Thursday, April 14, 2011

Tanda Lelaki Sayang kita...


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Aku da terjumpa dekat satu note.. Sumber sukanya aku baca.. Aku pernah tulis pasai neh dan ayat ayat pun ada yang serupa.. kebetulan ke post dia? neh entry aku Dan Kerana Nilai Air Mata Itu



Comments
46 Comments

46 Orang Yang Prihatin:

Far8 budak baik said...

sokong sgt..mcm kwn aku ni haaa..
psl nye psl..berubah..selalu je topup..haha

Anonymous said...

bkn stakat ke jinjang pelamin bru berbaloi..tp hingga ke akhir hayat,.

Numasara Hana said...

hidup bersama sampai ke tua... :)

crazycrispy said...

aq rasa aq dh jumpa...tp kn kami selalu gaduh dan putus...kdg2 fikir gak betul ke dia untuk aq????????????

Anonymous said...

bercinta biarlah spai ke syurga....

Anonymous said...

ak rsa...ap yg trtulis ni,x ubh mcm ap yg 'dia' buat kt ak... :( knp slma ni ak slalu buat dia trluka... :( kejamnya ak....!

NinaKarina Binti Rawks'Bebehh said...

:: aduii bae ... npa lha aku jd mcm ine ..
ceans nahh dea ..

MuSiF said...

Alangkah untungnya kalo c dia sedar akan kesungguhan ku..

Qaseh Qistina said...

bertuahnya perempuan tu kalau dapat laki yg sayang die sepenuh hati. tp bukan senang nk jumpa laki macam tu kn...? emm...

lover_heart said...

saya dah jmp . .orang tu , ,:) hepy cgt ., .

iQa's said...

sy da jmpe org tu... tp sy takut utk mmpercayai bhwa dia mungkin utk sy...

fatin said...

adekah lelaki tu syg kte apabila hbungan ny di rahsia kn dri fmly nye

cool said...

nice..^_^

LuLa- said...

semua yang di atas tu benar... lelaki tersebut pernah melakukan semua tu tapi, kenapa hubungan kami tetap beakhir atas permintaannya??

Libas said...

andainye die tahu bertapa sygnye aq kat die...

Akma ~ said...

i like it!!

ratu hizy ~ said...

patotla dia slalu tanya..sayang sya lagi x?? kdg2 nek rimas...balik2 tanya soklan sama jer...but now i know..he realy luv me..

Falling . said...

npe lah slame ni sy x sdar...

thk ye .

diEyLa said...

sangat setuju dengan entry ni . sangat2 kena dgn diri saya dan dia . dia sanggup buat ape je untuk sy . sekarang ni bru rs bersyukur sgt sbb dpt dia . hope sgt dpt pengakhiran hbgn yg baik ngn dia . takkan mungkin jumpa yang lain mcm dia . =)

CheguZam said...

mcm terlalu banyak berfantasi. kalau nak kenal tanya lah. tak baik kata di belakang

http://cheguzam.blogspot.com

jiha92 said...

btol...tp last2 dia pilih pompuan lain...sedangkan kita bnyak buatkn bnda positif tok dye..=(

Anonymous said...

law chaa..chaa punye la setia..tpie dy lak lain..ssh nk fhm..kitowg dh clash tp dy cm still bgi hrapan auw..ade bg hdiah..mcm2 la..pening nk fhm..so law yg nie cmne lak?

ErMeE AhmAd said...

dulu pnh mcm nie..tp skrg??xmcm nie dah...hrmmmm...

SwEetForEst said...

rse nye sweet pon da jmpe lelaki cm dlm entri tu..tp sweet tkot nk percye..sbb da pnah kena tipu ngan lelaki..dia slalu ckp xsume lelaki same..tp susah nak cye lg..tp sweet akn cbe..cbe terime die seadanya..

^___^

SYAZMIATIQAH said...

mmm....sama la tapi aq punya dier lebih mementingkan kwn cam mne lak???

Cik Nadiah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

nice fact.....

Perfect_rythm said...

alangkah indah kalau SI DIA paham aq sebegini...kadang2 pikir sesetengah pompuan masa kini xreti menghargai hati seorang lelaki...hurmmm....sabar ja lar.. :(

Anonymous said...

tapi an nape susah sgt dy nk paham????
kalau lah kata dy just nk test aku....
sampai bile???erm....xdew pompuan perlukan...
ble dah ade dy plak permainkan aku...
erm...bnd2 yg susah nk di fikirkan...

Anonymous said...

@Anonymous cuba lah menghargai dia...jgn la luka kan hati dia...smpai bile nk wat mcm 2...perlu ker wat kt org yg dah syg an kite???

//cubetrytesttgk\\

Anonymous said...

@Perfect_rythm mmg...alangkah indah dunia klu dy dpt hargai kita n paham kita mcm mana...paling pnting dy syg an kita n jujur ngn kita dah ckup...

//cubetrytesttgk\\

Unknown said...

mohon share boleh???nice entry...ia btul2 ader pada pasangan sy...

Anonymous said...

my ex ada ciri2 smua yg di atas tp sygnya dia curang.. :(

Anonymous said...

tandanya no hp 5-6 tahun pn blh di simpan,walau da x ada digunakan by xavi

adda said...

persaan lelaki susah untuk diduga

Anonymous said...

yang ditulis di atas sama sapertu perjalanan hubungan kami . tetapi dia mula berubah sikap semenjak mengenali orang lain .

zulaiqah said...

urm sy p0n da jmpe tp sy yg skit kn aty dia tp msih ttp tnggu sy....

daxx fia said...

menarik....tp sy dapat boy...mmg ktaowg bru jew couple..yg pelik nyee..msa mule2 couple die sntiasa kol n msej..tp sejak sy brtaw yg ex sy kacau sy...dia dah xde kol n msej..ble sy kol de msalah..die ckp xde..pas2 slalu kate bz jew...tu tanda die syg kat sy agi ke x ekk..???leh jwb x..plzzz....

alya_madu said...

klu die wat sume tuh...tp pd mse yg sme..die gak adw org len..cmne??btol ke die cinte sye???

Anonymous said...

ehehe....sme cam dye bwat kat ak..cyg sgt2 kat dye..:P

Anonymous said...

Beruntungnya aku dapat lelaki macam tu. Ya, dia selalu tanya, 'hang sayang aku tak?'..kadang2 tu marah pun ada. Aku ni bukannya jenis yg suka ulang menyebut sesuatu yang 'memerahkan mukaku'...tapi...aku sayangkan hang.

Anonymous said...

alhamdulillah..setelah hampir 6 thn b'cinta dgn penuh dugaan, smpi waktu utk kami d satukn..mmg dia sorg yg "baru" biler d saat kasih kami bersemi..n totally yg d tulis d atas, itu lh dia..ternyata, dia mmg jodoh terbaik utk ku..insyaallah..

alinsharif said...

sume ciri2 da de kt atas tuuu...
tp syg.. xde jodoh. tp sedikit s'byk msih b'harap dpt b'sme..hmm

AZRI said...

Lelaki Kacak takkan pernah sia-siakan cinta mereka terhadap seseorang wanita

**u_nie~~~ said...

have meet guy like this tpi dia xpnah pon nk ckap sumthng yg sweet like nk seriuos... until now still kwan jer...huu~ apa nk wat???

Unknown said...

Wah...seronoknya ada orang suka kita camtu....Insya-Allah,satu ari...saya pOn nak seorang lelaki...yang sentiasa sayang pada saya...