Sunday, October 30, 2011

Kamu Yang Cukup Sempurna, Istimewa dan Terbaik Buatku

Meninggalkan dirimu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi cinta di dalam.. Tapi kerana aku amat menyintai dirimu, kerana itulah aku melangkah pergi.. Kerana kamu cukup sempurna di mataku.. Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu..

Aku telah mencuba sebaiknya menjaga hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintaimu.. Dan menyayangimu sepenuhnya di dalam erti kehidupan ini.. Aku telah memberikan kepercayaan yang kuat dan penuh di dalam kisah cinta kita yang tiada bertepi ini.. Namun, segala galanya tidak lagi mengikut apa yang kita rancangkan..




Monday, October 24, 2011

Luahan Cinta Sebelum Menjadi Halal Baginya

Aku mencintai engkau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta.. Andai kau hilangkan cintaNya,maka hilanglah cintaku padamu.. Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.. Cinta Illahi jugalah yg menyebabkan aku memilihmu.. 

Aku dambakan kasih dan sayangmu.. Sungguh amat perit dan pedih bila aku membuat keputusan ini, merasakan amat susah dan payah sekali.. Namun, kamu harus tahu.. Kita bercinta.. Kita berkasih sayang.. Biarlah di jalan Allah SWT.. Supaya kita sama sama mencari keredhaanNya setelah aku menjadi halal bagimu..

Biarlah orang lain meragukan niatku untuk berubah..
Mata yang memandang tidak tahu kesan di dalam jiwaku.. Biarlah jika orang lain tidak tahu.. Biarlah jika orang lain mencemuh atau pun jadi membenciku.. Mungkin mereka seperti itu kerana memang melihat apa yang terlihat.. Melihat seolah tiada jujurnya aku di dalam perwatakan kita..




Senyuman Yang Terukir Kadang Tidak Memberi Makna Pada Rasa Hati

Jika ada rindu tidak semestinya cinta.. Tapi jika ada cinta, hati ini sentiasa merindu

Jiwa kita merasakan amat ketara kekosongan bila kita keseorangan dan kesunyian.. Kita merasakan seolah tiada akan sesuatu yang kita dapat pautkan di dalam mencari ketenangan.. Kita sunyi.. Kita keseorangan.. Kita kesepian..

Kita terasa amat sunyi tika melalui ranjau perjalanan kehidupan.. Walau ada suara suara yang selalu membisikkan rasa dan memberi satu keazaman di dalam jiwa.. Kita jua merasakan bertapa sunyinya denai hati ini.. Walau masih ada suara itu kedengaran, dan memberi satu demi satu arahan di dalam minda.. Kita jua merasakan sunyi..



Sunday, October 23, 2011

Siapa Muammar Gaddafi?


KHAMIS lalu, pemimpin Libya yang digeruni selama 40 tahun oleh Barat, Muammar Gaddafi, 69, diheret keluar dari sebuah saluran pembetung di sebatang lebuh raya enam lorong di Sirte, tempat kelahiran Gaddafi. Dia ditangkap oleh sekumpulan pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Kemudian, dalam video yang dirakam oleh seorang pejuang NTC, Gaddafi kelihatan cedera dan keliru apabila ditarik dari atas sebuah kenderaan dengan beberapa orang merentap rambutnya untuk menjatuhkan tubuhnya ke tanah.
Dalam tempoh sejam selepas diseksa, dia didapati sudah tidak bernyawa lagi.



Antara Jiwa, Cinta Dan Bahagia

Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi..


Cinta sebenarnya begitu suci, cuma kita yang salah mentafsir.. Kita salah menilai kesucian cinta itu mengikuta apa yang telah terjadi pada kita.. Kita telah menekankan kata cinta itu pabila kita telah gagal di dalam penghayatan sendiri..



Friday, October 21, 2011

Tawarkan Perkhidmatan Seks Kerana Iphone 5

Seorang pelajar wanita di Nanjing, China menawarkan habuan seks kepada seorang lelaki sebagai balasan untuk mendapatkan iPhone 4S baru. Pada mulanya menawarkan seks oral sebagai pertukaran untuk telefon tersebut.

Gilalah, sanggup buat apa saja, demi iphone....apa hebatnya iphone ini berbanding dengan maruah diri. Itu namanya berbeza budaya....kan. Tapi Cantik juga perempuan tu ye.... :P

Pelajar wanita ini memberitahu lelaki itu, "Selagi anda membasuhnya bersih-bersih, tidak ada apa yang hendak dirisaukan."



Belajarlah Untuk Setia


Maafkan daku, kadang ada bisikan menyuntik kata kasih dan memberi aku dalam khayal untuk melupakan kamu sejenak.. Kadang aku kuat, tapi selalunya aku lemah dan tersungkur.. Maafkan daku


Cuba kita belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada.. Memberi satu harapan pada hati supaya syukur pada sesuatu yang telah menjadi milik kita.. Seseuatu yang telah kita ada.. Tidak sia siakan apa yang kita miliki.. Tanpa ada sedikitpun melangkaui batas menghancurkan nikmat tersebut.. Cubalah untuk setia..



Wednesday, October 19, 2011

Jiwa Yang Kosong

Sumber dari Google

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa, semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa.. Disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri..

Dan sering kita merasakan amat kuat dalam tekanan jiwa kita melalui hari hari yang semakin sukar.. Sakit dan merasakan kosong.. Tanpa ada satu pun isian santapan jiwa buat kita..

Pernahkan kita merasakan diri kita keseorangan? Di dalam menghayati laluan berliku.. Tanpa ada teman yang membimbing kita.. Sedangkan pada hakikat sebenar, mereka berada amat dekat dengan kita..



Tuesday, October 18, 2011

Dan Pergi Dari Tatapan Bisu





Jika masih ada ruang di dalam lubuk hati,
Merasakan satu ketenangan yang dicari,
Mana lagi hendak aku mendalami,
Jauh sudah aku selami,
Puas jua aku hayati,

Aku masih lagi begini.



Friday, October 14, 2011

Bahaya Cinta Terlarang




Entry ini adalah enty sambungan dari Cinta Orang Ketiga dam Luahan Cinta Orang Ketiga..

Kisah cinta ini lebih pada saya fokuskan pada hubungan cinta seorang wanita terhadap lelaki (suami orang) 

Rahsia Suami Orang di Dalam Cinta Terlarang
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri..




SYURGA RUMAHTANGGA




SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...
berbuahlah rahmah



Cerita Dua Orang Sahabat

Ajoi yang baru menjadi kastam di Tambak Johor menahan seorang pemuda (Sumardi) yang menaiki motor kerana gaya pemuda tu lain macam gayanya semasa melaluinya.

Ajoi: Oppss berhenti!
Sumardi : Ya Encik..
Ajoi: Apa yang ko bawak dalam beg tu?
Sumardi: Takde pape encik..
Ajoi: Bukak!
Sumardi: Okies…




Tuesday, October 11, 2011

Luahan Rasa Cinta Orang Ketiga


"Walau sejauh mana aku pergi menghilangkan diri.. Ingatanku cuma ada kamu.. Tidak kira di mana saja aku berada dan apa lagakku.. Pasti aku mengingatimu.. Pasti ada rindu yang bertandang.."

Entry ini adalah entry sambungan kisah Cinta Orang Ketiga

Jatuh cinta pada seorang teman yang kita kenali adalah satu situasi yang sukar ditafsirkan dengan coretan.. Satu bentuk perasaan yang selalu bermain di minda kerana si dia selalu saja di mata..



Thursday, October 6, 2011

Cinta Orang Ketiga


"Antara kesakitan jiwa yang amat menyakitkan pabila menyintai seseorang namun orang yang kita amat dambakan adalah milik orang lain.. Terasa pedih dan hilang satu semangat baru untuk bangun"

Tiada sesiapa pun menginginkan kehadiran orang ketiga di dalam cinta yang terbina.. Ia sememangnya menyakitkan.. Menyakitkan apabila kepecayaan yang diberikan musnah begitu sahaja dan membuatkan hati kita hancur harga hilang bentuknya.. Dan ianya bertambah parah pabila kita menyedari, insan ketiga itu sebenarnya adalah kita..

Sayang sekali.. Perasaan yang hadir di antara kita membuak buak seakan tiada lagi kunjung tiba yang baru.. Kita bertemu.. Kita bersama.. Untuk merasakan nikmatnya bahagia cinta antara dua jiwa.. Namun kita bercinta bukan untuk bersama jodoh.. Amat menyakitkan dan merasakan pahit..



Tuesday, October 4, 2011

Dengar Akan Aku~





Dengar akan aku, aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa..

Di dalam dunia alam maya, apa yang kita cari sebenarnya? Di dalam angan yang panjang mimpi kan selalu indah.. Kita di dalam dunia kita sendiri tanpa kita sedari hati kita semakin menjauh pada satu realiti.. Kita semakin asyik hinggakan kita terlupa akan tanggungjawap kita sebenarnya..

Di dalam alam maya khasnya dunia blogger penuh dengan perasaan hasad dengki dan busuk hati.. Kita blogger hebat, tapi cuma di alam maya.. Realitinya kita masih lagi tidak matang.. Kita boleh menulis dan memainkan peranan seolah kita adalah seorang manusia tidak ada salah.. Di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.. Dunia maya penuh dengan lakonan yang terbaik..



Monday, October 3, 2011

Mencari Butanya Cinta Akan Nilai Ertinya

Kita ini dalam banyaknya suratan kehidupan, kita tidak lebih dari seumpama bingkisan layang layang yang kadang kala terlepas dari mata memandang.. Kita disayangi oleh ramai orang tapi pada hikayat pinggiran sebuah hati dalam kehidupan, kita hanyalah seorang manusia bisu yang berdiri dalam tengah pekat gelap malam

Di dalam kehidupan ini kita sering salah di dalam menilai tentang hati seseorang pada kita.. Kita sering sangkakan itulah sebenar benarnya hanya mengikut apa yang kita sendiri mentafsir sendiri.. Mengikut kemahuan apa yang kita ingin..



Penjelasan Fida tentang gambar yang didedahkan Mamat




Setelah hanya mendiamkan diri berkaitan kontroversi gambar yang diupload oleh Mamat, Fida semalam membuka mulutnya menerusi BiPop.. Fida melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih dengan tindakan Mamat. Malah kata Fida, hatinya telah tawar dan terluka dengan apa yang telah Mamat lakukan.



Puisi - Saya Cintakan Awak



Puisi - Saya Cintakan Awak

Kadangkala saya merasakan,
Allah amat baik, kepada saya awak diberikan.
Mencintai awak sahaja sudah satu kebahagiaan,
Apatah lagi apabila cinta berbalasan.

Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati,
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak.
Terdetik satu masa, hendak selama-lamanya bersama,
Ya, selama-lamanya.
Maka terekstensi sehingga melepasi kematian,
Menyedarkan akan wujudnya dua pengakhiran.
Maka ke manakah kita akan bersama?
Di situ wujud kegerunan.