Wednesday, August 10, 2011

Cinta Itu Bukan Segalanya


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..


Dalam mencari satu suratan kehidupan pasti kita akan temui detik kekecewan akan sesuatu perkara.. Hal cinta amat menyedihkan pabila apa yang diimpikan tidak tercapai oleh kita.. Kadang sering saja cinta yang hadir musnah di separuh jalan.. Dan kadang juga, sering dipermainkan dan dipersiakan..

Dan dalam menghadapi hari mendatang seolah tiada lagi nilai yang terbina.. Di kala itu, hati kita asyik menyalahkan orang lain atas kesakitan yang melanda.. Menyalahkan masa yang berlalu.. Menyalahkan sesuatu yang tiada puncanya..

Dan selalu jua kita akan menjadi takut sehinggakan tiada rasa percaya lagi kepada cinta baru yang hadir.. Terasa takut yang amat sangat.. Takut di kecewakan.. Takut dipermainkan.. Dan takut segalanya.. Takut dalam memberi rasa sepenuh jiwa..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran..

Cinta cuma satu bentuk perasaan yang hadir dalam diri seseorang insan.. Bagiku cinta yang tidak sempurna bukanlah cerita dalam mencari sesuatu dalam hidup kita.. Kita yang hanya akan mencorakkannya..


*Tengah bersiap pulang ke Alor Star / Site visit dan terus cuti hingga Isnin.. Tiada update entry dalam 4 5 hari ini.. Selamat berpuasa dan selamat menjalankan kehidupan seharian.. Selamat membaca dan terima kasih.. Rindu pada Mama dan Qistina.. 



Comments
11 Comments

11 Orang Yang Prihatin:

Iffah Afeefah said...

hurmm betul jugak

cinta oh cinta

ErMeE AhmAd said...

saye tgh mcuba memulihkan cinta itu...

NOOR FATIN said...

cinta hanya untuk Dia..

fairuz said...

cinta ini menyedihkan.

misz sheyla said...

T__T cinta terbahagi...tapi pada dia kekal abadi

mR.sAm said...

nasihat yang sempuerna thank

khalisha said...

salam...

Memang cinta itu menyakitkan... tapi sbagai seorang manusia kita memang memerlukan cinta...

apa yang entri Encik Angah tulis semua ada dalam kehidupan saya...

Bila cinta datang, kita gembira,
Bila cinta pergi, kita bersedih,
Cinta yang pada Maha Esa jua yang selalu menenangkan hati sebagai hambaNya...

Pengalaman lalu banyak mengajar tentang erti cinta... ;)

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

hmm..cinta tu sakit ke tak sbnrnye dari kita sendiri.

anGah said...

@ErMeE AhmAd semoga berjaya :)

anGah said...

@khalisha sekadar berkongsi rasa..

anGah said...

@cleverspider55 a.k.a alam1cinta kita sendiri yang membawanya...