Thursday, April 28, 2011

Dan senyumanmu masih lagi berharga




Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita..

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi


Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah

Kadang kadang kesakitan sangat tidak tertahan dan amat dalam memaksa berpura pura mempamerkan satu wajah riang dan senyuman yang seolah ikhlas untuk menyembunyikan perasaan yang pedih dan hancur.. Siapalah yang tahu isi hati yang dilanda kekecewaan.. Namun semua itu hanylah sementara dan mainan perasaan.. Dan biarlah masa yang menghukumnya




Wednesday, April 27, 2011

erk.. aku terkedu...

aduhai..
aku terkedut.. tekezut dowh.. huhu.. Meh nak story skit..

Entry first blog neh pada 16hb March 2011.. so sekarang 27hb April, lebih kurang sebulan seminggu lebih kurang la umor blog aku neh.. baru ja belajar.. dan banyak lagi yang aku tak reti..

Yang terkezut pula neh.. follower yang ke 1000 aku neh brader Ben.. fulamak.. ty bro sudi menjadi follower ke 1000.. huhu.. thanks :)

Yang lagi terkezut gak, brader ben kita neh boleh buat entry pasai aku.. adoi.. lihat SINI, malu o0o0.. hehe..

Thanks buat brader kerana sudi tunjuk ajar..

Buat kawan kawan yang sudi membaca.. tima kaseh bebanyak.. buat yang follower.. aduss.. ty ty.. pada yang selalu lepak membaca kat sini dan share dekat facebook.. thanks...

ternyatalah hampa neh ada jiwang jiwang gak melayan blog aku.. hehe..





aduhai



Anda jatuh cinta? cinta apakah yang hadir..



Cinta banyak tafsirannya bagi setiap orang.. Dan kadang kita sendiri masih belum pasti apa yang dikatakan cinta..

Disini pendapat dalam pandangan aku erti cinta sesama manusia.. Dan jika ada pendapat yang bercanggah boleh kita kongsi sama sama.. Pendapat aku bagaimana cinta itu boleh berkembang dan asal dari mana datangnya..

CINTA PANDANGAN PERTAMA
Selalunya terjadi apabila kita terpandang atau ternampak atau terlihat sekiLas pandang pada seseorang yang melalui pandangan kita.. Dan selalunya cinta pandangan pertama ini adalah orang yang kita tidak kenal.. Cinta pandangan pertama ini bagi pendapat aku cuma pandangan nafsu kerana kita hanya melihat secara kasar mengikut apa yang menarik pada pandangan kita..

Sebagai contoh yang dapat aku huraikan - seorang lelaki sedang minum bersama rakan-rakannya dan terpandang seorang gadis yang melalui pandangan.. Terus dikatakan cinta pandang pertama, mungkin kerana wajah yang cantik, atau tubuh badan yang di idaminya.. Cinta pertama pada pendapat aku tidak kekal kerana kita tidak kenal hati budi seseorang itu.. Kita cuma cinta pada pandangan yang pertama..

CINTA DARI KAWAN BIASA KE TEMAN ISTIMEWA
Sudah menjadi lumrah remaja kini, berkawan campur lelaki perempuan.. Dan sudah menjadi kebiasaan lelaki akan senang menceritakan masalahnya dan berkongsi dengan kawan perempuan.. Senang dan selesa.. Dan perempuan kadang suka bermanja manja dengan kawan lelaki..

Dulu dimana ada dia, di situ ada kita.. Selalu bersama dalam waktu seharian tapi bukan kekasih cuma teman biasa.. Kita senang dan selesa bersama denganya.. Mungkin kita sudah mempunyai teman istimewa yang lain dan sering kita meluangkan masa bersama kawan biasa ini.. Dan apabila kita bergaduh atau pasangan kita tiada masa untuk kita, dialah tempat untuk kita luahkan rasa..

Mungkin si dia adalah rakan sekolah atau teman sepermainan di masa lalu, atau teman universiti.. Dan kita amat suka bersembang bergurau senda dan berkongsi pendapat dengannya.. Dan bila berjauhan sering saja kita berhubung sesama..

Sudah menjadi kawan biasa berubah menjadi teman yang rapat.. Dan mungkin teman mesra.. Selalu berkongsi minat yang sama atau meluangkan masa bersama sama.. Dan dari situlah timbul satu perasaan rindu.. Sayang semakin erat..

Dan dari hari ke hari menjadi timbul tanya siapalah aku di hatinya.. Jangan tersilap langkah.. Kerana ingat kawan biasa boleh menjadi sahabat.. Sahabat bertukar menjadi teman rapat dan mesra.. Teman rapat boleh menjadi kekasih.. Jika menjadi kekasih.. Tapi jika tidak menjadi kekasih sudah sukar untuk rapat kembali. Dan jika sudah menjadi kekasih bila putus, tiada lagi teman dan sahabat itu.. Ingatlah..

KERANA BUDI JATUH CINTA
Memang ada kerana budi kita mungkin akan jatuh cinta.. Kerana di sini si dia bersungguh sungguh untuk mendapatkan kita, dengan itu dia akan berusaha pelbagal cara.. Mungkin si dia mempunyai kelebihan sebagai contoh mempunyai kenderaan dan amat senang untuk meminta pertolongan.. Dan sering kita seolah mempergunakan kepentingan yang ada padanya.. Pada mulanya mungkin kita mengambil kesempatan di atas kelebihannya..

Dan kelama lamaan kita rasa senang dan selesa berdambingannya.. Si dia mudah memberi pertolongan dan bantuan.. Dari situ kita dapat menilai kesungguhannya.. Tapi awas, ikhlaskan hati anda menerimanya..

CINTA PEMBIMBING
Biasa nya di alami oleh sebahagian besar kita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, Seorang yg boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat atau diri kita.

Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. Jadi, pandai-pandailah merawatnya supaya cinta pertama tetap segar.. Kata orang "first love never dies" yang pertama belum tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya hasil yang terbaik..

CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara kedua nya kurang kuat..

 
CINTA 3 SEGI
Tidak kurang juga ada wanita yg tertarik kepada lelaki yang dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbul kan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.. Kadang cinta itu hadir walau masing masing sudah berumah tangga.. Susah hendak dibendung perasaan ini.. Jaga jaga takut nanti ada yang berpecah muka

..........

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang..usaha kena ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untuk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yang pasti…Cinta yg Agung itulah yang kekal abadi…Kasih manusia sering bermusim…Sayang manusia tiada abadi…Sampai masa, pergi jua..Kasih Allah tiada bertepi... Sayang Tuhan janji-Nya pasti..

Sebenarnya banyak lagi jenis jenis cinta neh.. tapi sebab aku pun bukan mahir, so aku rasa nak letak yang nie aja kot.. kalau ada yang nak tambah sila ye




Tuesday, April 26, 2011

Cinta dalam kehidupan kita


.... Sungguh aku cintakan isteriku..

Apa itu Cinta?
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu indah, suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Ingatlah, bila bercinta biar sampai ke syurga.

Dari note yang tersimpan dah lupa dari mana sumbernya.. yang pasti bukan hasil nukilan aku




Sunday, April 24, 2011

Mari mengenal blog jiwa jiwa






Jauh itu satu jarak tempat yang tidak tercapai akal kita untuk menghitung.. Kadang terasa amat rindukan satu perasaan yang sukar dinyatakan

Jauh itu membuatkan kita selalu terasa satu kehilangan yang kadang kita langsung tidak menghargainya tika berdekatan..

Aku tertarik untuk menulis satu entry pada pendapat dan luahan aku sendiri pada kali ini.. Selalu aku fikirkan untuk memberi pendapat tentang asalnya ada blog jiwa jiwa.. Dan sekarang aku rasa masa yang sesuai untuk aku luahakan..

1- Aku cuba elak untuk tidak menceritakan soal luahan hati aku di dalam blog ini.. Dan selalu aku postkan entry entry yang berkisar tentang perasaan.. Memang apa yang ku tulis cuba aku tunjukkan di dalam blog ini.. Tapi tidak semestinya aku di dalam alam sendiri.. Sebagai contoh ada beberapa entry berkisar tentang soal rindu, sepi dan dan sayu.. Sebenarnya aku cuma mendalami beberapa watak teman atau kenalan sekeliling aku.. Dan aku cuba tonjolkan di dalam bentuk penulisan.. Bukan aku bercakap aku tiada soal rasa perasaan sepi sunyi rindu atau sayu.. Cuma aku cuba untuk menjadi seseorang itu jika rasa itu hadir.. Aku cuba memberi gambaran secara kasar atau mendalam sesuatu bentuk rasa..

2- Blog ini bukan blog peribadi yang mengisahkan kehidupan aku.. Dan kadang aku risau serta takut jika ada kenalan kenalan aku, saudara saudara aku merasakan aku begitu.. Sungguh di dalam blog ini sudah ada saudara saudaraku yang membaca dan menjadi follower.. Ada juga kenalan rapatku di sini.. Itulah sebab kena identiti aku terpaksa dirahsiakan.. Aku takut niat aku untuk menulis dan menghasilkan satu satu entry ini terbatas dan di salah tafsir.. Di dunia luar sana, kita punyai kehidupan yang berbeza dengan kehidupan di dalam alam maya ini..

3- Kadang pendapat aku dan pandangan aku salah.. Kerana mungkin aku menulis mengikut hawa nafsu aku tanpa dikaji semasak masaknya sebelum di post.. Dan itulah aku perlukan teguran membina untuk menghasilkan yang lebih bermutu di masa depan.. Dan kadang aku juga rasakan gaya penulisan aku teruk.. Selalu mengunakan ayat yang berulang ulang atau frasa yang salah di dalam bahasa melayu.. Maaf~

4- Kadang ada juga hasil nukilan yang tak seberapa ini di share atau copy paste.. Memang di dalam dunia internet ini, kita tak dapat menghalang untuk di copy paste atau di share.. aku rasa tiada masalah kalau untuk copy paste.. Sila.. Aku benarkan.. Cuma aku pohon agar minta izin dulu dan letakkan balik link/credit.. Rasa sejuk dan tersenyum aku sendirian melihatnya..

5- Aku akui dalam blog ini juga aku ada copy paste mana mana sumber.. Dan aku dah tahu mcm mana nak letakkan link.. Dlu tak tahu lagi.. Dan sila rujuk link atau sumber..

6- Soalnya utama ingin aku nyatakan sebenarnya kisah kisah di dalam entry ini tidak semestinya berkisahkan kehidupan aku sendiri.. Aku suka menceritakan sesuatu ke dalam bentuk penulisan..

Untuk menghasilkan sesuatu entry berkisah tentang perasaan ini aku rasa susah.. Dan kadang mengambil masa.. Kerana bukan semua benda aku tahu.. Sedangkan aku juga manusia biasa.. Kadang aku menulis mengikut perasaan aku sendiri.. Dan kerana itulah masih lagi di tahap yang mengecewakan.. Aku bukanlah pandai..

Di mana aku membuat rujukan? Kadang aku membaca di blog blog yang sedia ada.. Kadang aku mendengar lagu lagu yang liriknya mendalam dan aku luahkan di dalam bentuk penulisan aku.. Kadang aku melihat karenah kenalan sekeliling.. Kadang aku mendapat ilham di page page yang aku menjadi admin.. Kadang aku dapat dari drama drama yang tersiar.. banyak sungguh perkataan kadang kadang neh...

Cukup untuk ini.. Tunggu edisi kedua



Jenaka - Agak logik di situ




Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik
-alonG-



Saturday, April 23, 2011

Burung Yang Pandai - Sekadar Jenaka






Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

...Suami menjawab..

"Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

sumber



Thursday, April 21, 2011

Masih di dalam bayangan lalu


Kadang diri terasa satu bebanan yang berat dalam melangkah kedepan.. Dan jiwa semakin terasa kosongnya di dalam dan selalu saja bertemankan sunyi walau pada hakikatnya kita tidak keseorangan..

Perginya dirimu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku.. Sehinggakan merobek jauh ke dalam nilai rasa hati ini.. Aku selalu sebut namamu tanpa ku sedar.. Dan kadang kadang di dalam mimpi ku dibuai asmara yang mengasyikkan kerana amat aku dambakan dirimu..

Sehinggakan diriku selalu di dalam khayal seolah tidak dapat menerima kenyataan yang hakikatnya cinta kita sudah tiada.. Hilangnya cintamu menusuk hatiku sehinggakan ku memilih cinta yang fana.. Di dalam harapan masih utuh lagi untuk memiliki cinta yang dulu pernah ku rasa nikmat bahagia..

Atas nama cinta, aku ingin kamu tahu aku masih begini yang selalu hanyut di dalam khayalanku sendiri.. Ada rasa ingin berubah dan melepaskan atas nama cinta ini namun sekuat mana aku, masih erat dalam dakap dadaku cinta kan kamu..

Atas nama cinta, aku ingin kamu tahu tiada pernah kunjung akan cinta selain pada kamu.. Walau dulu pernah aku ada kisah.. Walau sekarang aku ada cerita.. Tapi sebenar akan hakikat, belum pernah ada cinta yang ku rasa selain pada kamu.. Kamu yang selalu ku dambakan.. Kamu yang selalu terbayangkan.. Cuma kamu yang pernah mengeggarkan jiwaku..



Amat aku rindu yang amat kuat di sini, namun ku gagahi jua rasa.. Bukan ku ego atau sombong akan diri.. Tapi aku terpaksa memendam demi kasih dan sayang aku yang bersemi..

Bila cinta kini tidak lagi aku rasa dan bermakna.. Bila cinta kini ku tinggalkan dan terus menjadi lemah dan tersungkur di dalam dunia maya..

Sambil layan lagu Bila Cinta





Sekadar jenaka- Kisah pengantin baru



.....Gambar hanya sekadar hiasan


Roslan Seorang lelaki yang kaki perempuan. Takdir tuhan, dia telah bertemu jodoh dengan seorang gadis pilihan hatinya. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga, dia berbual bersama seorang kawannya Rosman di sebuah kedai makan. Roslan menceritakan pengalaman hidupnya setelah bergelar suami.

Roslan: Seronok betul hidup aku lepas berumahtangga ni. Rezeki makin murah.

Rosman: Wah... best ler ko ye? Dulu bukan main lagi degil, tapi sekarang ko dah berubah baguslah.

Roslan: Setiap orang akan berubah Rosman. Aku pun orang juga. Eh ko bila nak kahwen?

Rosman: Aku pun tak taulah, seronok ke kahwen? Cuba ko cerita sikit pengalaman ko malam pertama, bagi aku semangat sikit nak kahwen.

Roslan: Malam pertama aku lucu. ko tau kan, dulu aku pulak kaki perempuan, jadi tabiat lama tu masih tak ilang lagi.

Rosman: Apa maksud ko?

Roslan: Lepas aku tidor dengan bini aku malam pertama, aku boleh pulak bukak dompet terbagi duit kat dia. kah kah kah... malu betul.

Rosman: La... sampai macam tu sekali? Kantoilah ko dulu kaki perempuan?

Roslan: Tulah mana aku nak letak muka.

Rosman: Malang bini ko dapat laki bekas kaki perempuan kah kah kah...

Roslan: Tapi yang peliknya, lepas aku bagi duit tu, bini aku pun jawab "Terima kasih bang, lain kali cari I lagi tau"



Moral of The Story: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.



-Sumber



Wednesday, April 20, 2011

Ciri ciri lelaki yang disukai


Apakah ciri ciri lelaki yang disenangi dan disukai? adakah perlu hensem bergaya dan macho? Di sini beberapa senarai yang mana ciri ciri tersebut perlu ada pada seseorang lelaki itu supaya disenangi dan disukai.. Hanya rujukan semata mata..

1. Yakin Pada Diri Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.


2. Pandai Buat Lucu Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.


3. Romantik Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan 'rugged' atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.


4. Wang Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.


5. Bijak Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.


6. Sensitif. Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata " saya memahami perasaan awak" bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.


7. Suka Kanak-Kanak Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.


8. Bijak Berdandan Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti. Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.

Rujukan sumber




Sunday, April 17, 2011

Dan masih lagi derita merindui


Ingatan kita pada seseorang yang pernah membahagiakan kita amat susah untuk kita lepaskan kan.. Merasakan perpisahan itu baru semalam saja berlaku.. Dan selalu saja wajahnya terdampar di mana mana..

Andai dapat ku ubah masa berlalu.. Takkan sanggup ku berpaling darimu.. Kamu biarkan ku lemas tanpa jawapan.. Biarkan aku perit dan sengsara.. Tanpa kamu, siaplah aku.. Tanpa kamu gelap kelamlah jiwaku.. Sungguh kalau mampu aku undur detik itu.. Tiada detik tiada saat ku tidak merindui kamu.. Wajahku senyum sedangkan hati ini puas menangisi ketiadaan cinta kita

Dan walau kita cuba sibukkan diri dengan pelbagal kerja.. Memberi tumpuan sepenuhnya pada kerjaya kita.. Agar hati kita akan tenang seiring untuk melupakan seseorang, namun mesti ada detik waktu mengenang sejarah berlalu.. Dan di saat itu, rasa rindu yang membuak buak datang selang seli dengan sesalan yang berlabuh...

Kadang juga, kita menambahkan hobi supaya memberi tumpuan pada diri sendiri.. Dulu masa banyak terluang dengannya.. Kini hobi baru seperti menulis blog, mengambil gambar sebagai hobi, bermain sukan seperti golf.. Tapi itu masih juga tidak dapat melupakan si dia dengan begitu sahaja.. Masih juga tewas akan diri yang sememangnya merindunya..

Ada juga kita cuba menerima orang baru di dalam hidup kita.. Agar dapat mengisi hati yang dalam kecewa.. Menerima agar tenang hati yang kesunyian.. Namun itulah kesalahan kita.. Kerana hati kita tidak sepenuhnya untuk berubah.. Dan bila hati kita masih lagi terikat dan tidak ikhlas untuk menerima orang baru, secara tidak langsung menyiksa perasaan orang baru.. Tidakkah kamu kasihan mempergunakan orang lain demi kepentingan kamu? Dan usaha kamu juga tidak berjaya untuk menghilangkan satu tatap wajah di jiwamu itu..

Kamu yang bisa membuatkan hatiku menangis.. Kamu yang ku kasih hingga titisan air mata ini.. Terima kasih pernah membuatkan diriku bahagia.. Sungguh aku tidak merelakan kamu pergi dan aku yang melangkah berlalu.. Namun aku akur ketentuanNya.. Cinta masih mekar antara kita dan aku harapkan cinta itu akan pudar agar aku tenang dan kamu bahagia dengan si dia.. Mungkin ini kata penyudah cerita tentang kita

Ada juga kita cuba ingatan kita dengan melancong atau bercuti.. Kara orang dapat tenangkan fikiran.. Tapi sedangkan tempat tempat yang kita pergi itu semakin bertambah kuatnya ingatan kita.. Mungkin pernah ada perbincangan untuk bercuti sama sama masa dahulu.. Kerana kadang bila kita di tempat asing, pasti kita terbayang alangkah baiknya dia dan aku di sini.. Mungkinkah?



Bagaimana harus kita untuk terus melupakan dia.. Sedangkan pelbagal cara dan usaha.. Dan sanggupkah kita begini sepanjang hayat kita? Akan datang pada entry yang tak tahu bila pula aku nak sambung cerita.. Tunggu ada mood je la.. huhu



Saturday, April 16, 2011

Cinta sudah berakhir namun masih menanti


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi



Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..


Kehidupan kita kini bukan semata mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..

Sedarkah kita, bukan semua yang kita mahu dan inginkan menjadi milik kita.. Kerana kita punyai usaha untuk memilih dan memilik.. Namun sejauh mana kita meratap rayu untuk menjadi milik kita dan jika bukan hak kita, sampai bila bila pun takkan dapat..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..



Setelah Sebulan Layan Blog


Hari ni 16hb April mcm dah genap ja sebulan aku menjadi blogger.. erkk blogger? adakah aku layak di gelar mcm tue.. ekeke.. rileks rileks aja la.. hoho..

Aku mula daftar email gmail neh tahun lepas dalam bulan April 2010.. Then aku tak tau nak buat blog tapi tak tulis apa2.. teringin nak buat blog masa tu..

Pada 16 March 2011.. Aku belasah ja la tulis apa apa dekat blog neh.. entry pertama aku pasai Dan kerana nilai air mata itu berkisar soal rasa seorang lelaki.. huhu.. agak sentap di situ masa tgh buat entry..

Sehingga entry ini telah ditulis, follower aku sekrang 630 orang.. pergh.. tima kaseh dowh pada yang follow blog jiwa jiwa aku neh.. amat aku rasa terharu.. dan kadang aku join dan follow blog hampa balek.. thanks..

Pageviews hingga entry ini ditulis pula 52,521.. agak unik disitu kerana aku baru sebulan ja buat blog neh.. amat juga terima kasih pada yang sudi baca blog neh.. huhu.. ty ty ty

pada Tubelawak yang telah promote blog aku dekat blog dia.. thanks bro.. dia banyak mengajar aku kenal ini blog.. haha.. otai dia neh.. single lagi.. haha.. dia letak iklan dekat shoutbox dia.. huhu.. thanks.. nanti aku belanja karipap.. haha

Sehingga kini aku telah menghasilkan 68 entry tak temasuk yang ini.. 35 entry dari 16hb hingga 31 March, 33 entry 1 April hingga 15hb April.. Dan seingat aku lebih kurang 62 entry adalah hasil aku sendiri.. Bukan copy paste or dari org lain.. Lagi 6 entry tue darim kisah jiwa lawak dan petua dari pak ngah.. cam tu la lebih kurang..

Banyak yang aku nak cakap setelah sebulan aku berblog neh.. Nak menghasilkan sesuatu entry mengenai jiwa dan perasaan manusia pada aku susah.. Sebab kekuatan blog neh terletak pada cara menaip dan mnyusun ayat ayat.. Supaya senang dipahami dan tidak berulang ulang.. Kadang sesuatu entry sehingga sejam dan dua jam..

Dan kadang aku tau.. ada yang copy paste dan ciplak.. huhu.. biasa la.. aku pun selalu buat macam tu dlu.. apa kata kita letak link credit balek dekat owner.. kan sejuk skit hati dia bila dia baca.. huhu.. aku selalu letak dari mana sumber aku cilok supaya ada harga diri skit.. hoho

Kadang bukan apa yang kita buat pasti ada yang sukakan kita.. Bukan senang untuk puaskan hati orang lain.. Hurmm.. rileks la.. huhu...

Papepun, thanks pada hampa yang sudi baca dan lepak dekat blog aku.. huhu..
Tak suka pun tak pa la.. asalkan hampa bahagia.. huhu





Friday, April 15, 2011

10 sebab kenapa jangan jatuh cinta dengan suami orang





Mengapa ada 10 sebab jangan jatuh cinta dengan suami orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...


*ni bukan dari aku.. ni sumber asal rasanya.. mula aku baca dekat blog neh..

aku share seb aku rasa memang ada betoi point neh.. huhu



Thursday, April 14, 2011

Tanda Lelaki Sayang kita...


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Aku da terjumpa dekat satu note.. Sumber sukanya aku baca.. Aku pernah tulis pasai neh dan ayat ayat pun ada yang serupa.. kebetulan ke post dia? neh entry aku Dan Kerana Nilai Air Mata Itu



Sendirian dalam mengejar mimpi


Hati ini sukar dimengerti.. Kadang kita rasakan tanpa ada dia.. Kita mampu melangkah jauh.. Mampu untuk teruskan saja sisa yang berlabuh.. Tapi mana pun kita pergi, ingatan kita terhadapnya amat kuat.. Seakan dunia amat membenci kita.. Seolah dunia sedang mempersendakan kita..

Dan kita masih lagi dalam satu soalan belum terjawap.. Sering saja bermain di minda.. Jauh di lubuk hati merasakan sunyi.. Kerana keinginan kita amat dalam.. Jika sedang sekarang kita merindui dia.. Adakah rindu kita datang bertalu sesama dengannya.. Adakah si dia juga merasakan rindu yang membara jua..

Kadang kala kita merasa dekat sangat pada seseorang tetapi tak tercapai tangan kita
untuk mengenggam tangannya.. Kerana masih lagi dalam samar samar siapa kita di hatinya.. Adakah seseorang yang istimewa atau hanya sekadar teman mesra.. Ingin saja kita bertanya dan mendesak rasa ingin tahu.. Namun masih tiada kekuatan akan diri dan hingga kini menjadi seribu pertanyaan..

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..



Wednesday, April 13, 2011

Luah aku sendiri


Assalamualaikum..

Hoho.. Sesaja nak update entry yang bukan berkaitan dengan tema boleh? suka hati aku la kan kan.. hoho..

Di sini aku da beberapa benda yang aku masih lagi tak paham pasai blog.. aku tak bercerita pasai jiwang okey.. huhu

1-apa itu contest? banyak sungguh aku duk tgk blog sana sini duk buat contest.. then ada yang join.. aku teringin nak join.. tapi aku banyak y tak reti nak buat.. contohnya mcm mana nak tag blogger yang len? haha.. aku memang tak reti.. sian kan dekat aku.. hoho

2-selalu sangat aku masuk blog ada lagu lagu mp3.. ada kadang boleh tutup.. tp selalu auto.. sepa eh depa suka sungguh letak music music neh.. tak rimas ke? hoho.. kadang aku nek semak, terus je aku blah dari blog tue.. bukan tak nak lepak lelama.. lappy aku mcam keras semcam ja.. hoho

3-nape blogger selalu kejar traffic? nie musti untuk nuffang kan.. tak pun apa apa ja la pasai dwet dwet.. dapat banyak ke? aku pun ada nuffang.. neh pun ada org yng tolong letak.. en Tubelawak yang letak iklan neh.. harapkan aku yang tak tahu ape ape neh.. sayang Tubelawak.. hoho

4-satu lagi persoalan yang selalu aku tertanya.. perlu ke kita suruh orang tu follow dia.. maksud aku perlu ke kita letak msg dekat dia or komen or shout box apa apa ke, pls follow me back.. atau follow saya balek tau.. atau apa apa aja lar asalkan ayatnya bermaksud suruh/merayu/meminta kita jadi follower dia.. sedangkan kadang kadang, dia tak jadi follower kita pun.. hoho.. mcm mcm.. aku selalu akan follow balek bila blog dia besh.. haha.. lawak ja.. aku follow ja sape y aku rasa nak follow.. dan kebanyakkan aku follow org y follow aku dn y tinggalkan jejak.. Thankssss buat y follow aku..

5-bagi aku cukup susah untuk menghasilkan sesuatu entry yng berkualiti.. aku sendiri lagi belum mampu.. Kadang kita selalu tengok dalam sehari berapa entry y mampu utk kita hasilkan.. aku memilih tema jiwa jiwa ni igtkan senang nak hasilkan sesuatu entry.. Rupanya susah beb... seyes.. kalau men post ja.. dah macam ayat sampah.. takkan nak copy paste hasil kerja orang lain.. ada juga 2 3 entry aku copy paste dan aku letakkan kan entry serta dari mana sumbernya aku amek.. hurmm

Pada yang sudi, aku amat berharap sesorang berbalas komen dan pandangan pada pertanyaan dan pendapat aku neh.. aku pun baru belajar.. banyak benda lagi yang tak tau.. dan aku juga ada bnyk kelemahan.. harap di tunjuk.. hoho




Sekadar jenaka -Permintaan isteri


Ada satu kisah sepasang suami isteri berjalan ke sebuah kampung..

Suami dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Si Isteri secara jenaka mencuit si suami dan dalam senyum berkata :'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kemudian mereka pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi si isteri mencuit si suami dan berkata :'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu.Abang boleh belajar banyak dari dia .

Dan kemudian berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :
'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri menjadi girang dan mencuit suami dengan kuat dan berkata :'Itu bermakna sekali setiap hari.Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Suami pun pandang isteri dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA SETIAP KALI ??

p/s habisla.nak poligami la tu?ahahhaha



Tuesday, April 12, 2011

Apa mahuku


Dalam kepayahan diri membentuk identiti siapa aku sebenarnya, masih lagi sangsi tentang niatku.. Bukan aku seorang yang dambakan nama.. Apalah erti nama itu sedangkan langsung tiada aku nyatakan siapa aku..

Menulis tentang rasa hati kaum hawa amat sukar bagiku -aku lelaki sejati dan bukan separuh separuh.. Kerana di alam nyata, aku bukanlah seorang yang ramah pada wanita.. Kadang hati membeku bagai tiada cerita.. Kadang memandang pun tidak hanya membiarkan saja berlalu..

Dalam mengenal apa rasa wanita itu, sungguh aku ini manusia lemah.. Manusia yang jahil tentang sesuatu ilmu itu.. Dan aku cumalah menambah perisa dari apa yang sudah ditulis oleh rujukan terdahulu.. Banyak sumber yang ku dapat..

Pertamanya kita harus membaca nota yang tersimpan.. Kadang aku membuat rujukan pada laman laman di dalam dunia alam maya ini.. Bukan susah untuk mencari sesuatu bahan.. Hanya perlu menaip dalam pemerhatian yang terperinci.. Dan mohon share terlebih dahulu pada hak miliknya.. Amat jarang aku copy paste.. Aku lebih suka membaca dan memahami point yang tersurat dan tersirat.. Kemudian aku huraikan semula mengikut pemahaman aku sendiri..

Kadang dalam pemerhatian aku di dalam page page facebook.. Kebetulan aku mempunyai lama page sendiri tempat meluahkan perasaan.. Page ala ala jiwa sedikit.. Di situ pelbagal rentak manusia dapat kulihat.. Dan di situlah aku membuat kajian tentang erti rasa dalam jiwa ini.. Pelbagal bentuk kekecewaan dan sesalan dapat aku lihat dari sejauh mana luahan rasa mereka di page tersebut..

Dan selalunya ada di sekeling aku.. Berdasarkan pengalaman aku.. Pengalaman dikecewakan.. Pengalaman mengecewakan.. Dan aku juga ada kelemahan yang nyata.. Kerana aku juga manusia..

Mohon maaf pada yang tidak senang tentang caraku.. Kalau nak ikut bahasa kasar dari lubuk hatiku - Pegi Mam lar, ang suka ka dak.. Tapi sebenarnya.. Bukan senang nak puaskan hati orang.. Aku cuma lakukan yang terbaik.. Aku mencerita apa yang ada di dalam nukilan ini, penat dan sakit kepala yang dapat.. Tapi aku puas.. Kerana aku memang suka menulis.. Cara ku kenal erti kehidupan..

Jauh itu asyik dalam kita mendakap erat mana panasnya erti kebahagiaan.. Dalam mencari siapa kita, masih ada yang terlupa.. Hidup kita bukan dalam sunyi yang nyata.. Masih ada wajah wajah mencorakkan warna hidup itu.. Langkah takkan terhenti memberi ruang damai dalam tenang



Monday, April 11, 2011

Kisah hati perempuan pada seseorang




Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menanggis dia dalam senyap.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. Kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.. Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. Akan mengambil masa yang lama untuk pulih..

Macam aku neh perempuan pula cerita bab hati perempuan.. Adoi.. Aku lelaki sejati tau.. haha.. Kalah nak share on je.. sila letakkan link blog neh ye



Sunday, April 10, 2011

Maaf- Ego dan sombong akan diri


Mengucapkan kata maaf bukan mudah untuk dilafazkan oleh seseorang jika tidak kena pada tempatnya.. Kerana ia perlu didorong dengan keinginan yang ikhlas dan keberanian dan redha atas kesalahannya..

Meminta maaf bukan boleh sembarangan kerana jika tidak di sampaikan melalui hati, seolah maaf itu tidak sama seperti meminta maaf.. Keikhlasan dalam menutur kata maaf adalah perkara utama di dalamnya..

Orang yang sukar memaafkan orang lain setelah seseorang itu dengan ikhlasnya memohon kemaafan seperti hatinya keras seperti batu.. Dan sebaliknya yang lapang dada akan sentiasa mudah memafkan kesalahan orang lain, bahkan sebelum orang itu memohon kemaafan orang itu akan terlebih dahulu memaafkan..

Begitu amat ego dan sombong akan diri itu kerana amat sukar untuk memohon kemaafkan.. Sedangkan terang lagi nyata itu kesalahannya.. Seolah membatukan hati sendiri dan amat sombong untuk luahkan kata maaf.. Angkuh lelaki kerana ego berat nyatakan maaf.. jika wanita yang amat berat ucapkan kata maaf dikategori sebagai ego juga?

Cubalah mengawal amarah yang tersimpan dengan cara yang sepatutnya.. Dalam hubungan sosial kita seharian dan sesama kita, ada kalanya kita berasa amat dan sangat marah kepada seseorang jika ada sesuatu cerita.. Sebagai manusia biasa rasa marah itu perlu ada tapi jika marah yang keterlaluan sehingga tidak terkawal, itu boleh mengundang bahaya..

Amarah berasala dari hati.. Jika dasar hati manusia sombong dan merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain maka itulah membuatkan seseorang itu sukar memohon kemaafan dan ego mengusai diri.. Bukankah kita hidup secara bermasyarakat.. Bukan hidup seorang diri..

Tentukan masa yang sesuai untuk memohon maaf.. Kadang lebih cepat lebih baik.. Dan kadang adalah sebaliknya.. Lebih baik memohon kemaafan semasa hati sudah tenang dan tiada lagi sengketa tika itu..

Jika malu hendak meminta maaf secara depan depan.. Hantar sms sudah cukup.. Selitkan dengan kata kata yang sedap di baca dan padat.. Atau tulis sekeping nota dan letakkan di atas meja atau sebagainya..

Setelah meminta maaf, jangan pula mengulangi perbuatan itu lagi.. Minta maaflah dengan ikhlas dan menyesal melakukan perbuatan tersebut.. Bersungguh sungguh dalam memohon kemaafan itu lebih baik..

Ingatlah bukan kata maaf itu dapat diterima olehnya.. Berilah ruang dan waktu untuk diterima.. Kadang bukan semua yang kita buat dapat puaskan hati orang..

Sungguh ucapan maaf itu tidak dapat mengulang kembali sejarah yang telah kita lakukan.. Tetapi sekurangnya menunjukkan kita masih ada maruah untuk dipertanggungjawap





Saturday, April 9, 2011

Jatuh cinta - tarik tarik tali



Rasa ingin dibelai manja oleh seseorang yang mana kita rasakan itulah cinta kita yang abadi kadang sering menguji kekuatan dalam diri.. Dan kita selalu saja leka di buai asmara yang terus membara.. Semangat jati dalam diri seolah tercabar dan hanyut di kala mencari identiti diri sendiri..

Penantian dalam samar adakah cinta itu milik kita? Adakah apa yang di rasai itu sama seperti yang si dia rasa? Adakah aku yang hanya berlebihan dan perasaan yang perasan menguasai diri?

Meminati sesorang, kemudia perasaan suka mula berkembang.. Dan bila sudah menyukai ada rasa cinta semakin menular.. Adakah si dia begitu? adakah cinta kamu bertepuk sebelah tangan? atau si dia juga merasakan cinta padamu.. Layanan si dia pada kamu seolah mempunyai perasaan yang sama.. Namun siapalah tahu isi hatinya..

Rasa kosong dalam diri terus menjiwai dan dibuai hanyut dalam suasana yang mendebarkan.. Di kala ini, masih mencari sesuatu kehilangan.. Dan semakin sunyi kerana hati amat rindukan si dia.. Tertanya tanya khabarnya.. Dimana si dia.. Sehinggakan terganggu kerja seharian.. Kosong dan terus kosong.. Tanpa ada dia..

Kamu akan selalu tertanya tanya di mana letaknya kesetiaan atau kejujuran si dia pada kamu.. Sedangkan masih belum ada kata putus atau janji antara kamu dan dia.. Masih dalam peringkat permulaan.. Sedangkan kamu sudah melangkah jauh.. Inginkan lebih sekadar dari seorang teman biasa.. Dan perasaan cemburu mengusai diri kamu sekarang.. Jika si dia lambat untuk membalas sms, mulalah berfikir si dia sedang bersama dengan seseorang..

Di dalam seharian, tercari cari di mana si dia.. Ternanti nanti kemana arahnya.. Mencari si dia dimana.. Mula ada perasaan rindu yang telah timbul.. Dan rindu itu semakin menyiksakan.. Semakin kuat debarannya.. Semakin dalam terasa..

Kamu tertanya adakah si dia mempunyai perasaan cinta dan sayang atau sekadar suka? Apakah perasaan si dia terhadapmu.. Tertanya tanya sehinggakan kadang kerja seharianmu terganggu.. Kadang membuatkan kamu termenung jauh.. Siapa kamu di hatinya.. Apa mahu si dia?

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa..
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati..
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan..
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan..
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan..
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif..
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu..
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan..
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan..


Menanti satu jawapan yang selalu saja menjadi tanda tanya pada kita.. Memerlukan keberanian untuk menyatakan cinta.. Jika masih dalam samar akan rasa itu, simpanlah agar tiada hati akan terluka.. Kerana hati itu adalah hati kita sendiri.. Luka kecewa bila sebenarnya kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Luka dalam derita kerana kita hanyalah sandaran baginya.. Luka yang tak sudah sudah kerana sebenarnya kita hanya perasan..

Akan tapi jika sebenarnya.. Si dia juga menyimpan rasa itu.. Syukur kita dan mudahan cinta itu kekal hingga ke syurga..






Friday, April 8, 2011

Setia itu perlu?


Dalam sesuatu perjuangan dalam berpasangan mesti ada kesetiaan.. Setia yang utuh untuk mencapai setiap apa yang dicita.. Setia itu perlu dalam satu perhubungan kerana itulah tunggak utama menjamin kebahagian..

Apa itu setia? Adakah sifat berlawan dengan setia itu curang? Atau pudar? Atau kasih sudah pergi? Sedang aku sendiri masih lagi mencari erti setia.. Ku akui, aku bukanlah jiwa yang setia..

Bila berpasangan, setia itu perlu ada disamping dengan kejujuran.. Cukup kuatkah benteng semangatmu untuk menakis segala cubaan dan dugaan yang mengoda? Adakah kesetiaan dalam hidup berpasangan di ukur dengan tidak memandang pada satu rasa yang lain? Adakah setia itu dalam berpacaran wujud demi mengelakkan diri dari bermain cinta pada orang lain?

Nilai setia itu amat tinggi.. Dan kesetiaan bukanlah boleh diukur dengan kata kata janji manis yang ditabur.. Dan setia itu juga kadang salah dilihat dengan tingkah lakunya..

Pada cinta yang tidak berhasil, adakah kamu masih setia menunggu? Menanti dengan sabar.. Amat bodoh aku katakan jika kamu sanggup setia pada bekas pasanganmu itu, yang meninggalkan kamu mengejar cinta baru.. Sedangkan kamu hidup dalam derita, setia menanti padanya.. Amat aku benci setia begitu.. Bagiku itu bukan setia tapi perasaan yang masih dalam angan yang tidak dapat dihakis..

Bagiku, setia seorang isteri itu wajib.. Taat pada suami itu wajib.. Setia pada kasih sayang sesebuah hubungan kekeluargaan kita sendiri.. Itu yang lebih utama.. Memberi nilai cinta dan sayang pada yang berhak..

Bukan memberi kesetiaan pada satu hubungan yang kita sendiri tidak tahu asalnya.. Sedangkan hubungan percintaan itu masih dalam kabur.. Masih dalam tanda tanya.. Adakah si dia akan menjadi suamiku yang halal bagiku? Adakah si dia akan menjadi isteriku yang sah? Sedangkan kita masih tertanya siapalah jodoh kita.. Untuk setia apa lagi pada cinta yang belum pasti ini?

Seolah dunia mentertawakan kamu, dan tidak berlaku adil pabila sesuatu perhubungan itu terputus di tengah jalan, dan kamu seolah setia? Setia apa? Setia menanti si dia dengan yang baru? setia menunggu hingga akhir hayat? Setia?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?




Thursday, April 7, 2011

Rindu tidak berteman



Rindu itu amat jelas pada hati ini.. Sedang kita punya rasa untuk dakap semua kenangan lalu.. Sedang kita masih lagi di dalam asyik yang tak sudah sudak akan kenangan lalu..

Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun.. Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menanggis kita dalam diam.. Membara di dalam..

Kenangan bersama dulu kembali teruja.. Di saat sama sama meningkat alam dewasa.. Susah bersama.. Saling berkongsi cerita.. Dan kini sudah berubah kerana dengan dunia masing masing..

Merindui pada masa sama sama mengikat kasih.. Di dalam samar adakah cinta itu milik kita.. Masih di dalam ego untuk menyatakan cinta yang hadir.. Dan terus menjadi tanda tanya.. Kenangan waktu itu amat mengasyikkan kerana di masa itu, kita sama sama menjaga hati masing masing.. Erti kata lain, dalam proses mengenali hati budi -masing baget hot la..

Pernahkah kita terfikir dan terlintas di fikiran kita, ramai orang yang kita rindu sebenarnya.. Ada kala kita rindu pada keluarga.. Ada kita rindu pada teman seperjuangan.. Tapi sering kita teringat pada sang pemuja di hati.. Amat damai rasa bila rindu pada yang kasih..

Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi..

Rindu juga tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu

Rindukan satu tatap wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah.. Di dalam keresahan.. Di dalam kesunyian.. Dan amat rindukan kenangan yang dulu.. Rindukan gurauan manja.. Rindukan senyuman yang hadir.. Rindukan rajuk yang panjang..

Dan yang pasti rindu itu sama.. Kenangan lalu itu sama.. Rindukan kamu yang dulu.. Rindukan kita yang lama.. Tapi itu tak mungkin lagi berulang.. Kerana masa itu telah berlalu



Petua Untuk Mencari Bakal Isteri


Di sini ingin aku share petua mencari calon isteri.. Aku share dari Pak Ngah.. huhu.. Mari kita share reramai..




Petua Untuk Mencari Bakal Isteri

Jangan Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Di manakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tetapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula.

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir



Mencari erti bahagia...





Setiap insan di dunia pasti tercari cari di mana letaknya bahagia.. Pada kita bermacam macam erti bahagia.. Dan sungguh bahagia itu pelbagal tafsiran bagi masing masing yang inginkan dan mentafsirnya..

Bahagia ada pasang surutnya pada pandangan insan yang berkasih.. Dan bahagia itu belum tentu ada pada indahnya istana terbina.. Bahagia itu juga mungkin tiada pada pasangan yang hidup mewah dalam megah..

Ilmu Allah itu luas.. Kita insan yang dahagakan pengetahuan.. Dan dari pengetahuan dan ilmu Allah jua kita mencari identiti kita.. Dari ilmu pengetahuan, dapat kita mencari rezeki sesuap nasi untuk diri kita sendiri, dan keluarga kursusnya.. Adakah bahagia itu terletak pada kedudukan kita sekarang? Pada ilmu pengetahuan kita?

Sabda Baginda bermaksud: “Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dan bila kita di timpa kesusahan.. Selalu kita berdoa meminta pertolongan.. Tapi manakah kita di masa senang?

Apabila sakit ubatnya adalah senyum dan redha.. Kuatkah kita dalam menghadapi dugaan hidup?

"Bahagia itu adalah kepuasan hati" Kata sesetengah orang akan tetapi, sampai bilakah hati kita akan puas dengan apa yang ada? Pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Kita akan sentiasa dambakan yang lebih.. Kadang mencari mencari yang masih belum ada.. Kadang sentiasa ingin lebih dari yang ada.. Tak pernah ada kesyukuran.. Itulah kita..

Selagi mana dia berada di dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kaya, cantik, sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah dipenuhi dengan sempurna..

Cuba untuk memahami diri kita sendiri.. Bahagia kita tentulah terletak pada hati kita jua.. Kadang kita salah menilai kerana hati kita sentiasa tamak.. Mahukan yang lebih.. Cubalah untuk redha apa yang ada.. Bersyukurlah masih ada nilai nilai hati yang bertaut pada kasih..

Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. Beruntunglah jiwa di uji dengan dugaan kerana di situ dapat kita menilai sejauh mana kekuatan iman kita..

Dan kita selalu saja tidak dapat menerima realiti kehidupan.. Selalu kita menidakkan kebenaran pada hakikat keadaan yang berlaku.. Kita menjadi takut dan amat fobia akan sesuatu takdir menimpa.. Bersabarlah menghadapi ujian.. Berusahalah untuk mendapat yang terbaik.. Sedang kita ini hambaNya, dan selalu kita menyalahkan takdirnya.. Siapalah kita untuk melawak ketentuan dariNya..

Dan cubalah memupuk nilai kasih sayang antara pasangan kita kerana sayang itu dapat mengeratkan lagi perhubungan sesama suami isteri terutamanya..

Amat rugi dan betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha.. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong.. Tetapi, hanya bahagia yang diam dalam hati, ia datang dan pergi dalam mencari erti bahagia sebenar..

Dan bahagia itu terletak pada redha.. Ada pada sabar.. Dan mensyukuri nikmat dan ujian yang datang dari Allah.. Kawallah nafsu dan hati yang tamak mencari erti bahagia..

Aku berpesan pada diri aku sendiri.. Sedang aku sendiri masih dalam pencariaan.. Moga aku tergolong dalam hamba yang mensyukuri nikmat dan ujian dari Allah.. Aku jua manusia biasa mudah terleka dalam mencari erti kehidupan ini..

Harapanku, jika ada yang ingin kongsi 'share' no hal.. cuma letak link blog sama.. Sambil sambil kita memperingati sesama kita..



Wednesday, April 6, 2011

Cinta kerana Allah


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, ”Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta. “Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana,”jawabnya.

“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.

“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?”, tanya pemuda lagi.

“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku,” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

share