini adalah perjuangan kamu.. Mengapa harus marah dan mengusirku?

Jika aku memperlakukan kamu seperti kamu keanak anakan, mengapa kamu amat dingin dan amarah sekali seolah menidakkan kehadiranku?

Hari ini..
Hampir genap setahun bermulanya sejarah kewujudan blog jiwa jiwa.. Kerana adanya blog ini hanya bingkisan bisu dari jauh sandaran hati ini aku suarakan..

Hari ini..
Telah jauh aku melangkah di dunia maya, jika dahulu aku hanya pembaca mereka mereka yang ada.. Tapi kita, mereka mereka membaca akan aku..

Dan hari ini..
Aku masih lagi begini.. Kerana aku menulis bukan kerana nama, namun punyai rasa untuk berkongsi bersama..

Dan ada jua mereka mereka bertanya padaku.. Apa yang aku dapat? Apa yang aku ada? Dari mana sumber aku perolehi nukilan nukilan..

Kadang aku jemu dan merasakan diri ini sedikit rasa amarah..


***
Semakin lama semakin kita akan jauh pada sandaran niat kita..



Tuesday, March 6, 2012

Ratapan Bisu Luka Semalam

Ada hati tapi tidak tahu menilai.. Kerana akan suramnya cahaya itu, menidakkan rasa yang seharusnya di hargai.. Membiarkan dengan pandangan sepi hingga kadang mengundangkan bahasa sunyi.. Sungguh akan terasa begitu mencengkam rasa dalam dakap dada ini erti kesedihan..

Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.. Memberi satu laluan yang tiada penatnya bagai sungai jernih yang mengalir laju ke laut.. Bagai deruan ombak yang tak henti henti membadai pantai..

Seandainya jika ada rasa di hati untuk memaafkan atas kekurangan aku ini.. Akan terasa bertapa ringan akan beban yang dipikul.. Melangkah ke arus yang lebih punyai keyakinan diri..

Dan masih lagi terasa ngilunya rasa semalam



Sunday, March 4, 2012

10 Sebab Mengapa Hubungan Itu Retak

Sekadar berkongsi mengapa sesetengah hubungan itu retak menanti putus.. 

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.



Saturday, March 3, 2012

Rasa Cinta Itu Masih Kabur Pada Kita

Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat..

Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..

Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah gulana.. Tidak tentu arah dan hilang punca..



Thursday, March 1, 2012

Tentang Janji Itu Pasti

Tidak pernah terlintas kala hati ini bersama sama dengamu hingga satu masa telah kita bertemu merasakan jodoh itu telah ada pada kita..

Kerana jodoh itu punyai rahsia tersendiri hinggalah akad itu telah sah, dan kita menjadi halal.. 

Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yang memilihmu untukku.. Tersurat satu takdir antara kita, ada cahaya menyuluh kegelapan di dalam arah perjalanan kehidupan kita.. Kita yang masih lagi tercari cari arah tuju..