Kita sering mahukan hari yang cerah tapi Allah mngetahui.. Hakikatnya hujan perlu diturunkan.. Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan.. Akan tetapi Allah lebih mengetahui, kesusahan itu mengajar erti kehidupan.. Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri penuh dosa dan kejahatan kerana manusia tidak dapat lari dari kesilapan.. Semuanya bukan hukuman, tapi sebagai tanda kasih sayang Tuhan agar kita lebih tabah
Hati merasakan sunyi dan sepi.. Dan di dalam sunyi itu terkandung satu erti kesepian yang lama.. Menanti satu sinar pautan yang selalu di sangka akan ada tangan yang sudi mengapai tangan dan di pimpin ke arah yang bahagia..
Orang berkata, putus cinta itu ada perkara biasa.. Kadang pengalaman yang sukar untuk di rasai oleh sesiapa sahaja.. Menangisi perpisahan di atas putusnya perhubungan yang terjalin, adalah lumrah akan dunia yang mentertawakan insani dalam mencari ertinya cinta..
Orang berkata, usah di ingat dan di ratap sayu akan kepedihan yang melanda akan diri.. Biar saja luka itu ada pasti akan sembuh di kala waktu yang merawatnya.. Biarkan saja luka itu hilang akan padamnya sakit sakit yang dirasai.. Usah di layan akan perasaan yang berbelah bagi itu..
Namun diri sendiri yang merasakan betapa kejamnya dunia.. Betapa tidak adilnya akan luka yang di rasai.. Siapa sangka, luka yang kecil ini menanah dan parutnya tiada langsung akan sembuh.. Semakin kuat dan semakin ngilu rasa sakit seakan akan tiada ubatnya lagi..
Orang berkata, cinta yang lama jangan di kenang kenang.. Biarkan saja berlalu pergi dan pasti akan ada gantinya.. Dan baru itu mungkin akan lebih baik dan bermakna..
Dan hati ini selalu saja sunyi jua.. Dan sepi juga menghiasi hari hari yang mendatang.. Kadang terukir senyuman dari raut wajah tapi ianya hanya sekadar menutupi kesakitan dan lukanya hati yang semakin hari semakin parah
Namun, sakit ini masih ada rasa.. Masih lagi terkenang akan kenangan bersama insan lama.. Yang mengajar erti rindu.. Yang memberi akan satu rasa.. Sayang dan amat dalam akan kasih yang terjalin.. Rindu yang amat terasa bebannya..
Mana kan dapat mencari seakan yang sama yang lama.. Telah tersurat akan kehilangan cinta itu namun hati ini berat dan tertutup sudah pintu hati ini menerima cinta yang baru.. Bukan tiada angin angin lalu menghiasi taman hati, tapi terasa kehilangan ini seakan telah mematikan saja rasa ingin bertemu cinta yang baru..
Jangan pernah biarkan diri kita untuk kecewa.. Kerana semua itu akan merampas semua yang seharusnya kita miliki, bahkan apa yang pernah kita miliki.. Sebab kekecewaan akan membuat kita malas untuk menjaga dan mencari
Buat hati yang masih tiada akan ketenangan jiwa.. Yang masih merasakan satu bebanan.. Ketahuilah hati kamu semakin menjauh dari yang Esa.. Semakin hitam dan semakin lagi hilang akan terangnya cahaya.. Jika hati tidak tenang, itulah penyakit hati yang sering merosakkan jiwa.. Kembalilah..
*entry ini menyentuh betapa sunyi dan sepi sekeping hati itu jika semakin menjauh padaNya