Wednesday, August 24, 2011

Jiwa Yang Keliru


.... gambar sekadar hiasan

Hidup kita punyai pilihan.. Dan pilihan itu kadang menyakitkan dan menyesakkan.. Kita pilih untuk memberi dan menerima.. Kita di beri pelbagal alasan untuk menepis dan menolak.. Seolah kita di dalam keliru yang seakan menguji di mana letaknya soal kepimpinan di dalam diri..

Hidup kita, dunia kita.. Tapi kita masih keliru

Kita sering saja keliru dalam memilih jalan hidup yang boleh membahagiakan diri sendiri.. Kita sering keliru dengan tanggungjawap..



Antara kebenaran dan kepalsuan..
Antara keseronokan dan kebahagiaan..
Antara hak dan tanggungjawab..
Antara kemewahan dan kecukupan..

Dan nilai nilai dalam mengenal hati serta berbagai kekeliruan yang memberi kita kesedaran di dalam kepalsuan..

Sedangkan kesemuanya itu terlalu berbeza.. Terlalu banyak perbezaan..
Seperti kegelapan dan cahaya..
Seperti bergerak dan diam..
Dan perbezaan yang tidak pernah ada pertembungan..

Mana datangnya kekeliruaan.. Mana wujudnya kesinambungan di antara perasaan kekeliruan.. Jadi dari manakah datangnya segala kekeliruan ini?

Mungkin kita terlalu sibuk untuk duduk dan merenung seketika jalan mana yang perlu kita pilih.. Atau mungkin kita sengaja menyibukkan diri untuk sesuatu.. Apa yang sebenarnya kita sibukkan?

Bukankah semua kita mencari cahaya kebahagiaan namun kenapa kegelapan yang datang menyelubungi kita? Bukankah kita mencari kebenaran tapi kenapa kepalsuan pula yang menguasai diri kita dan menentukan gerak laku kita ?

Mungkinkah kita kehilangan panduan untuk mendapatkan itu semua? Panduan yang benar-benar dapat memimpin kita kepada apa yang sebenarnya kita cari.. Sememangnya kita adalah makhluk yang unik dan kompleks.. Sukar untuk kita memahami walaupun diri kita sendiri..

Kita masih di dalam angan yang panjang dan terlalu asyik dengan perasaan yang terdedah dengan luka.. Kita lupa dan mengaku saja kita telah kehilangan arah.. Ke mana kita pergi, sejauh mana kita berada.. Kita tetap begini, punyai pertimbangan untuk di lihat.. 



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

..ika itu aku.. said...

walau ap pun, pilihan pd tgn kita sendiri n kita bertggugjwb pd plhn yg kita buat..
tul x anGah??

smlm tu ika saje je pggil anGah..
dtg sni cari mood..
tak sgka lak anGah dtg melawat.. =P

anGah said...

@..ika itu aku.. alahai.. selalu melawat sape y komen.. huhu.. seyes..

evagurl (podshop) said...

dah banyak kali tersilap buat pilihan :(

..ika itu aku.. said...

@anGah
huhu dlu jd silent reader je, skrg suke nyibuk sni..=P

seyes..
apakah??

anGah said...

@evagurl (podshop) pilihan mematangkan pemikiran kita utk membuat pilihan ke depan

cucu tun teja said...

kadangkala manusia mudah dikuasai perasaan tamak dalam mebuat pilihan, akhirnya datanglah padah pada diri sendiri

aiNa MardHiaH said...

selalu keliru antara kehendak atau kebahagiaan. :(

Anonymous said...

Hoho..hoholickz minuman yg paling tepat untk en. Ismar halil by aiman