Friday, April 6, 2012

Hati Wanita Sukar di Duga

Hati perempuan itu terlalu istimewa hinggakan kadang amat kita sukar meramal apa yang berada di dalamnya.. 

Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya..

Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirannya walau kadang berbicaranya seolah tiada akan rasa, namun sebernarnya amat jauh dari dunia sendiri..

Lama sudah tidak ku lihat gemersik senyumanmu..


Dan jangan jua biarkan wanita yang berada di sisi kamu bersedih dan menangis.. Dan jika masih dibiarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..

Jangan di biarkan wanita yang berada di sisi kamu punyai rajuk yang panjang hingga tiada akan usaha untuk mengembirakan hatinya.. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya senyum dan gembira..

Jangan biarkan wanita yang berada di sisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan ada bisikan mengodanya mencari keserasian..

Mereka tidak mendengar apa yang dikeluh.. Mereka tidak melihat dengan mata walau memandang.. Mereka hanya mahu tahu satu kisah.. Satu cerita asalnya duka.. Tidak langsung mereka mengerti akan rasa.. Kerana mereka tidak berada di atasnya.. Tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika..
Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. 

Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. 



Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura pura bahagia sedangkan pada realiti itu amat kita merasakan derita.. Hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah dibutakan dengan kecurangan.. Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir jua..

Nota:
Kiasan cerita hanyalah ilusi penulis dan bukanlah penulis sendiri amat memahami wanita.. Kadang pendapat dan pandangan penulis salah di dalam menghuraikan sesuatu perkara.. Mohon di perbetulkan.. 



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

Nong Andy said...

Seakan-akan akulah perempuan yang di maksudkan oleh En. Angah :)

*Terbaik!!

Sunah Sakura said...

seakan-akan aku juga bak kata nong andy... *eh! hahaha~

erm...bukan seakan-akan..tapi nyatanya itulah aku kerana aku wanita...

PusPita said...

Hanya bs renungkn

Unknown said...

kalau la semua lelaki sgt memahami seperti awkkkk...ummm...bhgia semua wanita...im touching~

Unknown said...

Kuatkan hati dan kuatkan semangat mengatasi kelemahan yg ada dlm diri kita. ...... ...

Unknown said...

Hati wanita senang di duga ape!
Yg susahnya adalah tindakan nya aja.
Sebab, wanita dan lelaki sama2 punya perasaan.

Unknown said...

Hati wanita senang di duga ape!
Yg susahnya adalah tindakan nya aja.
Sebab, wanita dan lelaki sama2 punya perasaan.

Unknown said...

Hati wanita senang di duga ape!
Yg susahnya adalah tindakan nya aja.
Sebab, wanita dan lelaki sama2 punya perasaan.

Unknown said...

Hati wanita senang di duga ape!
Yg susahnya adalah tindakan nya aja.
Sebab, wanita dan lelaki sama2 punya perasaan.