Sedikit luahan rasa dan pendapat dalam pandangan aku..
1- Aku menulis di dalam blog ini cuma untuk meluahkan apa yang aku rasa hendak di sampaikan.. Untuk menghasilkan sesuatu entry kadang bukan senang kerana mengambil masa.. Masa mungkin di dalam 2 3 jam.. Namun untuk mengambil mood untuk menulis.. Dan kadang dari segi penulisan, gaya mengolah ayat perlu di ambil kira.. Termenung sendirian di depan laptop.. Mencari susunan ayat yang sesuai.. Untuk di baca dan di tatap agak berkualiti.. Bukan aku bermaksud ayat aku atau entry aku bagus, cuma aku cuba menghasilkan yang terbaik.. Mudah untuk dipahami..
2- Dan bila terhasilnya sesebuah entry itu, aku kadang membaca berulang kali supaya aku paham apa yang cuba aku sampaikan.. Apa yang cuba aku kongsikan.. Susah.. Kadang aku termenung melihat dalam maksud erti kata kata ayat yang ku catatkan.. Selalunya ada tersirat di dalamnya.. Dan selalu juga aku direct supaya senang untuk dipahami..
3- Aku tidak dapat menghalang sesiapa untuk copy paste.. Aku tidak berdaya.. Dan aku cuba untuk tidak kecewa.. Aku cuba betulkan niatku.. Kerana ada juga blog blog di luar sana, copy paste ja.. huhu.. Penat.. Kadang tersentap.. Ada page page di dalam facebook membuat note dari entry aku.. Mulanya aku rasa okey.. Tapi kadang rasa sedih.. Terkilan.. Kerana mengaku pula hasil sendiri.. Macam ni punya orang pun ada ka? hoho
4- So aku izinkan saja jika mahu berkongsi, atau copy paste atau di dalam bahasa melayunya menciplak.. Tapi sekurang kurangnya letak credit atau link ke blog ni atau cakap je sumber dari mana.. Bukan susah sangat pun.. Copy paste lagi susah.. huhu
5-Kadang aku rasa aku lemah untuk terus menulis.. Kerana rasa sakit hati ini masih ada.. Aku juga pernah copy paste.. Tapi letak aja la share / sumber / link tue... kan nampak mcm profesional skit..
6- Pada yang terasa tu, memang patut la terasa.. ubah la sikap tu ye.. jangan jadik budak budak.. Dewasa la skit..
7- apa perasaan jika hampa berada di tempat aku? blog neh aku cuba hasilkan lain dari orang lain.. Membaca di sini dalam keadaan jiwa jiwa.. Cuba untuk menghasilkan yang terbaik.. Menulis mengenai soal luahan rasa perasaan.. Soal erti kebahagiaan dan cinta.. Sedang aku pun tak berapa nak paham.. Belasah aja.. hehe
Sekian dari aku.. Mood tengah sakit hati apabila melihat beberapa blog blog dan page page di facebook menciplak nukilan luahan rasa aku tanpa letak share / sumber / link dari mana.. sedih.. Dalam hati ada bunga bunga raya
*Lembu punya susu, sapi dapat nama? tpi aku bukan lembu...