Monday, August 29, 2011

kemaafan adalah lepaskan dendam dengan rela



Kadang ada kalanya kenangan dan ingatan kita terhadap kata kata atau perbuatan seseorang yang selalu saja bermain di dalam jiwa kita. Saban hari kita akan terasa akan cerita lama yang sering kita ingat dan terus menghantui kita. Terasa seolah menghiris dan meninggalkan kesan parut yang masih terasa sakitnya.

Dan kita jua ada rasa, yang kita rasakan yang amat dalam jiwa kita. Jangan biarkan hati kita diselimuti dengan rasa benci yang kuat hinggakan tiada nilai kemaafan yang dapat diluahkan dengan rela dan ikhlas. Sesungguhnya kita manusia penuh dengan salah dan kalah akan sesuatu.

Andai tiada kesempatan di waktu lain, agar Aidilfitri yang kunjung tiba ini memberi ruang di hativkita untuk memohon kemaafan pada kenalan kita. Kadang kita tidak menyangka dan tanpa.kita sedari telah melukakan seseorang dengan kata kata tidak sepatutnya.



Friday, August 26, 2011

Mengapa Harus Dihukum Kehadiran Cinta Yang Baru?





Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja.. Tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang..

Kadang kehadiran cinta yang tidak berbalas tidak seharusnya membuatkan kita terus lemah dalam mengejar erti realiti.. Sedarlah cinta bukan terletak pada satu impian yang kita cari selama ini.. Merasai masih ada nilai cinta seharusnya kita bersyukur kerana dalam hati kita masih ada ruang untuk berharap pada satu pautan..

Dan kadang cinta tidak berbalas seharusnya membuatkan kita lebih bersemangat dengan lebih membara kerana kita yakin akan sesuatu yang belum pasti.. Bersabarlah menghadapi peritnya pertemuan dalam perpisahan.. Dan sabar itu harus ada..



Thursday, August 25, 2011

Mohon Maaf Zahir Dan Batin





Sumber gambar google

Secara ringkasnya, ingin aku suarakan beberapa kiasan..

Blog Jiwa Jiwa ini pada dasarnya adalah satu blog menceritakan apa yang aku ingin tuliskan dan luahkan.. Di sini ingin aku senaraikan apa yang terkandung pada blog jiwa jiwa ini..



Jiwa Kosong Tanpa Ketenangan



Apabila merasakan jiwa kosong dan terasa amat sunyi maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.. Memberi kesan yang mendalam pada satu hakikat cinta.. Pada satu keyakinan di dalam jiwa, sedang hati itu kian menjauh..

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.. Hanya membiarkan diri itu menjadi tanda tanya.. Siapa yang merasakan kesengsaraan yang ditanggung.. Siapa yang mengerti akan perasaan yang di lalui..



Cinta Dalam Diam

...Sejak pertama kulihat kamu, hal yang paling mendalam yang ku rasakan adalah kejujuran, kecerdasan dan kehangatan dirimu.. Tiada yang menenangkan jiwaku selain dapat melihat sinar dari lirikan matamu...



Jatuh cinta pada seorang teman yang kita kenali adalah satu situasi yang sukar ditafsirkan dengan coretan.. Satu bentuk perasaan yang selalu bermain di minda kerana si dia selalu saja di mata..

Untuk menyukai seseorang hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Dan kadang perasaan itu akan terus di buai di hati sehinggakan membuahkan rasa cinta dan sayang.. Cuma kadang cinta itu hadir pada seorang teman yang kita kenali.. Mungkin seorang rakan sekolah, teman sepermainan, teman pejabat atau sesiapa saja yang kita kenali..

Satu-satunya cara untuk memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai. Tetapi. mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.



Selagi Ada Nafas



Selagi ada nafas
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari..

Berlalu tlah waktu...kelmarin yg tak mgkn akan berulang lg..tlah jua kte lalui mlm td..dan hari ini pada saat ini..diri kte masih dipeluk kasih ramadhan yg penuh berakah..di setiap wajah insan..alunan langkah..di setiap hela nafas yang tpancar cahaya..kte tetap bjalan walaupun ksendirian..kerana hakikatnya,kte tidak pnh sendiri..arona alam bgtu setia mnemani..jauh nun di atas kte..walau tlihat bgitu dekat..langit ttp cerah..burung bersiul..rumput2 basah,segar..tenang...aman..
Rahmat ALLAH utk makhluk_Nya buat hari2 terakhir Ramadhan...

Dalam jiwa kte..di sudut hati..
lelah..resah..bimbang..
Adakah semalam mrupakan "Malam" yg sering dikejar seluruh umat Islam yg beriman???
Adakah mlm yg tlh b'lalu itu,merupakan Malam Lailatulqadar??
Adakah benar itu malamnya?

Bisik hati insan..
Jika ia benar, aku amat bimbang skali..
sedih krn ia telah berlalu..
bimbang,jika ia adalah terakhir,krn esok blum tentu ada buatku..
terasa rugi diri ,krn smlm tidak aku sungguh2 dlm 'qiam' ku..



Wednesday, August 24, 2011

Lukisan Hati Punyai Warna Kehidupan


Kita menangis dan meratapi sesuatu yang dilalui kita.. Memberi ruang di dalam jiwa erti kekecewaan yang berlarutan.. Tanpa kita punyai satu keazaman yang kuat untuk berubah.. 

Jangan kita cemari nilai hati kita dengan kepura puraan yang tidak mencerminkan identiti kita yang sebenarnya.. Hidup dalam kepuraan menidakkan kebenaran..

Kita diuji dan di duga dengan penuh pancaroba.. Kita memberi dan menerima satu ketentuan takdir tapi kita sering mengalah dan jatuh tersungkur.. Mana kita sebenarnya?



Baik baik sayang


Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam..

Entah di mana sedang hati masih lagi erat mendakap erti cinta luka.. Tak ingin tatap wajah lembut dihiasi air mata.. Tak mahu terus merenung selaut wajah yang duka.. Tak ingin lagi melihat kamu menangis bersedih..

Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu..
Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka..



Jiwa Yang Keliru


.... gambar sekadar hiasan

Hidup kita punyai pilihan.. Dan pilihan itu kadang menyakitkan dan menyesakkan.. Kita pilih untuk memberi dan menerima.. Kita di beri pelbagal alasan untuk menepis dan menolak.. Seolah kita di dalam keliru yang seakan menguji di mana letaknya soal kepimpinan di dalam diri..

Hidup kita, dunia kita.. Tapi kita masih keliru

Kita sering saja keliru dalam memilih jalan hidup yang boleh membahagiakan diri sendiri.. Kita sering keliru dengan tanggungjawap..



Tuesday, August 23, 2011

Cerita sedih 3 sahabat


....... Gambar sekadar hiasan


Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?

Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?



Apa Erti Cinta Pada Mereka



Assalamualaikum..

Entry ini adalah entry sambungan dari SEGMEN anGah Ini Blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada anda? 

Tujuan segmen ringkas ini adalah untuk mengeratkan kita lagi sesama blogger.. Selain dari itu juga, bertemakan konsep blog jiwa jiwa menceritakan tentang hubungan sesama kita dan bercerita tentang perasaan so tiada masalah bagiku jika ingin aku selami sedikit perasaan pembaca pembaca blog jiwa jiwa ini..

Akan di update secara berperingkat penyertaan mereka mereka yang sudi menghadirkan diri untuk meluahkan apa pengertian Cinta pada mereka.. 

Di sini senarai entry yang telah berani untuk meluahkan apa pengertian cinta pada mereka.. Beribu ucapan terima kasih :)



Pudarnya Warna Warna Kehidupan




Kita memandang lesu pada satu kehidupan kita.. Merasakan sunyi dan sepi setiap langkah yang di aturkan.. Berbicara tentang lukanya cinta yang sakit.. Meneliti sedikit demi sedikit perasaan yang pernah ada.. Mana kita, hati yang pernah hilang?

Tidak ada siapa yang inginkan kegagalan dan tidak ada sesiapa pun yang ingin menempuh hari baru dengan penuh kekecewaan tetapi itulah yang sering kita hadapi.. Inilah warna warni kehidupan dan kita terlalu kerdil untuk mengubah arus dan gelombang kehidupan ini tetapi kita mampu mengubah layar kehidupan kita supaya perjalanan kita tetap berlangsung walau ada saat-saatnya kita terpaksa menanti hingga ribut reda..



Monday, August 22, 2011

Atau nafsu yang menggoda




Benarkah itu cinta
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaitan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala



Dan bila kita mengharapkan jalan pulang



Dan bila kita mengharapkan jalan pulang
Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari ‘jalan pulang’

Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa ‘jalan pulang’



Benarkah Cinta?




Benarkah itu cinta,
Kalau kita semakin keji dan hina?

Benarkah itu cinta,
kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?



Jenaka - Kentut

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.



Sunday, August 21, 2011

Jenaka - Menyamar

Ahmad dan Abu tinggal dalam sebuah kampung.....
suatu hari mereka masuk pertandingan bola sepak, malangnya mereka kalah 4-0....
disebabkan rasa malu berdepan dengan orang kampung (kalah teruk la katakan)...
mereka melarikan diri ke bandar dan menyamar.....

Ahmad memakai baju ala2 cowboy dan pergi ke bandar kuala lumpur....
dia berjumpa dngn seorang nenek .... nenekitu berkata "eh kau buat apa kat sini"
ahmad memandang pelik nenek itu kemudian berlalu pergi dari situ....



Saturday, August 20, 2011

SEGMEN anGah Ini Blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada anda?



Pernah dulu aku anjurkan SEGMEN - Ceritakan serba ringkas apa ertinya BAHAGIA pada anda pada bulan Jun yang lalu.. Dan alhamdulillah, ramai juga yang menyertainya.. Dan kesempatan kali ini juga, terdetik di hati aku nak anjurkan satu lagi SEGMEN..



Senyuman Itu Pengubat Jiwa Luka





Kenapa kita tidak tersenyum? Dan membiarkan luka kegagalan menjadi ukuran dan menghantui kita sepanjang masa.. Mengapa kita terlalu asyik dengan derita? Mengapa terus menangisi kekecewaan?

Kerana senyuman itu akan mewarnai kehidupan dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru.. Senyuman yang terukir itu melembutkan jiwa mata mata yang memandang..

Bukankah mereka yang yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu mereka pun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula.. 



Friday, August 19, 2011

Jangan Di Ragui Di Mana Janji




Jika dengar akan aku, dengarlah dengan hati.. Jangan di cari siapa aku tapi temuilah apa yang telah hilang pada bagimu..

Jika esok tiada lagi rentakku, sisipkan saja panduan jika menjadi sempadanmu.. Kerana mungkin aku sudah letih.. Kerana mungkin rajukku ada.. Semakin lama semakin panjang..

Jangan di pandang siapa aku, kerana aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana adanya aku di sini bukan kerana kamu.. Jangan di cari cari kemana aku, kerana kamu juga bukan siapa siapa bagiku.. Kerana aku dan kamu jauh yang amat berbeza.. Kerana walau rambut kita hitam namun nilai hati menjadi ukurun..

Jangan di sanjung, jangan di angkat, aku jua ada salahnya.. Aku jua lemah.. Sama kita adalah kita adalah hambaNya.. Dalam mencari apa ertinya bahagia..

Pada satu wajah itu, sungguh jarak memisahkan kita.. Namun tahukah kamu, ingatanku ada kamu.. Berpisah kita cuma mati.. Jangan di ragui mana janji.. 



Jangan Di Ratap Rayu Atas Kegagalan



Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dgn sepedih rasa. Sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja.. Sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan bertaubat itu lebih utama

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kita pun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak sedikit pun tersenyum pada kita.. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri kemuliaan pun memandang kita dengan senyuman sinisnya.. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menangis bersama kita atau menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita..



Cerita Cinta Jiwa : Panas Baran Si Suami




Kisah benar ini berlaku dalam sebuah rumah tangga, suami dan isteri..

Mengikut aduan yang dibuat oleh Si Isteri kepada seorang Ustaz suaminya memang seorang yang pemarah dan panas baran tak menentu. Begitulah kata Si Isteri marahnya biasa terjadi sewaktu pulang kerja, silap sikit jika barang yang dicari tak jumpa dan berbagai lagi walau perkara yang kecil pun pada orang lain biasa tapi bagi Si Suami akan membangkitkan marah. Si Ustaz pun memberi jalan kepada Si pengadu (Isreri) agar mengandu pada Allah, Solat hajat dan Doa, itulah jalan paling benar bagi seorang Isteri kata Ustaz.

Pada suatu hari ditakdirkan Si Suami jatuh sakit(demam), melihat Suami begitu Si Isteri walau dengan rasa takut-takut mencadangkan Suami berjumpalah doktor, Si Suami nampak akur dan setelah berjumpa doktor antara kaedah rawatan diminta oleh doktor supaya suami datang dihari yang lain dengan membawa air kencingnya.



Usah di tabur akan janji setianya cinta




Bila cinta itu di dusta akan rasa di dalam jiwa, seolah cinta itu mematikan hatinya membutakan cahaya yang ada..

Cinta adalah unsur yang membahagiakan orang yang melaluinya di dalam kehidupan seseorang.. Ada kalanya cinta yang dirasakan amat tinggi nilainya.. Merasakan indah dan bahagia, kerana ikhlasnya menerima hakikat sesebuah percintaan.. Walau kadang cinta yang hadir, tidak dia memiliki diri dan empunya hati yang membuatnya bahagia.. Tapi kerana ikhlasnya cinta yang dijunjung itu ada, membuatnya dia bahagia walau cinta itu bukan ditakdirkan bersama..



Thursday, August 18, 2011

Adakah Cinta Itu Perlu Di sanjungi?



Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada

Pengertian bahagia, cinta dan rindu amat berkait rapat.. Kerana merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Ada yang masih mengharap pada datangnya cahaya menerangi kegelapan.. Dalam mencari satu wajah yang tenang di balik satu kesungguhan kelamnya kalut hati.. Masih ada lagi rasa yang hadir.. Masih ada lagi yang sudi bertemankan kasih..

Cinta itu juga memberi satu keazaman jiwa yang utuh.. Memberi kuatnya langkah yang dititipnya.. Satu demi satu jalan yang berliku menjadi arah.. Perginya seakan satu dunia yang tahu.. Hilangnya hanya menanti rebah.. Dan selalu saja kita tewas kerana selalu salah dalam menilai kuatnya jiwa yang sering dirasakan cinta itu ada..

Kadang cinta itu perlu ada diamnya kerana kala menyatakan perit lagi menerima kenyataan.. Bukan semua cinta yang hadir perlu diperjuangkan dan disuarakan.. Kita punya hati dan rasa pada sesuatu yang mungkin bukan milik kita.. Dan diam itu kadang lebih memberi kekuatan pada hati yang dirasakan kecewa..

Kadang simpan saja rasa yang kuat mencengkam erat dalam dakap dada amat pedih dan sakit.. Menyembunyikan satu rasa cinta yang dulunya kita yakin itulah sejati memerlukan kekuatan dan semangat yang kuat.. Pergi dan berlalu satu detik masa itu tidak akan kembali lagi.. Biarpun punya ada kesempatan namun hanya lirikan mata yang menemani..

Adakah cinta itu perlu dimiliki dan disanjungi? Bagiku cinta itu janganlah diagungkan.. Cinta sesama manusia tidaklah memberi satu hakikat diri yang sebenar.. Dan sering kita tewas dalam bergelut mencari erti kebahagiaan dalam bercinta.. Pergi cinta itu.. Datang yang baru.. Pergi jua cinta.. Datang yang baru lagi.. Cinta itu cuma datang dan pergi dalam hidup kita..

Cinta itu bukanlah kata kata yang selalu diungkap pada manisnya mulut berbicara.. Dalam memujuk rayu pada insan yang selalunya tewas dalam bisikkan rayu.. Kata cinta bukan dinilai bertapa sejuknya di dengar pada ungkapan yang lantang.. Dan cinta itu amat besar pengertiannya...

Cinta juga bukan hanya dizahirkan pada tingkah laku seseorang saja.. Lebih pada hanya satu lakonan yang kadang di salah erti..

Dan cinta itu ada pada setiap jiwa yang masih mempunyai hati.. Di dalam jauh masih tersimpan kuat di dalam akal yang masih kita selalu nafikan.. Cinta itu ada pada kita dan kita sendiri saja yang tahu di mana ertinya..

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Cinta manusia fitrah dan lumrah kehidupan.. Jika hilang boleh bganti tapi jika iman berkurangan kembalilah mencari sinar petunjuk-NYA.. InsyaAllah cinta sejati akan hadir bersama sama iman yang dicari... Cinta ALLAH sentiasa kekal dihati.



Wednesday, August 17, 2011

Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting







Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.

Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia. Sebaliknya, jika kita selalu tidak bersyukur¦

Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.

Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.
...

Pertama :

Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.

Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.

Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar.
Kita ingin itu dan ini. Bila tak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.

Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.

Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA" dalam erti yang sebenar.

Mari kita jelaskan pengertian kita mengenai seorang kaya.

Orang yang kaya bukanlah orang yang memiliki apapun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.

Tentu sahaja kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tak tenteram.

Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada apa yang sudah kita miliki.

Cubalah lihat keadaan di sekeliling kita, fikirkan yang kita miliki, dan bersyukurlah.

Anda akan merasakan nikmatnya hidup.

Pusatkanlah perhatian anda pada sifat-sifat baik boss anda, pasangan, dan orang-orang di sekeliling Anda.

Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.Ini mewujudkan rasa bersyukur.

Ada cerita menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak.

Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Masa itu juga orang tadi berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.


Kedua:


Perkara yang membuat kita tidak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.

Rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri.

Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.
Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit Siti, Siti.

Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini.

Doktor menjawab, Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Siti.

Pengunjug tadi mengangguk tapi semasa melalui bilik lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak Siti, Siti.

Orang ini juga ada masalah dengan Siti?, adakah Siti yang sama? tanyanya kehairanan.

Doktor kemudian menjawab, Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan Siti.

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki.Oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Bersyukurlah !

Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.

Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.

Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.

Bersyukurlah untuk kebatasanmu. kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.

Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jatidirimu.

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.

Rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.



*Entry ini bukan dari aku.. Share dari SINI



Sedikit coretan tentang blog jiwa jiwa





Jika ada dengar akan aku, terima kasih yang tidak terluah dengan kata kata menjunjung kasih dan sayang.. Kerana ada aku cuma sekadar akan luahan.. Bukan rintihan dan cemuhan.. 

Kita belajar untuk menerima sesuatu kenyataan di dalam kehidupan kita pabila tiba masa kita mendengar dan melihat sesuatu di atas perjalanan kehidupan kita.. Mendengar dan melihat akan sesuatu tidak mungkin datang mengikut akan apa yang kita hajati.. Dan selalunya kita hanya mengikut dan menerima suratan itu walau bukan dengan hati yang terbuka..

Sedikit coretan tentang blog jiwa jiwa..



Lemahkah wanita di mata Lelaki



Kata lelaki pada wanita itu lemah..
Mengaku wanita, mereka tidak lemah tapi lembut..
Antara lemah dan lembut amat besar perbezaannya..
Amat ketara perbandingannya..
Namun.. Ada yang tidak rela mengakuinya..
Telah di takdirkan kerana lembut wanita itu..
Tidak gemar akan perbalahan kecuali dalam keterpaksaan...

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima….
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari



Tuesday, August 16, 2011

Kita Terus Di Dunia Kita Sendiri




Kita di dalam realiti sebenar kehidupan dan bukanlah alam maya mencerminkan kita sebenarnya.. Di dalam kita saban hari melayani perasaan di dalam dunia kita sendiri di dalam dunia maya ini, sedikit banyak mempengaruhi pemikiran kita.. Sedarkah kita, kita semakin jauh dan hanyut dari kehidupan sebenar..

Di dunia alam maya, mungkin kita nampak seorang yang kuat dan berpengaruh.. Dan setiap mata yang memandang menyanjungi kita kerana "hebatnya" di dalam menyusun ayat ayat yang seakan mendalam satu rasa.. Sedangkan, kita di luar sini masih di dalam khayalan yang memaksa kita terus lupa..



Monday, August 15, 2011

Tentang Cinta dan Rindu


Bila rindu itu bertandang kadang bukan ertinya cinta.. Tapi bila cinta sudah bersemi, rindu itu selalu saja ada..

Cinta punyai tafsiran dan ertinya yang masih tersirat.. Punyai maksud yang berbeza beza pada setiap yang menilainya.. Dan juga ada kalanya didendam akan hakikat cinta yang hadir.. Cinta ditafsir mengikut apa yang dirasai oleh seseorang.. Jika cinta itu baginya bahagia, di angkat dan di sanjung akan rasa cinta.. Dan bila cinta itu baginya adalah derita, di benci dan seolah cinta itu telah memadam warna indahnya cinta di dalam hatinya..



Sunday, August 14, 2011

Siapalah yang tahu hati yang merasa?

Dalam kehidupan kita ini, sering sahaja kita salah dalam kita menduga akal kita.. Kadang kita merasakan kita amat dekat dengan seseorang hinggakan terasa bahang kasih tapi sebenar hatinya gagal kita selami.. Walaupun tercapai erat tangannya untuk kita sentuh namun tidak mampu lagi untuk kita genggam erat..



Kadang kita sudah merasakan dia dan kita punyai rasa yang sama, namun hakikat sebenarnya kita masih belum ada keserasian antara dia dan kita..

Di saat kita membuatkan hatinya yang berduka, dari raut wajahnya menangis dalam esak yang panjang.. Namun mungkin kehadiran kita hanya untuk di kala kesedihan hatinya sahaja.. Sedangkan adanya kita cuma penganti buat dirinya pada kasih yang tak sampai..



Jenaka : Adik Mat

Suatu hari di dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan pada murid murid nya"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

lalu seorng anak murid yg bernama Adik Mat angkat tangan dan jawab:

"Kosong cikgu".



Saturday, August 13, 2011

Rindu datang lagi


Rindu pada kenangan lalu terus membuatkan derita di dalam jiwa hanyut di alam sendiri. Rindu pada kisah lalu membuatkan kita tenggelam di khayalan yang kita inginkan. Membiarkan perasaan itu ada dan terus menyiksa batin demi sedikit dan amat perlahan sekali.

Rindu pada kisah lalu hinggakan terlupa kita punyai tabggungjawab yang mesti kita laksanakan. Di dalam membawa diri, semakin jauh akan kekuatan diri yang sepatutnya mewarnai kehidupan kita. Kita lupa dan terus hilang akan keyakinan diri. Kita asyik dengan cinta yang pergi.

Rindu yang amat terasa hingga terlupa pada realiti, dia bukan lagi milik kita. Rindu yabg selalu bermain dijiwa hingga kita asyik dalam dunia kita sendiri. Hingga kita sudah kehilangan diri.kita yang dulu. Diri kita yang tika dulu punyai harga diri. Kini sudah hilang akan maruah diri.



*update entry ringkas dan menyentuh secara rawak kesan rindu, nt akan di kupas secara terperinci. Sambil layan Qistina.



Wednesday, August 10, 2011

Cinta Itu Bukan Segalanya


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..


Dalam mencari satu suratan kehidupan pasti kita akan temui detik kekecewan akan sesuatu perkara.. Hal cinta amat menyedihkan pabila apa yang diimpikan tidak tercapai oleh kita.. Kadang sering saja cinta yang hadir musnah di separuh jalan.. Dan kadang juga, sering dipermainkan dan dipersiakan..

Dan dalam menghadapi hari mendatang seolah tiada lagi nilai yang terbina.. Di kala itu, hati kita asyik menyalahkan orang lain atas kesakitan yang melanda.. Menyalahkan masa yang berlalu.. Menyalahkan sesuatu yang tiada puncanya..

Dan selalu jua kita akan menjadi takut sehinggakan tiada rasa percaya lagi kepada cinta baru yang hadir.. Terasa takut yang amat sangat.. Takut di kecewakan.. Takut dipermainkan.. Dan takut segalanya.. Takut dalam memberi rasa sepenuh jiwa..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran..

Cinta cuma satu bentuk perasaan yang hadir dalam diri seseorang insan.. Bagiku cinta yang tidak sempurna bukanlah cerita dalam mencari sesuatu dalam hidup kita.. Kita yang hanya akan mencorakkannya..


*Tengah bersiap pulang ke Alor Star / Site visit dan terus cuti hingga Isnin.. Tiada update entry dalam 4 5 hari ini.. Selamat berpuasa dan selamat menjalankan kehidupan seharian.. Selamat membaca dan terima kasih.. Rindu pada Mama dan Qistina.. 



Kelebihan Bila Teman Ingin Di Jadikan Kekasih

Jika laut itu aku, biarlah kamu menjadi pantainya kerana ombak itu adalah rasa rinduku yang membuak buak pada setiap akan dirimu..



Entry ini adalah entry sambungan dari Bila Teman Ingin Di Jadikan Kekasih.. Di harap dapat membaca entry tersebut untuk mengetahui kesinambungannya..

Di antara kelebihan yang ada jika seseorang teman yang rapat pada kamu, dan apabila terdetik hati kamu satu rasa cinta akan tetapi kamu rasakan amat sukar untuk membuang rasa tersebut.. Di sinilah kita dapat mengenal apa kelebihan yang ada jika rasa itu berterusan..

Kamu akan menyukai segala perlakuannya dan keperibadiannya.. Setelah bertahun lamanya mengenali hati budi, kamu senang dan selesa berdampingan dan amat terasa dekat pada sisinya..

Dan bila perasaan itu di dalam membuak buak, kamu akan sentiasa bersama sama dengannya walau di mana tikanya.. Di saat dia memerlukan kamu, pasti kamu akan pantas berada di sampingnya.. Di saat dia inginkan sesuatu, pasti kamu berusaha untuk memenuhi permintaannya.. Kerana dia bukan sahabat lagi di hatimu tapi seseorang yang amat bermakna padamu..

Kamu juga tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari..

Kamu tahu di sebalik raut wajahnya apa perasaannya tika itu.. Mungkin tekaan kamu berdasarkan pandangan matanya benar.. Kerana kamu sudah lama bersama sama dengannya.. Kamu dapat mengesan cara bahasa tubuhnya..

Kamu sanggup lakukan apa saja untuknya.. Kamu akan terus bersama di dalam muram dan juga gembira.. Kerana kamu telah melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu..

Sifat ingin tahu tentang segala hal mengenai dirinya semakin lama semakin kuat.. Kamu akan selalu mengingati apa yang di bualkan.. Dan apa yang kamu dan dia bincangkan.. Dan kebanyakkan kata kata yang di tuturnya pasti kamu akan ingat walau kadang hanya remeh dan tidak penting baginya.. Tapi bagimu adalah amat bermakna..

Kamu akan menerima kekurangan pada dirinya.. Kerana kamu tidak kekurangan yang ada itu adalah beban pada kamu sebaliknya menjadi satu tanggungjawap secara tidak langsung pada kamu untuk memperbaiki dirinya supaya menjadi yang terbaik..

Kamu tidak mencari kesempurnaan yang ada pada dia.. Sebaliknya kamu inginkan sempurna pada kehidupan kamu dan dia di dalam mencari di makna ertinya satu kesempurnaan.. Kerana bagi kamu tika di lambung perasaan cinta itu, adanya dia di sisi sudah cukup sempurna untuk kamu..

Kelebihan pada satu perasaan cinta pada seorang sahabat dan inginkan satu perhubungan yang lebih dari sekadar sahabat itu terlalu meluas dan banyak.. Ini adalah sedikit contoh yang dapat aku huraikan..

Sekadar peringatan, pendapat dan pandangan adalah hanya bersifat peribadi.. Mohon agar menilai terlebih dahulu akan kebenaran dan pendapatku.. Entry seterusnya akan cuba aku kupas di mana salahnya dan silapnya pada perasaan cinta yang ada pada seorang teman yang rapat jika ingin diteruskan..





Jenaka - Pil Viagra [18SX]


Jenaka ini berunsur lucah.. Harap maklum



Seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi..

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, dan ..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.



Tuesday, August 9, 2011

Hadapilah Dengan Tenang Dan Merelakan

Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita dengan merelakan jiwa yang tenang.. 



Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah



Jenaka : Malam Pertama Penuh Bermakna




Sehari selepas kenduri kahwin...... . .....

Di meja makan sewaktu bersarapan dengan tiga anak perempuannya yang bernikah serentak.... ...

Ibu: Along kenapa masa mak lalu kat bilik ko...mak dengar ko terkekek-kekek ketawa.....

Along:....mak. .. kan masa kecil dulu mak pesan kalau SUKA kene ketawa.....

Ibu:...Oooooo lantas mengajukan soalan pada si Angah...ko plak...kenapa mak dengar ko nangis...!!

Angah: MAk.... kan masa kecil dulu mak pesan...kalau SAKIT...nangis. ...!!

Ibu:...Oooo terlupa plak. Langsung bertanya pada si Adik...Ko plak kenapa bilik ko semalam senyap dan sunyi je....Kak Long ko...ketawa suke...Angah. . ..nangis sakit....Ko je yang senyap...

Adik: MAkkk....... mak dah lupake... kan masa kecil dulu mak selalu

berpesan.... JANGAN BERCAKAP BILA MULUT PENUH....!!


Sumber dari SINI via SINI



Selamat Ku Ucapkan Padamu Saudara


Kita hormat akan masa yang berlalu di dalam mencari lagi mana kekuatan yang masih ada.. Di dalam kita melangkah menuju ke depan kita masih ada lagi satu impian.. Jangan di toleh lagi.. Jangan dibiarkan saja angin yang menyapa itu pergi.. 

Kita masih ada lagi satu rasa.. Rasa yang kuat yang selalu kita ada.. Pada di saat kita kehilangan jangan kita lagi sesalkan.. Andai di masa ada rasa itu, kita abaikan..


Di kesempatan ini, aku ucapkan selamat menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun.. Eh eh.. Mungkin 27 kot.. Pada encik Hasrul atau lebih di kenali dengan panggilan blog Bangku Kosong.. 

Semoga murah rezki dan di dalam mencari keredhaanNya..

Bagiku, beliau adalah seorang yang mesra alam.. Mesra penguna.. Dan mesra semesranya.. Haha.. Dia senang untuk aku bertanya pendapat di dalam alam blog ini.. Sebagai guruku.. Sebagai kenalan blog yang rajin.. 

Cukup cukup.. Puji orang tua.. Orang dah berumur ni susah.. hehehe.. Selamat Hari Jadi bro






Monday, August 8, 2011

Bila Teman Ingin Di Jadikan Kekasih


Rindukan kamu satu rasa yang amat dalam dan jelas.. Terbiar aku sepi melangkah dalam sunyi tanpa ada kamu.. Dan tanpa ada kamu jiwaku gelisah menanti apa ertinya esok.. Aku dambakan kamu yang dulu, bersama di puncak nikmat bahagia.. Satu masa dulu yang tidak kan kembali lagi

Menyentuh satu isu kecil yang kadang selalu di dengar tapi menjadi perkara yang besar bila terkena pada diri sendiri.. Mengenali seseorang yang rapat pada kita dan selalu sahaja bersama sama tak kira apa status kehidupan kita dan kadang terasa satu getaran yang kuat di dalam dada menyentuhi perasaan dan hati.. Apabila timbul satu rasa yang sukar di gambarkan dengan tulisan mahupun dengan kata kata..



Sunday, August 7, 2011

Sombong Akan Diri?




Jika hari ini kita berada di atas, dan memandang kebawah melihat perkhabaran yang ada.. Kita memandang ke atas dan dengan angkuh berkata pada diri sendiri.. "Aku sudah di atas, dan aku mahu di atas lagi"..

Dan dengan sombong akan diri, kita tidak menghiraukan suara suara yang memanggil nama kita.. Sayup kedengarana jauh di hujung dunia.. Kita semakin lupakan diri..

Kita rasakan diri kita sudah melebihi kesempurnaan.. Kita rasakan diri kita semakin hebat dan di angkat tinggi.. Kita semakin melupai akan rutin duniawi.. Kita terus hanyut..



Rindu Itu Bertandang Lagi




Rindu tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu



Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun..

Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menangis kita dalam diam.. Membara di dalam..



Cerita Cinta Jiwa : Cinta Selepas Kahwin

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!



Kenali Blog Jiwa Jiwa



Assalamualaikum..

Entry ini bukan entry Jiwa Jiwa

Tergerak di hati aku, menceritakan serba ringkas tentang blog Jiwa Jiwa.. Di sini anda dapat membaca entry entry yang berkaitan dengan perasaan yang ada di sekitar kita.. Ada beberapa pecahan yang aku kelaskan.. Diantaranya :

6- Jiwa Wanita
7- Jiwa Lelaki
8- Jiwa Yang Merindu
9- Cerita Cinta Jiwa
10- Cerita Jiwa, dan lain lain lagi



Menangislah Jika Itu Yang Terbaik


Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Sesiapa pasti pernah merasa kecewa dan terluka atas kehilangan arah cinta yang dibina.. Siapa pun pasti terasa kesedihan dan akhirnya menangis di dalam meratapi akan musnahnya cinta..

Dan selalunya air mata yang mengalir itu adalah teman bagi kaun hawa.. Dan amat jarang sekali lelaki menunjukkan kesedihan dan kekecewaan hinggakan setitik air yang mengalir melalui pipi itu adalah dari musnahnya hubungan percintaan..



Saturday, August 6, 2011

Kita Masih Ada Harga Diri

Hati seorang wanita terlalu lembut untuk dikasari..



Cinta yang hadir kadang menyedihkan seseorang bila nilai kemanisan sesebuah cinta yang di dambakan itu tidak tercapai selari dengan mimpinya.. Kadang kita akan selalu saja menyalahkan suratan atas kehilangan sesebuah cinta yang gagal.. Sehinggakan tiada langsung suara indah menyatakan cinta itu bahagia.. Dan terus mendendami erti kekosangan jiwa yang tidak tenang..

Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.



Satu Cerita di Pagi Ini


Cinta itu tersendiri dan sebenarnya tidak perlu diundang.. Hadir dan menyelinap dalam diri bagaikan tarian indah si bidadari.

Assalamualaikum

Entry ini bukan berkisah tentang jiwa jiwa.. Harap maklum..

Di awal pagi sabtu ini, sedang mengecat blog jiwa jiwa, dan rasa masih belum berpuas hati lagi.. Dah nampak semakin serabut, tak tersusun.. Aku tak berapa nak paham sangat sangat mengenai susun atur dan blog ini.. Belasah aja lar..

Sesambil tu, blogwalking sana sini, melihat blog sana sini.. Dan aku ada beberapa persoalan, blog kita hiasi ini siapa yang baca  sebenarnya? adakah kebanyakkan dari blogger juga? Atau silent reader? Dan aku terfikir, entry macam mana yang menarik minat pembaca? Adakah entry santai? Entry semasa seperti gosip artis atau politik? Atau entry umum macam pengetahuan am? semakin lama semakin pening..

Kalau cerita I follow U, U follow i.. Rasanya, perkara biasa.. mana mana blog yang ada shoutbox, pasti akan ada msg tinggalkan pesanan memberitahu empunya blog - yang dia dah follow dan minta follow kembali.. Ala... Jangan marah dia.. Sekurang kurangnya dia masih ada semangat.. Nanti bila dah letih, senyap la ye.. huhu.. Bagi aku, itu perkara biasa.. Kita tak dapat memaksa orang lain follow blog kita.. Dan kita seharusnya ada ikhlas dapat meng follow blog orang lain..

Tapi sebenarnya, aku suka dan amat amat suka bila setiap kali masuk blog jiwa jiwa, follower bertambah.. Rasa bersemangat.. Dan pageviews semakin bertambah.. Semangat juga.. Dan user online 40 50 orang ke atas, lagi bersemangat.. Dan lihat visit today melebihi 1500 orang sehari.. Perghhh.. Rasa amat amat semangat menghasilkan entry.. Entry yang berkualiti dan boleh diterima umum.. 

Tapi kadang aku jua, ada kalah, ada salah.. Ada letih ada lelah.. Apa yang ada itulah diriku.. Sekadar berkongsi akan rasa.. Melepaskan keluhan bisu buat tatapan jiwa jiwa yang punyai rasa.. Aku dengan caraku dalam mengenal erti kehidupan.. Menulis ini mohon agar tetapkan hati bukan kerana nama tapi punyai satu rasa

Tertanya tanya hilangnya seorang sahabat maya di kenali Fida Aisyah atau blognya dahulu adifstory.blogspot.com.. Di manakan beliau? 



Jenaka - Pemandu Bas Yang Sombong

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.

...Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)....





Jenaka - Mary?

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??"....

si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary.... dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....

si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....

si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???... dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!"....





Friday, August 5, 2011

Biarlah Menjadi Rahsia

Cinta yang tulus ikhlas terserlah daripada pengorbanan seseorang, bukan semata-mata luahan hati dan perasaan.. Cinta yang suci adalah mendoakannya yang terbaik walaupun dia tidak berada di sisi kita.. Walaupun tidak bersama namun cinta itu masih mekar



Kita masih berharap satu kisah lalu datang kembali menjadi satu realiti.. Dan kita yakin dan pasti takkan akan melepaskan semuanya pergi lagi.. Andai di beri peluang pasti kita akan melakukan yang terbaik untuk menjaga hubungan lalu.. Namun itu semua hanyalah mimpi yang asyik.. Sedangkan suratannya sudah nyata

Kadang kala hati sering terusik dengan kata kata cinta namun amat berat dan terasa terkunci rapat untuk diluahkan.. Bukan malu atau takut tidak di terima tapi berkorban demi menjaga kebahagiaan insan lain yang telah lama mencuri hatinya..

Walaupun kadang kita mengerti dan memahami jauh dari sinar matanya, ada satu rasa yang tersimpan erat.. Ada satu rahsia yang disembunyikan.. Dan kadang jua kita tahu, rahsia itu kita dapat menyelami.. Sedangkan si dia jua menyimpan perasaan cinta pada kita..Namun kerana ada hati perlu di jaga.. Ada hati perlu di sayangi.. Dan rahsia itu menjadi rahsia yang terpendam selamanya demi kebahagiaan orang lain yang terutama..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari.. Dan menangis kita keseorangan lagi..

Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan..

Dan jika tiada rasa cinta itu hadir, mengapa mesti ada getaran yang mencengkam di jiwa ini.. Sedangkan aku tahu, aku telah jatuh cinta padamu sejak pertama kali menatap sinar matamu

Dan kita di uji.. Berulang kali di duga.. Hanya mampu melihat dari kejauhan insan yang kita dambakan adalah milik orang.. Kerana kita tiada kekuatan akan diri.. Atau kita terlalu kuat memendamkan rasa sanubari.. 

* Akan ada sambungan entry ini 



Thursday, August 4, 2011

Jenaka - Ayam Tua

Di sebuah ladang ternakan ayam... Kelihatan seekor ayam jantan yang tua duduk termenung... Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya untuk membeli ayam jantan yang masih muda... Apa tidaknya....... Di kawasan yang mempunyai 25 ekor ayam betina itu... Hanya dirinya saja yang jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yang lain mampu bertelur...



Sedangkan dirinya sudah semakin tua... Mana la laratkan... Suatu hari, seekor ayam jantan muda mula berada disitu. Pasti dibeli oleh tuannya. Si ayam muda begitu angkuh membawa ayam- ayam betina di hadapan ayam jantan tua... Ayam jantan tua hanya mampu memandang dengan menahan marah serta tersenyum sinis saja. Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yang pernah hadir dikawasan itu... Namun kerana kepintarannya dia berjaya mengusir semua ayam- ayam jantan yang lain.



Apa kata kau beri aku 10 ekor ayam betina... Kau ambillah lagi 15 ekor. Kata ayam tua... Mana boleh. Kau tu dahlah tua. Bagi canlah kat aku yang muda ni. Kata ayam jantan muda dengan keangkuhannya yang melampau. Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yang ada..... Si ayam muda pun bersetuju...

Pertandingan yang ditetapkan adalah lumba lari 400m... Tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dulu memandangkan dirinya yang sudah tua... Ayam muda pun bersetuju. Ayam tua mula berlari... Nun dihujung sana ayam muda mula berlari dan mengejar. Semakin hampir. Dan tiba- tiba... 

DUMMMMMMMM... Tuannya menembak si ayam muda... Dengan kesal mulutnya membebel... AKU TAK TAU KENAPA AYAM JANTAN MUDA YANG AKU BELI NI SUMERNYA GAY... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... DAH LA TU... NGAN AYAM JANTAN TUA PUN DIA NAK LAYAN!!!!!!!!
.....Ayam tua tersenyum kemenangan dengan penuh kepoyoran...




Wednesday, August 3, 2011

Rintihan Luka Lama


Kita sering mahukan hari yang cerah tapi Allah mngetahui.. Hakikatnya hujan perlu diturunkan.. Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan.. Akan tetapi Allah lebih mengetahui, kesusahan itu mengajar erti kehidupan.. Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri penuh dosa dan kejahatan kerana manusia tidak dapat lari dari kesilapan.. Semuanya bukan hukuman, tapi sebagai tanda kasih sayang Tuhan agar kita lebih tabah



Hati merasakan sunyi dan sepi.. Dan di dalam sunyi itu terkandung satu erti kesepian yang lama.. Menanti satu sinar pautan yang selalu di sangka akan ada tangan yang sudi mengapai tangan dan di pimpin ke arah yang bahagia..

Orang berkata, putus cinta itu ada perkara biasa.. Kadang pengalaman yang sukar untuk di rasai oleh sesiapa sahaja.. Menangisi perpisahan di atas putusnya perhubungan yang terjalin, adalah lumrah akan dunia yang mentertawakan insani dalam mencari ertinya cinta..

Orang berkata, usah di ingat dan di ratap sayu akan kepedihan yang melanda akan diri.. Biar saja luka itu ada pasti akan sembuh di kala waktu yang merawatnya.. Biarkan saja luka itu hilang akan padamnya sakit sakit yang dirasai.. Usah di layan akan perasaan yang berbelah bagi itu..

Namun diri sendiri yang merasakan betapa kejamnya dunia.. Betapa tidak adilnya akan luka yang di rasai.. Siapa sangka, luka yang kecil ini menanah dan parutnya tiada langsung akan sembuh.. Semakin kuat dan semakin ngilu rasa sakit seakan akan tiada ubatnya lagi..

Orang berkata, cinta yang lama jangan di kenang kenang.. Biarkan saja berlalu pergi dan pasti akan ada gantinya.. Dan baru itu mungkin akan lebih baik dan bermakna..

Dan hati ini selalu saja sunyi jua.. Dan sepi juga menghiasi hari hari yang mendatang.. Kadang terukir senyuman dari raut wajah tapi ianya hanya sekadar menutupi kesakitan dan lukanya hati yang semakin hari semakin parah

Namun, sakit ini masih ada rasa.. Masih lagi terkenang akan kenangan bersama insan lama.. Yang mengajar erti rindu.. Yang memberi akan satu rasa.. Sayang dan amat dalam akan kasih yang terjalin.. Rindu yang amat terasa bebannya..

Mana kan dapat mencari seakan yang sama yang lama.. Telah tersurat akan kehilangan cinta itu namun hati ini berat dan tertutup sudah pintu hati ini menerima cinta yang baru.. Bukan tiada angin angin lalu menghiasi taman hati, tapi terasa kehilangan ini seakan telah mematikan saja rasa ingin bertemu cinta yang baru..

Jangan pernah biarkan diri kita untuk kecewa.. Kerana semua itu akan merampas semua yang seharusnya kita miliki, bahkan apa yang pernah kita miliki.. Sebab kekecewaan akan membuat kita malas untuk menjaga dan mencari

Buat hati yang masih tiada akan ketenangan jiwa.. Yang masih merasakan satu bebanan.. Ketahuilah hati kamu semakin menjauh dari yang Esa.. Semakin hitam dan semakin lagi hilang akan terangnya cahaya.. Jika hati tidak tenang, itulah penyakit hati yang sering merosakkan jiwa.. Kembalilah.. 

*entry ini menyentuh betapa sunyi dan sepi sekeping hati itu jika semakin menjauh padaNya



Kena Terjah dan Serkap Jarang



Assalamualaikum

Sambil merehatkan diri tadi, tertiba sahabat blogger yang cute saudari Sunah Muhammad Private Messages.. Ada satu blog tu telah membongkarkan rahsia dapatkan visitor..  Lawak la.. Hampir hampir kena tapi sebenarnya tak kena.. Ada ke pula blog jiwa jiwa ini di kaitkan dengan blogger tip TOP TV3 saudara en Ben Ashaari.. 

Meh terjah blog tersebut.. Sila klik di PANAS!! BONGKAR cara dapatkan VISITORS beribu ribu!!! Ni sebab dia kaji salah satu fan page kepunyaan aku la nie.. Buat empunya blog, harap tiada kekeliruan ye.. huhu

Meh join page nie Terima Kasih Kerana Menerima Diri Ini Seadanya.. Untuk pengetahuan juga, satu lagi page jagaan aku Bahagiakah Aku, Bila Dia Bahagia Walaupun Bukan Dengan Aku telah melebihi 100,000 fans like.. Perghh.. terkenang masa dulu.. Page ni di create pada 16hb Ogos 2010.. dh hampir setahun dah umur page ni.. 

Jauh beza aku dengan saudara En Ben ni.. Aku umpama semut merah.. hehehe..

Terima kaseh buat saudari Sunah :)


*Pernah apply innity, dh dah approve pada 13 jun 2011.. Tapi baru hari ini 3hb ogos 2011 baru tahu.. itu pun ada terima email dri staff innity.. adehh.. rupanya lama dah innity approve.. hoho.. 

Terima kasih sudi membaca dan lepak santai di sini :)



Putus Tunang Lebih Baik Dari Terus Terluka


Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa.. Dan kadang merasakan amat sakit yang ngilu dirasakan jauh erat di dalam dakap dada bila wajahnya masih bermain di minda..

Bertunang adalah satu ikatan adat di antara lelaki dan perempuan di dalam persediaan untuk menghadapi hari bersejarah di antara mereka berdua iaitu perkahwinan..

Dan jika ikatan tunang itu tidak terjadinya satu ikatan yang kuat, rapuh dan putus di tengah jalan.. Usah kita merasakan satu sesalan yang berpanjangan.. Kesedihan dan kesakitan yang dirasakan memang akan dirasakan amat ngilu hinggakan tiada siapa yang memahami dan memandang sepi akan satu raut wajah..

Kadang dalam mendalami perasaan seseorang yang kita rasakan hampir dan rapat dengan kita, sedangkan naluri yang bergetaran tiada rasa akan kuatnya kasih yang bersemi.. 

...Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir.. Jangan kerana ditinggalkan oleh mereka,kita duduk bermenung bertemankan air mata.. Sedangkan mereka sedang berbahagia dengan kekasih mereka yang baru...

Bahagia itu hadir di dalam hati kita walau kadang orang memandang kita tidak bahagia.. Kerana bahagia itu tidak semestinya bersama dengan orang yang kita sayangi.. Kadang bahagia itu terserlah melepaskan dan merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita cintai hidup bahagia walau bukan dengan kita..

Kadang kita merasakan bila kita dapat bersama sama dengan insan yang kita merasakan ada cinta antara dua hati adalah satu kebahagiaan yang kita cari selama ini.. Sedang kita sendiri masih kabur di dalam mencari sesuatu yang di panggil bahagia.. 

Adakah kita pasti dan yakin, bahagia itu ada bersama kita bila kita memiliki orang yang menyintai kita dan kita jua menyintai dia.. Itu lah kita, amat pasti pada suatu suratan yang kadang jua mempunyai kegagalan pada akhir cerita..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan.. 

Dan bila kita di uji, seharusnya kita sebagai hamba Allah bersabar dan melakukan yang terbaik supaya sesuatu perhubungan yang terjalin dapat dipertahankan.. Di dalam menghadapinya kita harus ada usaha, kemudian berdoa dan bertawakal pada Allah..

Hidup kita bukan memperjuangkan cinta sesama insan.. Walau itu menjadi lumrah di dalam kehidupan kita, tapi letakkan yang utama di dalam hati kita cintakan Allah, seterusnya Rasul.. Cubalah untuk memperbaiki sikap kita yang semakin hari semakin jauh dalam mencari hakikat.. Menangislah tika iman kita semakin hilang dan tabahlah hati bila cinta sesama manusia tidak kesampaian



Jenaka - Dah Sampai Ipoh Cakap Ye

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya...Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada
penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..

dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak
kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para
penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu
kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"


Pakcik nanti dah sampai Alor Star cakap ye, " Kata si anak pada pemandu bas. 




-sekadar jenaka :)






Tuesday, August 2, 2011

Masih Belum Terlewat Untuk Ucapkan Salam Ramadhan



Assalamualaikum

Dan aku rasakan masih belum lagi terlewat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.. Syukur kita masih lagi ada nafas.. Ada akal dan sihat tubuh badan di dalam mengerjakan rukun Islam yang ke 3..

Pada yang sudi membaca di sini, untuk makluman pada bulan puasa ini aku akan jarang update entry entry.. Kalau ada mungkin 2 hari atau 3 hari sekali.. 

Maaf jika buat tertunggu tunggu.. 

Terima kasih, salam ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita..

Assalamualaikum



Penyakit Penyakit Hati



BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain. Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain.

Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur... iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah Al-Qashash, ayat 76)

Takbur adalah sikap individu yang berasa dirinya lebih tinggi tarafnya dan tidak mahu menghormati orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai sifat ujub iaitu mengagumi diri sendiri.
Ibnul Mubarak pernah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau berasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.”

Imam Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah.”

Suka dipuji dan memuji diri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya, yang layak dan berhak dipuji hanya Allah. Firman Allah bermaksud: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah Al-Fatihah, ayat 2)

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain, tetapi milik siapakah semua kelebihan itu. Allah berfirman bermaksud: “Bagi Allah semua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya.” (Surah Al-Maidah, ayat 120)

Sebenarnya bangga dan kagum diri sendiri adalah sifat Iblis yang memandang rendah Nabi Adam kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api. Firman Allah bermaksud: “Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah.” (Surah Saad, ayat 38)

Orang yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat daripada beberapa tanda iaitu selalu memuji dan mengagungkan diri. Pada masa sama, ia melupakan firman Allah bermaksud: “Maka jangan kamu mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) paling mengetahui orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, ayat 32)

Faktor penyebab sikap kagum diri berpunca pujian yang diberikan secara berlebihan dan tanpa mengindahkan tatacara ditetapkan menyebabkan pujian itu mempengaruhi orang dipuji. Orang yang dipuji berasa mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain.

Tatacara memuji dalam syariat Islam ada tiga iaitu tidak boleh berlebihan, ditujukan untuk hal yang benar dan tidak menimbulkan fitnah iaitu membuat orang yang dipuji menjadi kagum diri sendiri. Apabila tatacara itu dapat dipenuhi, seseorang boleh memuji orang lain. Orang yang kagum berasa nikmat yang diterima kerana kepandaiannya bukan kerana pemberian Allah seperti anggapan Qarun.

Allah menceritakan dalam al-Quran, Qarun berkata: “Sesungguhnnya aku diberi harta itu hanya kerana ilmu yang ada padaku.” (Surah al-Qashash, ayat 78)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Jika seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita juga dilarang memuji dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan pelik wahai Muhammad) kepada orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah juga yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” (Surah an-Nisaa, ayat 49)

Umar al-Khattab mengingatkan umat Islam: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Sesiapa yang mendakwa dia orang berilmu, sebenarnya dia jahil. Sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” Suatu ketika Rasulullah SAW menemui sahabatnya.

Ketika itu sahabat sedang bersandar pada tongkat. Apabila melihat kedatangan Rasulullah SAW, mereka segera berdiri dengan maksud untuk menghormatinya. Rasulullah SAW yang melihat hal itu bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian berdiri seperti dilakukan bangsa lain dalam menghormati satu sama lainnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Seorang Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertaubat dan berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat dan kejadian diri. Mereka juga harus sedar sekali pun diberi jangka hayat panjang, bukan bererti mereka boleh mendabik dada, angkuh dan membanggakan diri dengan nikmat serta kelebihan kurniaan Allah.

Mereka tetap mati dan harta yang dibawa ialah amal selama hidup di dunia. Penghayatan kesedaran seperti ini mendorong seseorang menghindarkan diri daripada penyakit kagum. Mereka yang terkena penyakit itu perlu lebih merendah diri serta selalu mengingati mati.

share dari SINI