Saturday, December 17, 2011

Setelah 9 Bulan Blog Jiwa Jiwa

Jangan di tanya apa sumbangan dan perhormatan dari orang lain, tapi tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan kita pada mereka..


Dunia kita jauh berbeza, namun warna pelangi tetap sama.. Hitam akan putih pasti ada tintanya..



Assalamualaikum..

Pertama sekali ini bukanlah entry berkisah tentang jiwa jiwa.. Entry ini adalah bertujuan menerangkan perihal  blog jiwa jiwa ini..

Syukur hari ini genaplah 9 bulan blog jiwa jiwa ini beroperasi.. Kerana entry pertama jiwa jiwa adalah bertarikh 16 March 2011.. Dan sepanjang perjalanan saya mengendalikan blog jiwa jiwa ini ada banyak yang saya pelajari tentang soalnya hati, geloranya jiwa dan pelbagai ragam insani..

Di sini ini saya simpulkan beberapa perkara :-

1- Sebolehnya saya akan elak untuk tidak menceritakan soal luahan hati sendiri di dalam blog ini.. Dan selalu saya ketengahkan entry berkisar tentang perasaan.. Memang apa yang saya tulis dan cuba untuk ditunjukkan di dalam blog ini.. Tapi tidak semestinya penulis di dalam alam sendiri.. Sebagai contoh ada beberapa entry berkisar tentang soal rindu, sepi dan dan sayu.. Sebenarnya saya cuma mendalami beberapa watak teman atau kenalan sekeliling.. Dan  cuba tonjolkan di dalam bentuk penulisan.. Bukan menerangkan tiada soal rasa perasaan sepi sunyi rindu atau sayu.. Cuma cuba untuk menjadi seseorang itu jika rasa itu hadir.. Cuba memberi gambaran secara kasar atau mendalam sesuatu bentuk rasa..

2- Blog ini bukan blog peribadi yang mengisahkan kehidupan penulis.. Dan kadang kerisauan menjadi jadi serta takut jika ada kenalan kenalan, saudara saudara terdekat mahupun jauh merasakan diri ini begitu.. Sungguh di dalam blog ini sudah ada saudara saudaraku yang membaca dan menjadi follower.. Ada juga kenalan rapatku di sini.. Itulah sebab kena identiti terpaksa dirahsiakan.. Kerana takut niat untuk menulis dan menghasilkan satu satu entry ini terbatas dan di salah tafsir.. Di dunia luar sana, kita punyai kehidupan yang berbeza dengan kehidupan di dalam alam maya ini..

3- Kadang pendapat dan pandangan penulis salah.. Kerana mungkin saya menulis mengikut hawa nafsu tanpa dikaji semasak masaknya sebelum di post.. Dan itulah amat perlukan teguran membina untuk menghasilkan yang lebih bermutu di masa depan.. Dan kadang juga rasakan gaya penulisan aku teruk.. Selalu mengunakan ayat yang berulang ulang atau frasa yang salah di dalam bahasa melayu.. Dan untuk maklumat jua, saya bukanlah seseorang yang alim, di dalam petah bicara tentang hal agama.. Kerana itu kadang saya takut untuk menghasilkan entry yang berbentuk kiasan secara amnya.. Kadang kita takut, soal agama dimainkan tanpa kita sedari..

4- Untuk menghasilkan sesuatu entry berkisah tentang perasaan ini kadang mengambil masa berjam jam.. Ada jua terpaksa di save terlebih dahulu.. Dan di sambung, selalunya mengambil masa yang lama mungkin 3 atau 4 hari.. Kerana bukan semua benda saya tahu.. Sedangkan saya juga manusia biasa.. Membuat sedikit kajian dan mencari rujukan yang sesuai untuk tatapan.. Dan selalunya 3 jam atau 4 jam untuk sesebuah entry..

5- Saya tidak mementingkan kuantiti sesebuah entry itu jika penyampaian tidak terkesan di dalam hati pembaca.. Berulang kali saya membaca terlebih dahulu sebelum di publish kepada umum.. Kerana saya cuba sampaikan sesuatu pada setiap yang membacanya.. Dan mungkin boleh memberi sedikit pengajaran atau pendoman pada jiwa jiwa yang kecewa dan kesedihan..

6- Soal yang utama, di harap pada yang membacanya, kaji dan rujuk pada pakar terlebih dahulu tentang perihal isi kandungan.. Sebolehnya jangan diterima dengan secara terus.. Dalami secara baik, menilai di mana benarnya.. Kerana saya juga manusia, takut takut memberi impak negatif dan tidak baik..

7- Dunia kita berbeza, masalah yang di timpa jua berbeza.. Mungkin cara penyelesaian hampir sama.. Saya cuma mengutarakan tentang perihal jiwa jiwa.. Tentang menyelesaikan masalah, atau sebagainya eloklah rujuk pada yang lebih arif..

***
Pada yang telah meletakkan blog jiwa jiwa di dalam bloglist blog, di harap membalas komen di bawah dan sertakan blog.. Kerana saya punyai ruangan khas untuk pada mereka mereka yang sudi meletakkan blog jiwa jiwa di bloglist blog..

Pada yang punyai persoalan dan pertanyaan bolehlah add saya di FB seperti acc profile di sebelah.. Atau terus emailkan pada romrems@gmail.com

Terima kasih pada yang sudi menjadi pembaca.. Dan jika ada salah, mohon dimaafkan~



Comments
24 Comments

24 Orang Yang Prihatin:

mamaijat said...

.....Tq to angah @ blog jiwa jiwa.....
suke baca blog ni..
tp x bermakna mamaiajt pun jiwa jiwa plak..
ha ha ha...
kekadang amik quotation dalam blog buat renungan...(share)...
atau post kat mereka yang berkenaan..
minta angah halalkan yea..
keep up the good deed...

anGah said...

@mamaijat hehehe.. sila sila.. jgn buat bisnes laks mcm sesetengah org tu.. ciplak hasil org then ngaku hasil sendiri.. huhu.. nak share takde masalah ye mama.. huhu

FasiHaH SupiaN said...

encik angah...kita memang letak blog jiwa-jiwa dalam bloglist kita...tapi selalu jd silent reader je....yelah jiwa-jiwa kan, knela feeling.hehe

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Usia kita berblog sama :) dah 9 bulan juga...

Dan, dgn ikhlas letakkan blog ni dlm bloglist...moga mudahlah ziarah menziarahi..

EiL LB said...

xberapa hari lg dh nk dpt ank dh blog ni..
Hehehe

anGah said...

Eil : hahaha

STORY cik FIFY said...

sy suke bace blog abg :) terus kn menulis . thanks :D

Panglima Muda said...

salam... tokwan ingat hang ni ok je lah. hang bantai apa entry pun , depa pakat baca.... Tokwan kalau angin pun tokwan tembak jugak..... Januari nanti tokwan balik sik kut..anak menakan nak bertunang

umie naziera said...

blog jiwa jiwa terbaikk

syieha_wanah said...

wowww.. dah 9 bulan.. ok,hope blog ni terus maju n hope also angah xkering idea untuk menaip entry2

syieha_wanah said...

wowww.. dah 9 bulan.. ok,hope blog ni terus maju n hope also angah xkering idea untuk menaip entry2

anGah said...

@FasiHaH SupiaN owh yaka? mana link? huhu

anGah said...

@Dunia Realiti a.k.a Elih ok.. ty :)

anGah said...

@STORY cik FIFY makasih makasih.. :)

anGah said...

@Panglima Muda tokwan mai sik buat apa? jauhnya... haha.. sy kat shah alam.. kg asal alor star..

anGah said...

@umie naziera wow wo// makasih..

anGah said...

@syieha_wanah hehe.. terima kasih :)

PeRmAtA bIrU said...

blog nih memang sangat best... saya suka baca untuk mencari idea dan mencari kisah hati... dan memang dah lama blog nih berada dalam my feveret bloglist saya... :) semoga terus maju angah...:)

anGah said...

@PeRmAtA bIrU lama tak nampak komen eh.. huhu

_Shabil_ said...

i think your post was the best... =)

ANA FARHA said...

tahniah.. dah 9 bulan ye.. teruskan menulis sesuatu yang berguna untuk pembaca..
saya suka..

Terbelog said...

yelah..
nak keluar baby dah ni hehe

aku HaniAsyira said...

tak terkira rasanya asyik wat traffic kat sini.. macam tiap2 ari baca pulak.. keep it up!! senyum selalu.. =)

anGah said...

@aku HaniAsyirawah ty ty... :)