Tuesday, May 22, 2012

Jauh Sudut Jiwa, Masih Punyai Rasa

Kesunyian ini terlalu indah.. Terlalu asyik untuk dihayati.. Walaupun pedih dan terluka.. Sunyi ini pasti kan menemani.. Walaupun pahit dan sengsara, sanggup ku tempuh.. Kerana aku keseorangan.. Kerana aku kesepian.. Kerana tiada siapa yang memahami diri kita selain kita sendiri..

Kehilangan cinta yang disemai bertahun lamanya memang membuatkan seseorang itu seolah perginya separuh jiwa.. 



Friday, May 18, 2012

Kehidupan Kita Yang Semakin Berubah

Tanpa kita sedari, perjalanan kehidupan kita dari masa ke semasa berputar dan mengikut perubahan secara perlahan lahan.. Dan semakin lama semakin kita asyik dengan perubahan yang berlaku dan kadang mengizinkan satu rasa yang semakin hilang dan pudar..

Perasaan yang hadir di dalam jiwa kita sering berubah dan beralih arah.. Tanpa kita sedari dan juga perasan akan perubahan yang berlaku.. Pasti akan ada merasakan hilang satu arah atau rasa..

Kita menanti tentang sesuatu yang tidak pasti~



Tuesday, May 15, 2012

Kadang Cinta Itu Perlu Ada Kesabaran

Di antara aku dan kamu, sudah terjadinya satu ikatan.. Dan kita diuji di dalam perhubungan ini di mana menghayati ertinya kesetiaan dalam bercinta.. Kita diduga dalam getir mencari noktah bahagia jika benar cinta itu ada..

Ada cerita tentang kita yang masih lagi kabur tentang akhirnya.. Ada aku dan ada kamu melengkapi kisah kita di dalam sama sama mencari dan memenuhi ruang ruang kehidupan ini hingga ke akhir nafas..

Namun gelombang kehidupan ini selalu bergelora ombaknya



Friday, May 4, 2012

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu


Jika Isteri Menangis Dihadapanmu..

Jika isteri menangis dihadapanmu..
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…



Tuesday, May 1, 2012

Sabar Dan Tabah Tika Diri Diduga dan Diuji

Di dalam rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran di dalam mewarnakan nilai nila pengertiaan kita.. Ada kalanya kita di uji dengan bermacam macam cara.. Ada tikanya dugaan itu datang bersilih ganti..

Kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju takkala sesuatu perkara itu menghampiri dan menghempas pada diri kita.. Kita menjadi takut dan hilang arah diri.. Apalah yang ada pada kita, jika kita tidak mampu menghadapi saat saat kesusahan dan kesulitan itu?