Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan Bila Teman Ingin Di Jadikan Kekasih

Jika laut itu aku, biarlah kamu menjadi pantainya kerana ombak itu adalah rasa rinduku yang membuak buak pada setiap akan dirimu..



Entry ini adalah entry sambungan dari Bila Teman Ingin Di Jadikan Kekasih.. Di harap dapat membaca entry tersebut untuk mengetahui kesinambungannya..

Di antara kelebihan yang ada jika seseorang teman yang rapat pada kamu, dan apabila terdetik hati kamu satu rasa cinta akan tetapi kamu rasakan amat sukar untuk membuang rasa tersebut.. Di sinilah kita dapat mengenal apa kelebihan yang ada jika rasa itu berterusan..

Kamu akan menyukai segala perlakuannya dan keperibadiannya.. Setelah bertahun lamanya mengenali hati budi, kamu senang dan selesa berdampingan dan amat terasa dekat pada sisinya..

Dan bila perasaan itu di dalam membuak buak, kamu akan sentiasa bersama sama dengannya walau di mana tikanya.. Di saat dia memerlukan kamu, pasti kamu akan pantas berada di sampingnya.. Di saat dia inginkan sesuatu, pasti kamu berusaha untuk memenuhi permintaannya.. Kerana dia bukan sahabat lagi di hatimu tapi seseorang yang amat bermakna padamu..

Kamu juga tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari..

Kamu tahu di sebalik raut wajahnya apa perasaannya tika itu.. Mungkin tekaan kamu berdasarkan pandangan matanya benar.. Kerana kamu sudah lama bersama sama dengannya.. Kamu dapat mengesan cara bahasa tubuhnya..

Kamu sanggup lakukan apa saja untuknya.. Kamu akan terus bersama di dalam muram dan juga gembira.. Kerana kamu telah melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu..

Sifat ingin tahu tentang segala hal mengenai dirinya semakin lama semakin kuat.. Kamu akan selalu mengingati apa yang di bualkan.. Dan apa yang kamu dan dia bincangkan.. Dan kebanyakkan kata kata yang di tuturnya pasti kamu akan ingat walau kadang hanya remeh dan tidak penting baginya.. Tapi bagimu adalah amat bermakna..

Kamu akan menerima kekurangan pada dirinya.. Kerana kamu tidak kekurangan yang ada itu adalah beban pada kamu sebaliknya menjadi satu tanggungjawap secara tidak langsung pada kamu untuk memperbaiki dirinya supaya menjadi yang terbaik..

Kamu tidak mencari kesempurnaan yang ada pada dia.. Sebaliknya kamu inginkan sempurna pada kehidupan kamu dan dia di dalam mencari di makna ertinya satu kesempurnaan.. Kerana bagi kamu tika di lambung perasaan cinta itu, adanya dia di sisi sudah cukup sempurna untuk kamu..

Kelebihan pada satu perasaan cinta pada seorang sahabat dan inginkan satu perhubungan yang lebih dari sekadar sahabat itu terlalu meluas dan banyak.. Ini adalah sedikit contoh yang dapat aku huraikan..

Sekadar peringatan, pendapat dan pandangan adalah hanya bersifat peribadi.. Mohon agar menilai terlebih dahulu akan kebenaran dan pendapatku.. Entry seterusnya akan cuba aku kupas di mana salahnya dan silapnya pada perasaan cinta yang ada pada seorang teman yang rapat jika ingin diteruskan..





Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

Iffah Afeefah said...

yang penting hati

kalau dah suka

apa slhnye

reenapple said...

hurm... setuju... tapi ada gak kelemahan.. tak sabar nak tunggu yang tue...

KhaiRin said...

tanya hati..soal akal fikiran di situakn ketemui jawapan nyer..

aima mazlan said...

mule2 kwn baik,pastu adik n abg angkat, now dah jadi couple :)

anGah said...

@reenapple nt la.. tak bekesempatan nak buat.. agak bz

jaY said...

nak tahu sgt ttg KEBURUKAN-KEKURANGAN nya.tq

anGah said...

@jaY adeh... terlupa la nak update tentang kekurangan dn keburukkan.. agk bz.. nt sy cuba buat eh.. huhu thanks remind