Thursday, January 26, 2012

Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki

Melepaskan rasa bukan bererti melupakan akan kehangatan masa bahagia yang pernah bersemi.. Bahagia yang pernah ada adalah kenangan dan sejarah yang tidak mungkin akan berulang walau sedetik cuma..

Dan kita semakin asyik dengan keluhan hati, membiarkan luka itu terus menanah tanpa mengambil usaha untuk memulihkan hati telah parah..



Wednesday, January 18, 2012

Orang Yang Menyintai Kamu

Pernahkah kita bertanya, di mana ada nilai erti kasih yang telah bersemi? Dan hadirnya adakah sekadar mengisi ruang ruang kekosongan atau sekadar sandaran hati?

Kita punya hati dan akal untuk menilai sejauh mana sekuat nalurinya untuk menakluk hati kita..



Sunday, January 15, 2012

Cerita Jiwa :Kasarnya Tangan Ibu



Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?”
Gadis itu menjawab “Tidak.”



Friday, January 13, 2012

Bahagia Itu Masih Ada

Dalam menghadapi liku perjalanan hidup ini..
Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita berada diatas dengan segala kesenangan. Allah Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya..

Permulaan perpisahan dengan si dia memang sesuatu yang amat sukar untuk kita tempuhi.. Apatah lagi cinta dia yang kita harapkan itulah yang terakhir.. Namun apa yang kita dapatkan?



Thursday, January 12, 2012

Kadang Diam Itu Perlu

Diam itu jua membawa pengertian yang berbeza pada setiap yang mahu menilai ertinya.. Setiap kata kata yang terluah kadang membawa maksud yang pelbagai pada yang mahu mendengar..

Kata kata yang tiada membawa apa apa pengertiaan seperti cakap cakap kosong kadang mencampakkan diri kita pada satu tahap yang tiada jalan cerita seolah menghina perwatakan diri.. Tapi bukan jua tiada matlamat atau pengajaran pada setiap butir kata kata yang diluah.. Punyai masing masing pendapat dan pandangan..



Tuesday, January 10, 2012

Cinta Itu Bukan Sekadar Kata Kata

Dalam bingkisan suratan, mencari erti kehidupan masih ada yang terlupa di mana sedang berpijak.. Masih dalam angan yang tak sudah sudah.. Dikaulah kehidupanku.. Sakit kamu, sakit aku.. Mana pergi aku, kamu di sisi.. Namun siapa masih ada..
"Jika masih ada akan suara suara.. Percayalah dengan kata kata.. Itu adalah satu nokhtah akan cerita cinta kita" 



Wednesday, January 4, 2012

Mengimbau Kenangan Itu Perit


Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..

Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat.. Pada hakikatnya amat aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini berhenti mengalir....