Menyentuh satu isu kecil yang kadang selalu di dengar tapi menjadi perkara yang besar bila terkena pada diri sendiri.. Mengenali seseorang yang rapat pada kita dan selalu sahaja bersama sama tak kira apa status kehidupan kita dan kadang terasa satu getaran yang kuat di dalam dada menyentuhi perasaan dan hati.. Apabila timbul satu rasa yang sukar di gambarkan dengan tulisan mahupun dengan kata kata..
Dan bila kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta.. Terasa berbunga bunga perasaan dari hari ke hari..
Kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah kamu.. Di mana ada dia, pasti ada kamu..
Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini, telah menjadi satu simbol cinta..
Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya? Menjadi tanda tanya dan semakin hari semakin merunsingkan perasaan..
Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.. Merasakan satu kelainan bila bersama sama.. Terasa ada bahang yang merasuk di jiwa.. Panas dan membara..
Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim.. Dan amat ditakut nanti, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.. Siapa jua akan rugi..
Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan.. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.. Di mana akan ada suratan yang memberikan lebih nikmat bahagia?
Cintu itu tidak buta yang butanya mata yang memandang.. Yang butanya hati yang menilai.. Bukan salah bila cinta itu tidak mengenal erti siapa.. Cuma kehadirannya tidak di duga dan dipinta..
Pada entry seterusnya, akan di sentuh lebih mendalam apa keburukkan dan kebaikkannya.. Dan apa kekurangan dan kelebihannya..