Tuesday, August 28, 2012

Antara Cinta Dan Bahagia Yang Tiada


Kita memahami sesuatu perkara itu berlaku punyai jalan tersendiri mengikut apa yang telah ditakdirkan pada kehidupan ini.. Namun sering juga kita mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, kenapa dan mengapakah diuji dengan penuh debaran.. Dan kadang merasakan amat sukar untuk dirasai..
Sabarlah duhai hati yang merasakan, Allah SWT menguji dan menduga kita dengan perihal yang mampu kita hadapi.. Mengadulah padaNya..
Jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kamu memberi, selamanya dia di hati.. Kerana, sekali kamu dilukai, sampai bila bila tetap kamu ingati..



Tuesday, August 14, 2012

Kita Yang Sering Terlupa Dan Alpa


Adakala kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya lalu jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia.. Dan menjadi asyik di dalam dunia kita sendiri tanpa langsung merasakan kehilangan yang pasti.. Kita terlupa seolah olah itu adalah ganjaran yang ada lalu senang dan lapang dada, hanya alpa dan terus lupa..

Adakala impian kita untuk kehidupan sementara ini mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa lalu merasai dunia itu milik kita selamanya.. Kerana masih merasakan satu kenikmatan yang sementara itu buat kita terlupa yang kekal abadi..



Wednesday, August 8, 2012

Perpisahan Itu Amat Terasa Sakitnya


Semua pernah merasakan kehilangan, cuma bezanya hanya sejauh mana kesakitan hilang itu ada.. Kita punyai rasa, dan kadang rasa kita itu sukar untuk dijelaskan mahupun untuk diterang terangkan..

Tiada siapa pun mahukan sebuah perhubungan yang dibina dengan kasih dan sayang itu berakhir dengan benci dan dendam.. Dan menjadi naluri kita, mencari tanpa ada jemu akan rasa cinta.. Ternanti nanti di mana hujungnya kasih itu terhenti.. Adakah berakhirnya cerita putus di tengah jalan dan pedih sepanjang masa.. Hingga kadang menghantui sejarah kehidupan hingga akhir usia..



Tuesday, August 7, 2012

Cinta Itu Kadang Tidak Seharusnya Memiliki


Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki,
Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. 

Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.



Wednesday, August 1, 2012

Duhai Hati,


Duhai hati..

Hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.. Dan juga bukanlah sekadar air mata.. Pasti akan selang seli dengan warna warna kehidupan yang kadang tidak datang dan sempurna seperti yang kita inginkan.. Dan ada tikanya kita terpaksa menerima sesuatu akan hakikat dengan sabar dan rela kerana itulah takdir buat kita..

Duhai hati..

Pada tika saat ujian datang merapati.. Dan tika itulah hati dan fikiran teruji.. Menjadi iaguan ia akan merisaukan hati.. Akan tetapi, siapa yang masih mampu tersenyum.. Dan tika itulah, menguji kita sejauh mana kekuatan yang ada di dalam jiwa kita.. Di dalam kita mentafsir di mana letakkan kejituan hati kita..