Tuesday, May 31, 2011

Kadang melepaskan cinta, mempunyai erti bahagia



...Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir.. Jangan kerana ditinggalkan oleh mereka,kita duduk bermenung bertemankan air mata.. Sedangkan mereka sedang berbahagia dengan kekasih mereka yang baru...

Bahagia itu hadir di dalam hati kita walau kadang orang memandang kita tidak bahagia.. Kerana bahagia itu tidak semestinya bersama dengan orang yang kita sayangi.. Kadang bahagia itu terserlah melepaskan dan merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita cintai hidup bahagia walau bukan dengan kita..



Jiwa dan aku - Tanda tanya



Sampai satu ketika aku rasakan aku letih.. Aku letih untuk mencari sesuatu yang ku rasakan, dulu aku yang punya.. Aku letih untuk mencoretkan pada hentian blog..

Sudah melebihi 2 bulan 2 minggu aku di dalam dunia blog.. Adakah aku menjadi salah seorang blogger.. Kadang aku menulis hanya mengikut hawa nafsuku.. Dan kadang aku juga takut dan risau, kata kata aku di dalam nukilan entry ini di ambil pakai tanpa ada tapisan terdahulu.. Kerana aku juga manusia.. Aku risau dan takut, menjadi tanggungjawap jika luahan aku ini tanpa di tapis terus di gunakan.. Dan mungkin boleh menambahkan derita dan mudarat pada mereka mereka..



Monday, May 30, 2011

Cinta? Apa ertinya


...Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali...

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..



Sunday, May 29, 2011

Tanda Tanda Lelaki Merajuk

Lelaki juga manusia biasa dan kadang mempunyai rasa untuk merajuk.. Buruk rupanya bila lelaki merajuk, kerana tidak sesuai dengan jiwa lelaki sepatutnya hati kental..



Saturday, May 28, 2011

Tips bagi mereka yang putus cinta





Tips bagi mereka yang putus cinta

Putus cinta tu sakit.Betol ke? Hehe. Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya. Ada orang yang merana (cheewaah!) disebabkan putus cinta ni berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Normal la tu. Kita kan manusia biasa je. Ada perasaan. Kalau orang-orang tu lain la, statik je, takde perasaan.

Ada readers yang tanya aku macam mana nak hilangkan rasa sakit, tekanan akibat putus cinta ni. Aku takde la pakar sangat apatah lagi Doktor Cinta (Kahkahkah!) tapi aku kongsi je la apa yang aku tahu. Kawan-kawan terdekat aku pun ada jugak mengadu pasal masalah cinta dorang ni. Kadang-kadang aku pun tak mampu nak buat apa-apa. Sekadar menjadi pendengar yang setia, bagi kata-kata semangat, bagi dorongan je la. Jangan sampai terabaikan diri sendiri sebab cinta ni. Benda remeh temeh je kot.



Friday, May 27, 2011

Jenaka - Janda Yang Mahu Kahwin Lagi


...Gambar sekadar hiasan


Tersebut kisah sorang janda yang dah 2 kali bersuami. bercerai dengan

suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera. sementara suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain. jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya. si janda tu meletakkan 3 syarat:



Thursday, May 26, 2011

Bila dikhianati cinta, kuatkan semangat relakan kemaafan





Perit sekali apabila diri dicurangi.. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga.. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi.. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya.. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama..

Dan kita harus mengerti, setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati.. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri..



Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh



Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.



Header untuk Blog Jiwa Jiwa


Setelah beberapa, ada 4 orang yang sudi menghantar dan design header untuk blog jiwa jiwa ini.. Sampai aku pun tgh pening nak pilih yang mana satu untuk dijadikan header pada blog ni.. So tengok la, cantik cantik kan.. Pada empunya design, terima kasih banyak banyak kerana sudi luangkan masa design header..

Yang pertama join..






Yang kedua join..






Yang ketiga join













Dan sekarang aku pun tak tau nak pilih yang mana satu.. Boleh tolong pilih tak? huhu




Wednesday, May 25, 2011

10 tanda wajib kahwin





Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.

Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 tanda wajib kahwin
1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)


Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.



Lelaki & Relationship Status




Ada lelaki yg status nye 'in a relationship with...' or 'married to....' still ckp kurang kasih sayang, pantang ada ruang, terus ambil peluang. Kiri kanan, depan belakang semua perempuan dia nak sayang. Silap haribulan, pinggan mangkuk, periuk belanga terbang melayang. Tak dinafikan, ada juga yang 'sudah berpunya' tp, setia. Cinta, jiwa, raga memang untuk wanita syurganya. Cuma, dek kerana hormon terrr lebih cinta suda, timbul rasa was was setiap masa..o0h memang giler!

Ada lelaki yang statusnya ' in an open relationship' bhsa sopan bg yg masih enggan dipunyai rather than to say 'not ready to hve any commitment yet'. Tewas pula dengan hati sendiri. Bila semua pun berkenan dihati. Keliru memilih pujaan hati. Harapan diberi, alasan dicari. Kesian c gadis bertengkar ssama sndiri. Masing2, menjaga hati. Merajuk hati pujuk lh sendiri. Ikutkan hati, semua nak dijadikan bini. Silap haribulan, semua pergi, gigitlah jari.

Ada lelaki yang statusnya 'single' memang confirmed bujang lagi tp, dalam diam sebenarnya dia juga memuja. Sanggup terseksa jiwa melara, asalkan ego tidak tercela, kalau2 cinta tidak berbalas cinta. Kalah sbelum mencuba, sedangkan c gadis hampir jadi perigi tua yang kering menunggu timba.
Kawan-kawan dah habis cara. Sila haribulan, rasa cinta itu pudar begitu saja.

Bila namanya LELAKI. Usahlah diajak berbincang SOAL HATI. Silap haribulan, kita sendiri SAKIT HATI, makin lama makin MAKAN HATI. Bukanlah maksudnye lelaki ni xde hati, tp inilah REALITI. Kdg2, mereka terlupa menhargai. Bila teringat, semua dah tiada erti. Masa tu, baru terasa hati. Ooh! macam giler plak mencari..aduhai!

Bukanlah menjadi kesalahan jika kita memberi peluang kedua, cuma pesanan dari penaja : BERHATI-HATI MEMBERI HATI. Kata pepatah omputih brkata "Fool me once, shame on you; fools me twice, shame on me"

Dan kamu lelaki-lelaki budiman, tidak terusik maruah lelaki mu andai di turunkan level ego kamu itu demi memujuk hati yang kau sakiti. Kdg2, kebaikan itu bukan utk dibalas, memadai klu kamu tahu menghargai, atau paling tidak semat dihati utk dikenang. Jgn lh terus-terusan mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

sumber dari pujaanheaRty

*agak tak setuju kot.. huhu.. seb aku lelaki.. haha



Tuesday, May 24, 2011

Kadang meratap sayu berakhirnya cinta itu perlu



...Setitik air menjadi punca yang mengalir di tepi pipi diberi nama air mata yang kecewa...

Bila cinta yang dijaga dengan belaian manja bertahun lamanya terputus di tengah jalan, membuat seseorang itu hilang separuh jiwanya.. Meratap pergi kisah amat berharga di dalam dunia hidupnya berlalu sepi dan pergi meninggalkan luka yang dalam..

Kesedihan yang di alami, mungkin sedaya upaya oleh kita untuk menutup dan menyekat akan perasaan membenci itu membuak buak di dada.. Rasa sakit yang amat pedih tidak dapat digambarkan dengan kata kata mahupun dengan hasil tulisan.. Amat sakit dan rasa ngilu bila cinta dikhianati..



Cerita Cinta Jiwa : Biar Maut Memisahkan Kita



Melihat wajahnya yang tenang menikmati makan malam cukup buat aku rsa bersalah untuk meneruskan apa yg ingin aku katakan padanya. 'kita harus berpisah ' ujar ku perlahan tapi aku tahu cukup jelas untuk dia dengar, kerana dengan nada yang sangat tenang, dia cuma bertanya, 'kenapa,?'

Aku hanya diam. Dia mengulangi soalan yang sama berulang kali. 'kenapa, kenapa dan kenapa, ?' Ternyata, sikapku yang mendiamkan diri membangkitkan kemarahannya. Kami bergaduh. Dia asyik menangis dan bertanyakan 'kenapa'. Aku tahu, dia mahu tahu apa yang tidak kena hingga aku harus menceraikan dia tapi, terlalu sukar untuk aku akui, aku sudah tidak cintakan dia lagi kerana kini hatiku sudah dimiliki oleh wanita lain.



Monday, May 23, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat.





Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.




Cinta itu menguji kekuatan di dalam hati


....Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat.. Pada hakikatnya amat aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini berhenti mengalir....

Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..



Kenapa kita masih lagi sayangkan dia, walau dia telah tinggalkan kita




Kenapa kita masih lagi sayangkan dia, walau dia telah tinggalkan kita?

Kenapa kita masih lagi sayangkan dia, walau dia dah buangkan kita dalam hidupnya?

Kenapa kita masih lagi sayangkan dia, walau dia telah hancurkan hati kita?

Kenapa kita masih lagi sayangkan dia, walau dia permainkan cinta kita?

Kenapa kita masih lagi sayangkan dia, walau dia .......



Wednesday, May 18, 2011

Amat berterima kasih pada yang sudi




Aku menghargai dan amat berterima kasih pada mereka yang sudi singgah ke lama blog aku ni.. Blog ala jiwa jiwa menceritakan tentang kisah soal perasaan dalam jiwa kita..

Tema blog yang aku utarakan mengenai soal hati yang dimiliki oleh insan.. Bukan aku berlagak tunjuk pandai seolah aku mendalam tentang perasaan.. tapi ini cuma pendapat dan pandangan aku sahaja.. Dan amat aku alukan teguran membina dari mereka mereka yang sudi membimbing..



Kadang menyintai seseorang tidak seharusnya memiliki





...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..



Tuesday, May 17, 2011

Jiwa dan aku





Bahagia itu bila kita di ingat dan ada baik pada bicara.. Bahagia itu ialah satu rasa unggul dalam setiap belahan jiwa - ia dakap hidup kita, lenakan segala igau buruk dalam duka dan bahagia itu bila kita bahagia dan kita bahagiakan orang yang memandang kita..

Aku Bersyukur, damai dan berterima kasih kerana di hargai.. Biar betapa kuat sekali anggapan orang atau apa pun mahu fikir, tapi sebenarnya, hidup ini ialah perjuangan dan kasih sayang..



Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang





Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat



Pabila Sahabat Baik Menjadi Kekasih





Bila kawan jadi kekasih

Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta.

Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?

JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.



Monday, May 16, 2011

CINTA ITU BUKAN TUHAN





CINTA ITU BUKAN TUHAN
Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.

"Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing."



Rahsia Mengekalkan hubungan Jarak Jauh (HJJ)




Jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima rahsia untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.



Saturday, May 14, 2011

Cerita Cinta Jiwa :Benci Benci Benci....





Macam biasa la kan tiap hari aku habis kelas aku mesti usha blog minah nih sambil bahan-bahan gambar dia dengan roommate-roomate aku. Muka cun tapi macam kurang bijak. Blog sumpah bosan cerita pasal personal jek. Pergi makan mana-mana je mesti nak cerita, and seryesly bosan. Tapi tak dinafikan hari-hari pon aku bukak blog minah nih pasal aku suka tengok blog dia and menghanjing sampai lebamm...

Aku blogging dah hampir 2 tahun. Tapi takder la famous mana. Aku punya blog mystery. They never see my face, tapi aku suka keluarkan ayat-ayat jahanam nak menyakitkan hati orang. Aku suka cari haters sebab tanpa haters hidop aku sunyi. Aku takder rasa cabaran, aku tak dapat berfikir. Ramai sound blog aku apesal aku suka dapat haters dan jadi haters? Jawapan aku mudah, ‘aku suka kan cabaran!’



Wednesday, May 11, 2011

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru





Sedang aku melayani blog di kala malam ni.. Kerana malam ni selalu panas dan aku susah melelapkan mata.. So tergerak hati aku menyertai segmen ni..

Ni segmen kedua aku sertai.. Sebelum ni ada join segmen Brade Ben.. Dan beliau ada membuat 2 entry pasai aku, yang PERTAMA dan KEDUA.. rasa terharu beb... seyes

Pengenalan...
Aku baru dalam dunia blog.. Memang baru sangat.. Belum sampai 2 bulan aku blog.. Dan sehingga entry aku di tulis aku, follower aku 1610 orang.. Pageviews aku lebih kurang 132,055.. Entry yang telah terhasil tidak termasuk entry ini berjumlah 91 entry

Dan aku tertarik untuk menyertai segmen kedua aku di SINI


Jom Sertai Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Buat 1 entri khas bertajuk “Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru”. Nyatakan:

1) Berapa lama dah blogging.

Menjawap soalan yang pertama ini, berapa lama aku dah blogging? Secara rasmi entry first aku pada tarikh 16hb Mac 2011.. So lebih kurang 1 bulan 3minggu lebih kurang kot.. Baru je bro..

2) Kenapa suka blogging.

Meluahkan apa yang sering berligar di dalam minda.. Terasa amat sangat untuk menulis sesuatu mengenai soal perasaan.. Dan bila mula menaip, rasa amat lega kerana di blog jiwa jiwa aku neh dapat meluahkan apa yang rasa.. Tapi ini bukan blog personal dan diari ala ala gitu.. Aku menulis kerana punyai rasa..

3) Blog kamu mengenai apa.

Ok.. Blog aku tema jiwang.. Bukan jiwang sangat.. Tema ke arah soal perasaan manusia.. Soal cinta dan bahagia.. Soal mengapa harus kecewa? Aku lelaki.. mcm pelik kan jiwang jiwang neh.. takpa identiti aku kemas tersimpan.. huhu.. Malu malu kucing gitu.. gila ahh kalau officemate aku tau, ex sekolah aku ke saudara aku tau.. malu oit.. haha

4) Harapan dalam dunia blogging

Harapan? hurmm.. mungkin ini caraku mengenal erti kehidupan.. Mungkin ini caraku mengisi masa lapangku.. Mungkin ini membuatkan ku bahagia.. haha.. Harapan aku agar pembaca blog aku tak terus kecewa dan tidak menidakkan hakikat kadang menyintai seseorang tak seharusnya memiliki.. eh.. mcm tu boleh? hoho

Dah okey kot, dah penuhi syarat tak? huhu..
Ok selamat.. Buat pembaca blog aku.. terima kasih, tanpa hampa siapalah aku.. Buat follower aku.. thanksssss :)



Melepaskan rasa cinta itu lebih baik dari terus merana


...Jangan bersedih ketika kita kehilangan cinta, tapi bersedihlah ketika keimanan kita yang hilang.. Itulah kita, lebih memberi keutamaan pada cinta sesama manusia sedangkan bukan itu yang sebenarnya tujuan kita hidup...

Cinta membawa maksud pengertiaan yang berbeza dan meluas bagi setiap orang.. Dan selalu memberi tafsiran mengikut apa yang dirasainya..

Menyintai seseorang tidak semestinya akan memiliki dirinya.. Dan maksud cinta itu sendiri, kita akan melakukan apa sahaja demi untuk melihat kebahagiaan si dia walaupun kadang kita terpaksa mengorbankan jiwamu..

Dan ada kalanya kita harus berhenti menyintai seseorang dan membiarkan cinta kita itu menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita.. Kadang kita perlu menerima hakikat, jika tiada jodoh di antara kita dan dia seharusnya kita lepaskan dan lupakan cinta itu kerana lebih baik dari memberi harapan pada hati kita..

Sedangkan kita tahu dan menyedari bahawa orang yang kita cintai lebih bahagia bersama dengan insan lain.. Masa depannya lebih terjamin, mengapa kita terus menyiksa diri kita menanti dan menunggu satu kemungkinan yang pastinya akan sia sia kita lakukan..

Usahlah kita memberi satu keyakinan palsu pada diri sendiri, demi menyedapkan rasa supaya bertahan dan menunggu cinta itu mekar dan di balas dengan cinta jua.. Demi untuk bersama insan yang kamu rasakan perasaan yang hadir itu cinta tapi kamu terus merosakkan diri kamu.. Merosakkan masa dan membazirkan waktu waktu yang berlalu tanpa menerima cinta yang lain seolah tiada mata untuk memandang hati ikhlas menerima kamu seadanya..

Sedangkan umur kamu tidak berhenti begitu saja, terus berjalan tanpa menunggu kamu.. Dan sedang kini kamu masih menyendiri keseorangan dan sunyi yang panjang.. Kerana masih tidak mahu melepaskan perasaan cinta yang tidak berbalas.. Cubalah menerima kenyataan si dia bukan lagi untukmu..

Amat sukar untuk melupakan seseoarang yang pernah bahagia bersama.. Untuk melupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tapi kita harus tabah dan akur akan hakikat yang telah kita terima.. Kadang berbicara tentang cinta memang mudah tapi bagi mereka yang melalui saat getir ini amat susah untuk menghadapinya

Berbicara tentang cinta memang mudah.. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.. Bagi untuk melupakan cinta dalam hati memang perit bagi yang mahu melepaskannya.. Tapi percayalah, cinta bukan segala galanya..

Jangan lah sesekali kita mengatakan kita tidak mahu lagi bercinta atas kerana kekecewaan yg pernah kita lalui, berdoa lah tawakal lah kerana sinar cahaya akan berada bersama kita sikit masa lagi..



Monday, May 9, 2011

Cerita Cinta Jiwa : Eh, tak sangka ko pulak jadi laki aku!



EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!

tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...

macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.

satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!" okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - - - - - - - - - END - - - - - - - - - -

wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*

by Bahagiakah Aku, Bila Dia Bahagia Walaupun Bukan Dengan Aku via AISHA SAAD



Musnah satu kisah percintaan bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan



Di dalam satu perhubungan yang terjalin sering kali diuji dengan palbagal cara ujian dan ada kalanya rintangan yang datang boleh menghancurkan sesuatu hubungan tersebut.. Dan bukanlah menjadi matlamat di dalam percintaan berakhirnya di tengah jalan.. Miskinpun kemuncak percintaan itu ada pada satu ikatan halal iaitu perkahwinan..

Menyentuh pada satu pergolakkan perasaan di mana satu hubungan yang dibina tidak bersama lagi dengan pasangan masing masing.. Terputusnya kisah cinta dan sudah nyata tiada lagi persamaan di antara pasangan tersebut..

Kadang bila percintaan yang tidak menjadi mengikut impian yang dibina, sering saja membawa kekecewaan yang berlarutan.. Kita menjadi lupa dan takut untuk menghadapi hari mendatang dan menjadikan pengalaman yang amat bererti bagi menyuluh pada masa hadapan.. Kita seolah menjadikan peristiwa itu sebagai berakhirnya kehidupan kita tanpa bangun kembali memberi peluang pada diri kita untuk lebih mempunyai azam yang kuat..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH ~ Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Di sini beberapa petua yang dapat kita menjadikan satu amalan agar hati kita tenang dan membawa kembali semangat yang dulunya selalu ada dan menerima kekalahan putusnya cinta itu dengan hari yang lebih terbuka..

Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
Hati tidak tenang kerana selalu saja bisikan halus membawa berita dan memberi tekanan pada diri supaya melalukan perkara perkara di luar kawalan.. Dan hati kita menjadi kosong kerana kita semakin jauh dari Allah.. Dan seharusnya kita sedar, bukan di kala susah sahaja kita menginggatiNya.. Di waktu senang pun kita kena kembali padaNya.. Namun masih belum terlambat untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.. Memohon perlindungan dan diberi kekuatan untuk melupakan dan merelakan perpisahan itu..

Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
Sibukkan diri kita dengan tugasan dan kerja kerja yang membolehkan kita lupa akan perasaan sedih yang hadir.. Jika dulu kita kurang untuk mengemas rumah, kini mungkin kita akan menjadi rajin.. Menambahkan kerja kerja tambahan di pejabat mungkin, secara tidak langsung meningkatkan produktiviti syarikat.. Apa yang sesuai dengan jiwa kita, lakukan dengan hati yang ikhlas..

Keluar bersama kawan-kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaa
Cuba untuk bersosial dengan rakan rakan.. Jika dulu masa anda banyak di habiskan bersama si dia.. Dan ini adalah peluang mendekatkan kembali hubungan antara kawan kawan.. Dan jika dulu mungkin hobi anda tidak dapat di lakukan kerana mendapat tentangan si dia.. So sekarang dah boleh lakukan apa yang anda minat.. Tapi bila bersama sama kawan tu jangan aktiviti tidak bermoral pula sebagai contoh hisap dadah ke pergi disco ke?

Anggaplah putus cinta itu adalah satu persinggahan dalam kehidupan.. Mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda. Sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya.. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya.. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan

Sebenarnya ada banyak lagi bagaimana cara untuk melupa kisah percintaan yang terputus.. Kita kongsi pada entry yang lain..



Sunday, May 8, 2011

kisah SUAMI ISTERI





kisah SUAMI ISTERI

Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.

DIALOG 1

SUAMI : " Yam. Jangan lupa kejutkan abang pukul 7 pagi ek. Abang ada mesyuarat penting hari ni. Jangan lupa tau."
ISTERI : " Yam akan kejutkan abang pukul 5.30 pagi. Abang toksah risau"
SUAMI : " Eh eh! Abang kata pukul 7 pagi bukan 5.30 pagi la"
ISTERI : " Abih tu abang tak semayang subuh ke?"
SUAMI : " Err.... ha... haah kejut pukul 5.30 pagi

DIALOG 2

ISTERI : " Abang! Abang tau tak esok hari apa?"
SUAMI : " Esok hari rabu. Kenapa?
ISTERI : " Takkan abang tak ingat apa - apa kot?
SUAMI : " Ingatttt... mana buleh tak ingat. Kan esok Yam dah janji nak bagi abang pinjam duit sebab abang nak beli motor baru."
ISTERI : " Abang niiii... Esok hari jadi Yam laa..."

DIALOG 3

SUAMI : " Awak ni Yam dah pukul berapa dah ni? Awak tak masak ke?"
ISTERI : " Alaa bang. Yam penat la. Kita makan kat luar je la ek"
SUAMI : " Makan kat luar lagi. Ok laa. Tapi tunggu kejap.
ISTERI : " Eh! Bang! Nak bawak kemana dapur tu ?
SUAMI : " Nak bagi kat jiran sebelah!"

DIALOG 4

ISTERI : " Cantik tak kain - kain ni bang?"
SUAMI : " Cantekkk... Bila awak beli Yam?"
ISTERI : " Tadi. Amik utang pada kak Kiah"
SUAMI : " Hutang lagi! Awak ingat saya ni cap duit ke Yam?
ISTERI : " Pernah ke abang bagi saya duit?"

DILAOG 5

SUAMI : " Hari ni bos abang nak datang makan tengahari kat rumah kita Yam"
ISTERI : " Bos abang nak datang makan? Jadi Yam kena masak la ye?"
SUAMI : " Bulehkan Yam? Jap lagi abang pegi pasar beli lauk"
ISTERI : " Buleh tu buleh bang tapii...
SUAMI : " Tapi apa pulak Yam?
ISTERI : " Abang tau ke pasar tu kat mana?

DIALOG 6

ISTERI : " Cantik tak kain yang saya beli ni bang?"
SUAMI : " Cantik! Awalnya awak beli kain Yam raya kan lambat lagi"
ISTERI : " Saya nak pakai masa dinner opis saya nanti la bang"
SUAMI : " Laa awak nak buat baju ke Yam"
ISTERI : " Abih tu abang ingat saya nak buat apa?
SUAMI : " Abang ingat nak buat langsir tadi"

DIALOG 7

SUAMI : “ Yam. Apsal la awak selalu lambat balik kerja ni.”
ISTERI : “ Saya terpaksa buat overtime la bang”
SUAMI : “ Overtime apanya Yam. Tak cukup ke gaji yang ada”
ISTERI : “ Kalau cukup takde la saya buat overtime bang oi!”
SUAMI : “ Saya ni kan ada?”
ISTERI : “Abang tu memang la ada tapi dah berbulan takde kerja”

DIALOG 8

ISTERI : “ Abang nak kemana tu?
SUAMI : “ Pegi kat kedai depan tu minum teh.”
ISTERI : “ Abang ni macam la kat rumah ni takde teh”
SUAMI : “ Teh tu banyak. Berkilo abang belikan”
ISTERI : “ Abih tu apsal nak minum kat kedai?”
SUAMI : “ Abih tu pernah ke awak buat teh untuk abang?”


by Aku Tak Sabar Nak Kahwin oleh admin RaRa



Saturday, May 7, 2011

Sebelum meluahkan kata cinta perlu ada kajian


Memang menyakitkan hati dan memedihkan perasaan bila cinta yang di hadir di tolak oleh seseorang.. Namun lebih menyakitkan hati dan lebih memedihkan perasaan bila apa yang di rasakan cinta itu, tiada kekuatan akan diri menyatakan cinta padanya

Menjawap entry sebelum ini Dimana nilai cinta itu jika tiada keberanian? dan di sini beberapa langkah untuk mengenal pasti di mana masa yang sesuai sebelum meluahkan rasa yang hadir..

Berani untuk memperjuangkan apa yang dinamakan cinta yang hadir memerlukan kekuatan dalam diri dan azam yang kukuh.. Sedang hati di lamun mabuk asmara merasakan dunia memerhatinya..

Beberapa langkah perlu di kaji sebelum untuk menyatakan cinta pada seseorang.. Di sini aku mengambil pendekatan apabila seseorang (lelaki) untuk meluahkan rasa cinta itu pada wanita.. Pada pembaca wanita, langkah langkah ini mungkin juga berguna..

Jangan terlalu banyak berharap
Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya.. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar kamu.. Bersikap bersahaja dan jangan menaruh harapan tinggi apabila meluahkan rasa cinta itu.. Jangan terlalu berharap cinta kamu akan berbalas.. Simpan sedikit rasa di dalam hati, kerana jika cinta kamu tidak berbalas sekurang kurangnya tidaklah terlalu kecewa..

Kenali Isi Hatinya
Sebelum kamu meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika kamu mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.. Kenal dari dalam lubuk hatinya.. Kenal apa mahunya.. Kenali apa kesukaan dan perkara yang menjadi kebencian padanya.. Jangan mengambil remeh perkara ini.. Kenallah isi haritinya terlebih dahulu sebelum cuba untuk memiliki hatinya..

Dekati Keluarganya
Biasanya seorang wanita ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan kamu.. Sebab itulah kamu harus mendekatkan diri dengan keluarganya.. Mengapa harus takut dan segan jika niat kamu ikhlas untuk memilikinya hatinya.. Jumpalah keluarganya.. Kenali saudara saudaranya.. Dengan cara ini, menunjukkan kamu ikhlas dan secara tidak langsung si dia akan yakin dan percaya pada kamu.. Tidak salah rasanya berkunjung ke rumahnya pada waktu tertentu atau majlis dan mengambil peluang mendekati keluarganya.. Jangan pula tengah tengah malam berkunjung ke rumah ayahnya tanpa alasan yang kukuh..

Lihat Bahasa Tubuhnya
Cuba pahami apa bahasa tububnya.. Jangan memandang pada tubuhnya tapi tengok lagak cara dia memberi isyarat.. Sebagai contoh ketika berbicara dengannya, adakah si dia memandang tepat pada mata atau sambil bercakap tapi mata memandang ke arah lain.. Membawa pengertian berbeza.. Dan cuba selami hatinya dengan memerharti bahasa tubuhnya..

Jangan mendesak
Ini amat penting dan sensitif.. Boleh di katakan semua orang tidak suka di desak dan dipaksa.. Jangan kamu rasakan itu perkara biasa sahaja.. Sebagai contoh, kamu mengajaknya untuk keluar makan bersama sama tapi si dia keberatan dan memberi pelbagal alasan.. Jangan mendesak desak dan membuatnya rimas.. Cuba untuk memberi dia sedikit ruang dan janganlah paksa apa yang tidak disukainya..

Ini cuma sebahagian sahaja apa langkah langkah apabila hendak meluahkan kata cinta itu..Sebagai rujukan semata mata.. Kalau ada yang perlu di tambah sila kongsi bersama..



Di mana nilai cinta itu jika tiada keberanian?



Perasaan cinta yang hadir tidak mengenal siapa.. Jatuh cinta pada seseorang mungkin itu kadang tidak kita minta.. Hadir satu bentuk rasa yang membuak buak di dalam dada seolah satu bebanan yang di tanggung.. Rasa cinta itu begitu dalam dan kita sendiri tidak mampu menidakkan kehadirannya..

Jatuh cinta pada seseorang kadang hanya mengambil masa yang sekejap sahaja.. Kadang seketika membuatkan kita sedar yang kita telah jatuh hati padanya.. Jatuh cinta pada kenalan yang rapat kadang membuatkan hati dan perasaan gundah gulana sepanjang masa.. Membuatkan kita duduk tidak senang dan ingin saja mencari alasan untuk sentiasa bersama..

Dan kerana ada perasaan aneh bila betentang mata.. Jantung berdegup kencang seolah baru sahaja berlari sepuas puas.. Rasa berdebar seakan jantung tidak tahu bergerak perlahan lahan..

Dan dalam meniti hari hari yang berlalu seakan pelangi senja berlabuh menghiasi bumi hijau.. Riang rasanya hati dapat berdampingi dan bersama sama.. Perbagal alasan di buat buat untuk selalu bersama.. Kadang merimaskan dia..

Adakah perlu ada satu kekuatan untuk meluahkan rasa itu? Adakah perlu untuk nyatakan perasaan cinta yang hadir.. Inilah persoalannya..

Ramai yang merasakan malu akan diri sendiri memperjuangkan rasa yang hadir untuk dinyatakan pada insan yang dirasakan cinta itu.. Mungkin kerana belum ada satu azam yang kuat dalam diri mnejelaskan apa yang dipendam..

Mengapa harus takut dan segan pada satu hakikat rasa cinta yang membara? Mengapa harus di sisihkan nilai harganya perasaan yang suci itu dan terus memendam rasa di dada..

Jangan terus menipu diri sendiri sedangkan hari harimu didalam bayangan si dia yang terus menjelma.. Beranikan diri sendiri dalam mencari cinta hidup kamu..

Memang menyakitkan hati dan memedihkan perasaan bila cinta yang di hadir di tolak oleh seseorang.. Namun lebih menyakitkan hati dan lebih memedihkan perasaan bila apa yang di rasakan cinta itu, tiada kekuatan akan diri menyatakan cinta padanya


Perjalanan hidup kita masih jauh dan panjang.. Perlukan keberanian untuk memperjuangkan cinta yang hadir itu.. Dan jika tidak dihargai dan di tolak, sekurang kurangnya kita masih ada maruah yang tinggi.. Mempunyai kekuatan bukan dayus yang ada..

Lebih baik kita berterus terang dari memendam rasa yang semakin hari kita rasakan semakin sakit di dalam dada.. Memendam rasa seakan tiada siapa yang mengerti soal hati.. Padahal diri sendiri tiada kasih pada hati, menyalahkan keadaan mengapa cinta tiada..

Nyatakan cinta itu apabila kamu pasti rasa yang hadir adalah cinta dan bukan bisikkan nafsu yang mengoda.. Dan nyatakan cinta itu jua apabila kamu yakin dan pasti kamu telah melakukan beberapa langkah dalam mengenal pasti hati budi si dia..
Tunggu entry seterusnya bila, dimana masa dan waktunya yang tepat untuk berkata Aku cinta padamu..




Thursday, May 5, 2011

Bagaimana hendak dapatkan pembaca blog yang ramai





Dunia blog ini selalu saja pelbagal ragam dan suasana..

Untuk menghasilkan entry kadang sekejap saja.. Bezanya cuma adakah entry kita membawa cerita yang boleh ditarik minat orang lain untuk membaca.. Bagi pendapat aku, untuk mengajak orang singgah ke blog kita kadang susah.. Dan kadang senang jika ada kena caranya..

Pertama aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat brader Tubelawak kerana dia yang membuka jalan aku untuk membuat blog.. Hampa kenai tak dia? haha.. neh dia promote blog aku dekat blog dia pada minggu minggu awal blog aku..

terharu kan.. ada org care.. huhu

Dan secara kebetulan, Ben Ashaari menjadi follower aku yang ke 1000, pada masa itu blog aku baru genap sebulan.. Tak sangka dan agak terkezut.. Dan beliau ada membuat entry pasai aku dua kali.. Yang Pertama masuk SINI, dan yang kedua masuk SINI .. dan ini secara tidak langsung juga menaikkan traffic pembaca blog aku..

Aku ada cara tersendiri untuk menaikkan ramai pembaca ke blog jiwa jiwa ini.. Percaya atau tidak blog aku tidak sampai 2 bulan.. Kerana first entry aku bertarikh 16hb Mac 2011.. Di mana rahsianya?

Di sini aku akan kongsikan rahsia kepada hampa semua mcm mana follower aku sehingga masa entry aku di buat ini berjumlah 1404.. Dan pageview aku dah lebih 100 000 untuk tempoh tak sampai 2bulan..

Aku ada beberapa fan page facebook yang fans yang like kebanyakkan lebih dari 10 ribu fans.. antaranya:-

1 - Bahagiakah Aku, Bila Dia Bahagia Walaupun Bukan Dengan Aku 52,600 fans like

2 - Walaupun Saya Sayang Awak Tapi Kita Tak Mungkin Bersama 22,600 fans like

dan ada lebih dari 10 page lagi yang fans lebih dari 10 000 fans..

So di sini aku dah nampak di mana pentingnya kita hendak promote blog kita.. Page page tersebut aku sandarkan mengikut tema..

dan aku rasa tak salah kalau aku saling bantu blogger lain untuk menambahkan pembaca.. dan aku buat satu fan page khas untuk promote blog

Fan Page Blogger Malaysia --> sila join dan lepak di situ..

Selain dari itu, cuba kita elakkan entry kita bukan kosong.. ada cerita yang hendak di sampaikan.. Membuatkan pembaca blog rasa suka dan seronok.. Membuatkan pembaca rasa terhibur.. Jangan selalu buat entry berkisah mcm diari kehidupan kita.. Nak makan nak mandi.. semua citer..
Clash gan bf, kucing sakit pun cerita.. opss.. sorry.. itu blog hampa.. huhu.. ikut suka la hampa nak update pasai apa kan.. hehe

Cuba ringankan blog hampa dari letak widget yang tak penting.. Terutamanya music box... serius aku rasa bukan aku seorang sahaja yang tak suka..

Dan yang lain hias blog dengan simple.. tulisan senang baca.. bahasa yang mudah bukan bahasa rojak ewwww atau mat rempit.. warna yang tak menyakitkan mata..

tudia.. kalau aku beleteq sampai tak hinggat dunia.. haha.. dah dah..

Ini entry tak jiwa okey.. so takde sedey sedey ye... terima kasih kerana sudi membaca dan selalu lepak blog aku.. tanpa hampa semua, sape la aku kan.. kan kan



Aku benci COPY PASTE tanpa letak link



Sedikit luahan rasa dan pendapat dalam pandangan aku..

1- Aku menulis di dalam blog ini cuma untuk meluahkan apa yang aku rasa hendak di sampaikan.. Untuk menghasilkan sesuatu entry kadang bukan senang kerana mengambil masa.. Masa mungkin di dalam 2 3 jam.. Namun untuk mengambil mood untuk menulis.. Dan kadang dari segi penulisan, gaya mengolah ayat perlu di ambil kira.. Termenung sendirian di depan laptop.. Mencari susunan ayat yang sesuai.. Untuk di baca dan di tatap agak berkualiti.. Bukan aku bermaksud ayat aku atau entry aku bagus, cuma aku cuba menghasilkan yang terbaik.. Mudah untuk dipahami..

2- Dan bila terhasilnya sesebuah entry itu, aku kadang membaca berulang kali supaya aku paham apa yang cuba aku sampaikan.. Apa yang cuba aku kongsikan.. Susah.. Kadang aku termenung melihat dalam maksud erti kata kata ayat yang ku catatkan.. Selalunya ada tersirat di dalamnya.. Dan selalu juga aku direct supaya senang untuk dipahami..

3- Aku tidak dapat menghalang sesiapa untuk copy paste.. Aku tidak berdaya.. Dan aku cuba untuk tidak kecewa.. Aku cuba betulkan niatku.. Kerana ada juga blog blog di luar sana, copy paste ja.. huhu.. Penat.. Kadang tersentap.. Ada page page di dalam facebook membuat note dari entry aku.. Mulanya aku rasa okey.. Tapi kadang rasa sedih.. Terkilan.. Kerana mengaku pula hasil sendiri.. Macam ni punya orang pun ada ka? hoho

4- So aku izinkan saja jika mahu berkongsi, atau copy paste atau di dalam bahasa melayunya menciplak.. Tapi sekurang kurangnya letak credit atau link ke blog ni atau cakap je sumber dari mana.. Bukan susah sangat pun.. Copy paste lagi susah.. huhu

5-Kadang aku rasa aku lemah untuk terus menulis.. Kerana rasa sakit hati ini masih ada.. Aku juga pernah copy paste.. Tapi letak aja la share / sumber / link tue... kan nampak mcm profesional skit..

6- Pada yang terasa tu, memang patut la terasa.. ubah la sikap tu ye.. jangan jadik budak budak.. Dewasa la skit..

7- apa perasaan jika hampa berada di tempat aku? blog neh aku cuba hasilkan lain dari orang lain.. Membaca di sini dalam keadaan jiwa jiwa.. Cuba untuk menghasilkan yang terbaik.. Menulis mengenai soal luahan rasa perasaan.. Soal erti kebahagiaan dan cinta.. Sedang aku pun tak berapa nak paham.. Belasah aja.. hehe

Sekian dari aku.. Mood tengah sakit hati apabila melihat beberapa blog blog dan page page di facebook menciplak nukilan luahan rasa aku tanpa letak share / sumber / link dari mana.. sedih.. Dalam hati ada bunga bunga raya

*Lembu punya susu, sapi dapat nama? tpi aku bukan lembu...




Wednesday, May 4, 2011

Bahagia yang di cari tapi belum ketemu




Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..

Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah gulana.. Tidak tentu arah dan hilang punca.. Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai rasa berbelah bagi di dalam melakukan sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kena.. Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kena pada tempatnya..

Kadang juga cinta memberi kita satu kekuatan yang luar biasa.. Jika dulu kita seorang yang penakut dan tidak berani.. Tapi dalam asyiknya cinta, kita menjadi seseorang yang bukan kita yang dulu.. Kuat dan tabah menghadapi rintangan.. Seorang yang kental semangatnya.. Berani membuat sesuatu perkara seolah menjadi hero kampung atau sebagainya..

Dan bila terputusnya rasa cinta itu, kadang membawa kita satu azab yang berlarutan.. Menjadi satu keadaan yang tidak tenteram dan takut dalam menghadapi sesuatu kemungkinan yang ada.. Menjadi satu kekecewaan yang berlarutan dan menyebabkan sesal yang tak sudah..

Begitu dasyat dengan rasa cinta yang hadir.. Mampu membawa perwatakan yang pelbagai kepada kita, insan yang selalu dambakan cinta..

Seharusnya kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada cinta.. Menjadi begitu taksub dan dambakan kepada rohaninya cinta sesama insan.. Kerana hadir rasa cinta itu bersebab.. Datangnya rasa cinta itu dengan izinNya.. Dan kadang kita akan terus menyalahkan keadaan mengapa dan kenapa terjadi sedemikian pada kita.. Sedangkan matlamat dalam percintaan bukannya berakhir dengan kekecewaan namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik pada hambaNya..

Dan janganlah kita menjadi satu bangsa yang kolot dan tidak mempunyai akal yang panjang.. Kebahagiaan kita bukannya terletak pada si dia, insan yang menghancurkan kita.. Atau pada si dia, insan yang tidak menerima cinta kita.. Kerana cinta itu tidak buta.. Tapi yang butanya mata kita dan hati yang selalu inginkan satu impian dan angan angan yang tak sudah sudah..

Mengapa kita perlukan cinta? Kerana itulah naluri kita ingin kasih dan sayang sesama insan lain.. Bagaimana akan terjadi jika cinta tidak lagi bermakna pada kita? Kerana sering kita salah dalam menilai sesuatu hubungan yang kita kadang rasakan jika si dia kita miliki maka kita akan bahagia.. Siapa si dia sedangkan jodoh itu tiada pada kamu? Seharusnya kita paham, jika si dia tidak bersama kita, tidak semestinya kita tidak layak memiliki bahagia.. Kerana bahagia kita bukan hanya terletak pada cinta yang kita dambakan.. Kadang bahagia kita pabila kita masih lagi mengukir senyuman yang ikhlas dan berkata bahagia walaupun si dia bukan milik kita.. Kerana bahagia kita tidak semestinya bersama si dia..

Jauh lagi kita masih terkenang pada satu raut wajah yang dulu pernah mengetarkan jiwa, yang satu masa dulu pernah membuatkan hati kita lemah dan menangis pada rindu yang dalam.. Dan kita masih lagi mengharap semua yang berlalu cuma sepotong mimpi ngeri.. Sedangkan pada hakikatnya masih kita tidak dapat menerima satu kenyataan yang telah tersirat.. Dan tersuratnya, bahagianya dalam bercinta itu melepaskan cinta yang berlalu pergi dengan kerelaan dan berdoa kebahagiaan masing masing..



Sunday, May 1, 2011

Cinta datang dan pergi



Cinta itu amat luas pengertiannya..

Ada yang masih mengharap pada datangnya cahaya menerangi kegelapan.. Dalam mencari satu wajah yang tenang di balik satu kesungguhan kelamnya kalut hati.. Masih ada lagi rasa yang hadir.. Masih ada lagi yang sudi bertemankan kasih..

Cinta itu juga memberi satu keazaman jiwa yang utuh.. Memberi kuatnya langkah yang dititipnya.. Satu demi satu jalan yang berliku menjadi arah.. Perginya seakan satu dunia yang tahu.. Hilangnya hanya menanti rebah.. Dan selalu saja kita tewas kerana selalu salah dalam menilai kuatnya jiwa yang sering dirasakan cinta itu ada..

Kadang cinta itu perlu ada diamnya kerana kala menyatakan perit lagi menerima kenyataan.. Bukan semua cinta yang hadir perlu diperjuangkan dan disuarakan.. Kita punya hati dan rasa pada sesuatu yang mungkin bukan milik kita.. Dan diam itu kadang lebih memberi kekuatan pada hati yang dirasakan kecewa..

Kadang simpan saja rasa yang kuat mencengkam erat dalam dakap dada amat pedih dan sakit.. Menyembunyikan satu rasa cinta yang dulunya kita yakin itulah sejati memerlukan kekuatan dan semangat yang kuat.. Pergi dan berlalu satu detik masa itu tidak akan kembali lagi.. Biarpun punya ada kesempatan namun hanya lirikan mata yang menemani..

Adakah cinta itu perlu dimiliki dan disanjungi? Bagiku cinta itu janganlah diagungkan.. Cinta sesama manusia tidaklah memberi satu hakikat diri yang sebenar.. Dan sering kita tewas dalam bergelut mencari erti kebahagiaan dalam bercinta.. Pergi cinta itu.. Datang yang baru.. Pergi jua cinta.. Datang yang baru lagi.. Cinta itu cuma datang dan pergi dalam hidup kita..

Cinta itu bukanlah kata kata yang selalu diungkap pada manisnya mulut berbicara.. Dalam memujuk rayu pada insan yang selalunya tewas dalam bisikkan rayu.. Kata cinta bukan dinilai bertapa sejuknya di dengar pada ungkapan yang lantang.. Dan cinta itu amat besar pengertiannya...

Cinta juga bukan hanya dizahirkan pada tingkah laku seseorang saja.. Lebih pada hanya satu lakonan yang kadang di salah erti..

Dan cinta itu ada pada setiap jiwa yang masih mempunyai hati.. Di dalam jauh masih tersimpan kuat di dalam akal yang masih kita selalu nafikan.. Cinta itu ada pada kita dan kita sendiri saja yang tahu di mana ertinya..


... Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada ...



Sedikit coretan ~

Salam..

Agak lama aku tidak membuat entry baru pada blog ni..mungkin dah terlepas 3 4 hari.. Di sebabkan sibuk kesana sini dengan urusan perkahwinan abang aku.. Abang aku dah kahwin? Alhamdulillah.. Akhirnya dia menamatkan zaman bujangnya 31 tahun umurnya.. Aku pula? hehe.. Aku bakal menjadi ayah pada June ni InsyaAllah..

Aku bukan sapa sapa bagimu.. Cuma aku menjadi minatku untuk dalam dunia maya ini.. Dalam menulis sesuatu yang kurasakan satu kepuasaan bagi diriku..

Masih baru lagi aku di dalam dunia blog.. Dan ini adalah blog yang pertama aku.. Sebelum ini tidak pernah wujud blog kecuali ini saja milikku.. Dan aku juga bukan orang yang pakar dalam cerita cerita blog..

Mengapa tema jiwa? Kerana aku ingin mengenal erti kehidupan? Maksudnya? Aku cuba sampaikan apa yang aku ingin luahan.. Dan mungkin ini caraku dalam erti meluahkan sesuatu?

Dan aku menulis bukan kerana nama.. Kalau aku menulis untuk nama.. Pasti aku letakkan profile sebenar aku.. Nama penuh aku dan gambar aku..

Dan aku menulis bukan kerana duit.. Jika kerana duit.. Aku rasa kerja aku sekarang dah cukup makan minum kami sekeluarga.. Sesambil buat blog, just selit iklan nuffnang, brapa la yang dapat kan.. tak banyak pun..

Aku bukan pakar motivasi.. Ya.. memang jauh beza.. selalu mendapat msg di dalam inbox facebook.. Dan juga email.. Dan juga komen komen di entry.. Aku bukan Dr phill ok.. Kalau aku boleh bantu, insyaAllah aku utarakan..

Aku juga bukan pakar dalam soal hati dan perasaan manusia.. Aku juga banyak kelemahan dan kesilapan.. Kadang pendapat aku salah.. Mungkin aku menulis kerana mengikut hawa nafsuku sendiri menyedapkan cerita..

Sekian, terima kasih.. huhu...