Tuesday, November 29, 2011

Jika Berani Untuk Bercinta, Berani Jua Untuk Menikahi

...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Sebuah perkahwinan yang mengikut syariat Islam di dalam kita mencari ketetapan tuntutan batin di dalam mencari keredhaanNya adalah merupakan suatu ujian pada kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.. Kita mencari dan menanti suatu perkara yang kita sendiri tidak dapat menjelaskan hanya pada coretan dalam bentuk penulisan.. 



Sunday, November 27, 2011

Gelora Cinta Di Pendamkan

Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? Dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita?


Perasaan cinta yang hadir pada kita adalah satu anugerah yang tak ternilai kerana cinta adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata kata.. Ianya mungkin memberi seribu erti pada seseorang jika cinta yang hadir itu ada bahagianya..



Tentang Rindu Yang Hadir

Merindui seseorang yang punyai kasih bersemi kuat di dalam dakap dada kadang membuatkan kita serba tidak kena.. Fikiran kita melayang jauh dan kerja seharian kita asyik saja terbatas.. Atas alasan merindui, kadang kita termenung panjang mengenangkan nasib berjauhan..

Jarak itu ada antara kita, aku dan dia yang semakin jauh.. Jauh dan semakin hilang akan jasa pada hakikat diri yang sebenarnya kisah kisah itu telah pun hanyut.. Kita semakin kelam dan gelap di dalam samar kehidupan..



Wednesday, November 23, 2011

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT

Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan.



Monday, November 21, 2011

Dan Jika Kamu Tidak Memiliki Apa Yang Kamu Sukai,

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan..

Kita belajar untuk menghargai orang lain tika kita di hilang di bawa arus jiwa yang lara.. Dan pergi jauh sejauhnya di dalam mencari identiti diri.. Kita terus hanyut dan lupa akan tanggungjawap yang sepatutnya kita laksanakan.. Lemas di dalam keasyikan gelora cinta yang semakin menjauh pada satu kebenaran..



Saturday, November 19, 2011

kita Terus Mencari Mana Salahnya

Cinta itu kadang membuatkan kita lupa asal diri kita.. Tapi sebenarnya bukannya kesalahan cinta yang membiarkan diri kita hanyut tapi diri kita sendiri yang membawa perwatakan membiarkan nafsu menguasai fikiran..

Kehidupan ini kadang kita rasakan tidak adil pada kita.. Kadang kita rasakan apa yang terjadi pada perjalanan kehidupan ini amat menyesakkan dada hinggakan saban hari kita mengeluh panjang mengapa hal ini terjadi.. Merasakan amat susah di dalam membuat keputusan setiap pilihan yang ada..



Friday, November 18, 2011

Atas Nama Cinta, Kita Sering Salahkan Takdir

Jauh itu antara kita sering ada cerita.. Cerita kisah cinta selalu asyik dilamun gelora asmara.. Mencari dan menanti dimana jodoh yang tidak kunjung tiba.. Jauh dihimpit jarak akan sesuatu yang masih kabur.. Di mana nilai cinta semakin pudar


Kadang diri terasa satu bebanan yang berat dalam melangkah kedepan.. Dan jiwa semakin terasa kosongnya di dalam dan selalu saja bertemankan sunyi walau pada hakikatnya kita tidak keseorangan..



Telah Berpisah Satu Kisah Cinta

Satu kisah cerita cinta yang hangat dan mekar di antara dua hati.. Pasangan yang begitu akrab dan punyai cinta di hati walau pelbagai dugaan dan halangan, mereka tetap utuh bersama.. Merasakan begitu dekat dan hampir walau gelora jiwa yang di lalui, masalah perhubungan yang dihadapi, pasti di selesaikan bersama sama..

Bertemu kita antara aku dan kamu adalah hanya mengajar aku erti cinta.. Kita bersama sama, dan memberi aku nilai dalam erti kasih dan sayang.. Namun setelah sekian lama kita bersama sama.. Kita berpisah bukan kerana orang ketiga.. Kita berpisah bukan kerana tiada restu akan orang tua.. Kita berpisah bukan kerana cinta itu telah pudar.. Berpisah kita cuma mati..



Monday, November 14, 2011

Menangislah Wahai Diri, Agar Senyumanmu Banyak di Kemudian Hari

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..

Telah berlalu sedetik waktu di mana masa yang telah pergi itu tak mungkin akan berulang kembali.. telah pergi jua akan sesuatu, akan perkara yang telah di lalui mana mungkin akan sama kembali lagi.. Dan pada masa kini, pada saat ini diri kita masih lagi memeluk tubuh seolah yakin dan pasti masa yang telah pergi itu.. Masa yang telah berlalu itu akan kembali lagi..



Saturday, November 12, 2011

Dari http://www.sentuhan-maya.blogspot.com ke http://www.sentuhanmaya.com



Assalamualaikum..

Pertama sekali, saya mohon kemaafaan kerana agak lama tidak membuat sebarang entry terbaru sejak dari 3 nov rasanya..

Setelah bercuti panjang pada Hari Raya Aidil Adha, kemudian saya agak sibuk dengan kerja kerja pejabat hinggakan tidak terurus masa untuk melihat kelibat blog jiwa jiwa ini..



Friday, November 4, 2011

Kerana bila kamu sudah pergi, kata-kata itu tidak ada erti lagi




Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu dalam mencintaimu.. Kerana aku takut, jika satu hari nanti kamu sudah tiada di sisiku.. Pasti aku kan selalu kecewa dan terluka..


Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu berharap.. Kerana jika suatu hari nanti, tiada jodoh pada hubungan cinta kita.. Pasti aku akan selalu derita.. Pasti aku akan terasa kehilangan..

Kerana aku takut aku kehilanganmu, pasti keadaan itu membuat aku menangis.. Pasti akan airmataku tiada henti mengalir.. Walau mampu sembunyikan kesedihan itu, hatiku pasti akan selalu jua menangis..



Thursday, November 3, 2011

Kasih, Andai Kamu Mengerti


Duhai kasih, pahamilah gerak gayaku.. Pandanglah padaku.. Lihatlah ke dalam mataku.. Hingga ketemui sinar lirikan.. Dan mengertilah.. Pahamilah.. Ada cinta di dalam jiwaku.. Ada cinta yang tersekat sekat.. Kerana aku tidak lagi mampu luahkan..

Pernahkah merasakan satu keadaan yang amat menghimpit rasa tika berhadapan dengan orang yang kita sayangi.. Dan mungkin cinta itu juga bersemi bersama sama.. Melihat tawanya.. Melihat senyumannya.. Memandang lirikan matanya.. Indah.. Di dalam gelora jiwa..

Sungguh aku telah kehilangan kata kata.. Mengzahirkan apa itu batinku.. Aku ingin berputus asa.. Tapi aku tidak mahu duniaku tanpa ada kamu..



Tuesday, November 1, 2011

Kita Keliru Apa Rasa Hati

Bertapa indahnya nikmat sepi itu jika bersulam cinta pada yang satu..

Kita bertemu di dalam waktu yang amat sukar.. Pertemuan kita mungkin adalah pada masa yang salah.. Kerana pada tika pertemuan kita.. Ada dia di antara kita.. Ada insan lain yang lebih awal dari aku.. Ada insan lain yang sedang berkasih dan sayang antara kamu dan dia.. Sedangkan aku cuma watak ketiga..

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..