Thursday, June 30, 2011

Selamat datang puteri belum bernama

Assalamualaikum.. Selamat pagi :)

Selamat ku ucap datang duhai buah hati.. Selamat ku ucapkan dengan senyuman mesra bersama kasih yang bersemi..

Tiada yang buat mengembirakan di saat ini tika semuanya selamat.. Alhamdulillah ku syukur atas limpahanNya.. Semoga diberkati dan dirahmati kita semua, hendakNya..

Puteri sulung datang ke keluarga kecil kami berdua.. Cucu sulung buat keluarga besar aku.. Kesihatan ibu alhamdulillah.. Kesihatan puteri yang belum bernama lagi, juga sihat.. Walau belum lagi aku puas tatap wajahnya.. Walau belum lagi si ibu lihat raut wajahnya.. Walau belum lagi ku dengar tangisannya.. Masih di dalam jagaan pihak hospital..

Peristiwa:
9pagi check in PMC
11.00 mlm labour room
5.00 pagi bilik operation..
5.50 pagi, kedengaran suara tangisan pertama darinya..
6.20 qamat dan tatap wajah dapat kulihat..
830 pagi si ibu sedar dari bius..

Belum lagi aku tahu apa panggilan dari puteri.. Adakah bapa? Ayah? Abah? Papa?
Si ibu? Mama ? Mak? Nanti la aku fikirkan.. Sedangkan namanya belum ada lagi..

Entry ini di update tika si ibu masih di dalam mimpi.. Antara sedar dan tak sedar.. Aku masih lagi memandang dengan penuh kasih wajah si ibu.. Terimah kasih sayang.. Menggunakan hphone .. Mengantuk 2 malam tidak tidur.. Kenyang dan rokok masih ada.. Huhu
Maaf entry bukan berkisah tentang jiwa jiwa.. Tapi luahan hati aku, hari pertama menjadi bapa.. Kisah jiwaku, menulis cerita ini tanpa si isteroku tahu aku ada blog..



Sakitnya hanya dia yang merasa


Hati sekali lagi memandang sayu pada satu wajah.. Pandangan aku kian tajam mencari sinar matanya.. Aku tahu dia sedang menahan kesakitan.. Keperitan yang aku sendiri tidak dapat bayangkan..

Duhai kasihku, bersabarlah.. Kan ku genggam erat tanganku, berkata sesuatu agar dapat tenang jiwamu.. Walau ucapku tiada hilang sakit yang dirasa, namun harapku dirimu masih punya ada aku senantiasa ada di sisimu..

Menanti satu detik, menahan kesakitan berpanjang.. Menunggu sekian lama.. Pasti akan tiba saat itu, insyaAllah.. Aku hanya mampu mendoakan semuanya selamat.. Bersabar sayang..

*masih berada di PMC, dh masuk Labour Room 1 1/2 yang lalu.. Seharian di sini.. Sungguh aku rasa amat kasihan.. Tapi bagaimana lagi aku harus nyatakan..



Wednesday, June 29, 2011

Cinta - diluah atau dipendam?

Cintailah diri sendiri dahulu sebelum kamu mencintai orang lain.. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, belajarlah untuk memahami apa erti cinta yang hadir di antara dua jiwa ini.. Adakah kita mahu dicintai dengan orang yang kita rasakan cinta itu di balas? Dan jika niat di hati cumalah untuk nafsu semata mata.. Pendamkanlah saja.. 

Cinta yang dirasakan dalam hati hadir tanpa dipaksa atau diminta.. Bila adanya rasa yang membara, semailah dengan kasih sayang yang jujur dan ikhlas.. Jika mahu bercinta, bersedialah jua untuk merasai luka..

Bila cinta itu telah mekar, luahkan saja rasa indah itu.. Akan tetapi perlu sedikit usaha untuk mengkaji sejauh mana apa rasa si dia, ambil sedikit rujukan dan pandangan apa tindakan yang perlu.. 

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.. Kadang cinta itu pedih bila, kita hanya tepuk sebelah tangan.. Ya, memang sakit dan perit.. Seolah dunia tidak adil pada kita..

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.. Dan kadang cinta di dalam diam lebih baik dan bertindak lebih adil pada kita.. Kerana menyintai tidak seharusnya memiliki.. Kadang cinta tidak diluahkan, perit tidak sedalam luka ditolak.. Namun siksa mendiam diri juga ada sesalan yang ditanggung..

Tapi bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai.. Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu.. Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu..

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian.. Tapi.. Percayalah pada diri.. Selalunya cinta yang kita berikan seadanya takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

*entry ini agak tidak fokus pada satu persoalan, cinta dalam diam atau dalam mencari kekuatan meluahkan rasa cinta.. InsyaAllah, bila aku balik shah alam aku kupas satu persatu.. Di dalam mood gelisah dan berdebar.. Cuma guna hpone dan tidur tak lena.. Berdebar untuk hantar my wife, masuk PMC.. Menanti anak sulung.. Moga semuanya selamat..



Saturday, June 25, 2011

Kadang kita salah dalam menyelami apa kata hati

Kadang hati kita selalu diduga dengan rasa berbelah bagi, menjadi serba salah mencari sesuatu keputusan.. Kerana kita takut akan kesan di atas pilihan yang ada.. Merasakan jalan persinggahan di setiap suratan itu masih ada terselit tersirat satu kenangan.. Merasakan masih ada rasa yang tertangguh dalam mencoretkan impian..

Kadang hati kita ingin keseorangan dalam menjejak mimpi yang hilang, tapi kita takut dalam merasakan sunyinya melalui jiwa yang sepi.. Ingin membelai jiwa yang dalam derita, memujuk hati mencipta imaginasi yang kita rasa kita kuat sedangkan sebenarnya kita lemah.. Dalam memujuk diri sendiri, keseorangan itu bahagia tapi sebenarnya kita tidak lagi mampu menipu hati kerana hati ini tidak mudah untuk pulih..

Kadang hati kita amat rindukan satu tatap wajah lalu yang pernah bahagiakan jiwa, tapi setenang mana hati itu bilaasih lagi merasakan kehilangan? Dan jika ada takdirnya, bertemu kembali wajah itu, kita tetap sama punyai luka yang masih berparut.. Dan cerita itu masih jua sakit walau tiada lagi peritnya..

Kadang hati kita rasakan amat dekat pada seseorang, tapi sebenarnya dirinya semakin menjauh dalam satu kisah cerita yang kita tidak tahu.. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar, tapi hatinya tiada ruang untuk kita selami..

*selamat bercuti aku ucaPkan utk diri sendiri, mungkin seminggu di kampung.. Cuba test buat entry guna hpone.. Muahaha



Friday, June 24, 2011

Segmen Penyair Senja - Andai itu yang terbaik



Menyertai Segmen seorang sahabat Sang Penyair Senja..

Sebenarnya tak berapa nak paham apa yang dia minta.. Sorry la ye.. muahaha.. Tapi angah join gak sebab mcm menarik kan.. Untuk pengetahuan, Penyair Senja ni seorang yang berjiwa jiwa puitis, bahasa yang di lakarnya amat tinggi dan punyai maksud mendalam.. Beliau juga punyai beberapa fan page di Facebook yang popular.. Sila rujuk ke blog beliau..


Andai itu yang terbaik

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah

Kadang kadang kesakitan sangat tidak tertahan dan amat dalam memaksa berpura pura mempamerkan satu wajah riang dan senyuman yang seolah ikhlas untuk menyembunyikan perasaan yang pedih dan hancur.. Siapalah yang tahu isi hati yang dilanda kekecewaan.. Namun semua itu hanylah sementara dan mainan perasaan.. Dan biarlah masa yang menghukumnya



Thursday, June 23, 2011

Menyintai tidak semestinya memiliki

...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..

Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..




Entry sampah tapi nak orang baca?


Assalamualaikum..

Tergerak di hati aku, membuat satu entry mengenai blog.. Untuk makluman, sehingga kini aku dengan dunia blog baru melewati 3 bulan - first entry 16hb March 2011.. Kira budak yang masih mentah lagi.. Belum tumbuh gigi lagi.. Ya, aku baru dalam dunia alam maya ini.. Dan di dalam menempuh hari hari ini, pelbagal ragam aku jumpa di sini..

I Follow U, U Follow I
Perghh... Dasyaaatt.. Kan kan.. Nak follow orang pun kena cakap ke? Nak follow orang pun bersyarat ke? Bila dah follow tu, nape perlu bagitau? Sebab nak tuan punya blog follow balik? Ada yang lagi teruk.. Dia tak follow pun, tapi cakap follow.. huhu.. Dan ada lagi teruk teruk lagi, dia follow then tunggu beberapa lama unfollow balik.. Dasyaaattt.. Ikhlas sikit bro.. Kita tidak dapat memaksa orang untuk menjadi follower kita.. Kalau blog kita best.. Entry kita menarik minat si dia, personaliti kita meletup letup, pasti ada aura untuk orang itu follow kita..

Dan selalu orang akan shout box, cakap blogwalking, tinggalkan jejak di situ memberitahu dia dah I follow u, u follow i.. muahahaha.. Sebenarnya, aku sendiri jarang follow orang.. Bila blog dia menjadi tarikan aku, menjadi minat aku.. tanpa teragak agak.. terus klik button follow.. Tak kisah dia blogger lama ke blogger baru ke.. janji stail dan besh.. blogger top dan otai pun aku bukan ikut pun.. Baik aku follow blogger yang besh walau dia baru.. Ada tu.. seyes..

Entry Sampah Tapi Nak juga promote suruh orang baca
Erkk.. Agak kejam di situ.. Sorry beb.. Entry sampah di sini aku refer bila sometimes blogger tu buat entry yang ngarut ngarut.. Takde apa yang cuba di sampaikan.. Ayat dah la bahasa rojak (eh mcm entry ni pula) then macam syok sendiri je.. Buat entry yang takde kaitan gn tema blog or tajuk entry.. Apa ni? Adehhh..

Pertama sekali, kita hasilkan entry itu untuk siapa? Untuk suka suka? Untuk diri sendiri sebagai luahan hati? Untuk bagi orang lain baca? Siapa pembaca kita? Kita kena paham, bila kita ada blog, then kita buat sesuatu entry, mesti ada orang baca kecuali kita private.. mesti ada org akan singgah cuma beza sedikit atau ramai.. Dan sanggupkah anda, nak biarkan pembaca pembaca blog anda memandang rendah dan hina.. (susah nak huraikan)

hasilkan entry mengenai personal, tak kisah, blog hampa kan.. tapi bagi la steady skit.. Jangan sampai ada orang menyampah.. huhu.. Nak cerita Bf merajuk la.. Kucing beranak ka.. Ikut suka la.. Tapi bagilah menarik.. dan ayat tersusun.. Takde bahasa sms ewww.. Asalkan bahagia ye :)

Blog penuh dengan widget
Kalau yang ini, paling menyampah dan tak suka kalau ada lagu.. Music box.. sakit telinga.. Nak suruh orang lepak blog dia, tapi lagu kiri kanan.. Ulang ulang.. Tak sempat nak loading, ramai yang dah close..

Cuba hasilkan tema blog
Tema blog? anything la beb.. apa rasa nak tulis, tulis aja.. Takde sape nak marah.. Takde sape nak complain.. Tapi mesti ada identiti.. Ada imej.. Nak campur aduk tema pun, takde masalah..

Perghh.. agak agak mesti ramai berbulu kan gan aku.. Wakakalala.. Selambe ja aku kritik orang, kutuk hina keji.. Suka hati la aku nak tulis, entry mcm ni.. haha.. Lawak ja.. Aku pun bukan bagus sangat.. Blog ntah apa ntah.. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa dan berkecil hati.. Pada yang tak puas hati, mahu bagi pandangan sama.. Sila sila komen di bawah.. Takde halnya.. Nak kutuk, nak complain blog aku pun takde masalah.. aku kan manusia.. sila sila :)

Terima kasih sudi singgah, sudi membaca, sudi share, sudi komen sudi like.. Dan yang follow aku.. perghhh... terima kasih bebanyak :)

Sungguh aku bukan hebat dan bagus.. aku jua punyai salah dan silap.. aku sedia utk diberi pendapat dan pandangan.. nak cakap apa cakap la dekat bawah ini..








Wednesday, June 22, 2011

Jodoh itu rahsia Allah SWT

...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan kita..



Tuesday, June 21, 2011

Bahagia di dalam satu realiti hidup





... Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperoleh...

Cinta itu bahagia dan terasa nikmatnya apabila kita bertemu dan kemudiannya membuat keputusan yang tepat.. Pada masa dan waktu yang ada kalanya membuatkan kita tertanya adakah sudah pasti.. Dan kala tempat yang selalu menjadi tanda tanya di mana..

Semua orang punya rasa cinta.. Tapi,tidak semua merasai cinta.. Semua org pernah bercinta,namun tidak semua mengecapi bahagia.. Dan bahagia kita itu tidak semestinya apabila cinta dan menyintai, seterusnya kemuncak di alam perkahwinan dan hingga akhir hayat..

Dan kadang ketemu cinta yang bahagia itu, menguji kita sejauh mana kekuatan kita dalam menduga mencari ertinya bahagia..

Mengapa kita bertemu dan menghayati ertinya cinta tanpa kita rela akan perpisahan kita.. Dan kita biarkan bahagia itu pergi menjauh dari kita tanpa merasakan lagi nikmatnya cinta.. Hanya derita dan pedih yang dirasakan..

Kehidupan kita kini bukan semata mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..

Rasa cinta yang hadir antara kita memberi satu kekuatan padaku menyedari cinta kita hanya bersifat sementara.. Dan cinta yang abadi hanya pada Allah SWT.. Mohon agar cinta menyintai antara aku dan dia menjadi jalan yang diredha hingga ke syurga

Puncak bahagia kita itu bukan hanya pada di hari sah menjadi suami isteri, tapi itu adalah permulaan dalam mencari erti keredhaanNya.. Dan bahagia kita bukan di ukur bila kita bersama dengan cinta yang dicintai.. Tapi ketenangan jiwa yang ada dalam kehidupan kita menuju ke alam lain

Perasaan terluka itu ialah satu perasaan abadi yang Allah berikan bagi insan lemah seperti kita untuk merasai betapa kita ini tidak sempurna.. Kecewa dan dikecewakan amatlah memberikan kesan yang amat mendalam.. Dan kecewa itu tidak dapat dipisahkan dalam mencari erti bahagia

Mengapa masih ada rasa sayang dab rindu pada dia walau dia sudah tinggalkan kita dan menghancurkan hati kita? Mengapa masih mengharap lagi dia kembali sedangkan tersuratnya sudah nyata..


.....
*Entry ringkas setelah pulang bercuti 4hari- kampung.. Debaran menanti cahaya mata pertama.. Sampai je shah alam terus update entry, gian.. Blog dalam proses mengecat.. Kata seorang kawan blog :)

Buat teman, maaf jika terkasar bahasa dan tersalah dalam memberi erti pandangan dalam entry ini.. Sila komen jika ada teguran yang terlintas.. Terima Kasih

p/s: sopannya aku.. huhu



Jenaka : Ramli sudah insaf


... Gambar sekadar hiasan, maaf empunya gambar..



Kerana sudah berasa insaf, Ramli pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Ramli. Ramli tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Ramli menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Ramli kembali menepuk bahunya dan Ramli mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



........
* Nama watak adalah rekaan semata mata.. Share dari Facebook neh.. Baru sampai dari shah alam, sempat update 3 entry, ni satu lagi dua esok esok aja la.. huhu.. Gian nak update blog dah 4 hari tak update.. Blog pun tengah duk structure len..




Monday, June 20, 2011

Kita sering lupa pada Dia





Ingat Dia -

Mengapa kita sering cemburu?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa orang yang kita sayang bukan hak kita..

Mengapa kita sering malas?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk rajin.

Mengapa kita pentingkan diri?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa kita hidup bukan sendiri.

Mengapa kita tamak?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk bersyukur.

Mengapa kita sering bermurung-murung?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa itu amalan orang tidak bersyukur.

Mengapa kita sering kecewa?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk tawakkal.

Kenapa kita sering bangga diri?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk merendah diri.

Mengapa kita sering resah?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk bertenang.

Mengapa kita sering marah?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk bersabar.

Mengapa kita sering membenci?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk menyayangi.

Kenapa kita sering mengutuk?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa kita juga punya kekurangan.

Kenapa kita sering mengeluh?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.

Kenapa kita sering menipu?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk berlaku jujur.

Kenapa kita sering membuat maksiat?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa dunia hanya sementara.

Kenapa kita lupa Dia?
Kerana kita sudah menanam sifat WAHN dalam diri,
Kerana hati kita sudah hitam,
Kerana kita terlalu banyak membuat dosa,
Kerana kita sering menangguhkan kebaikan,
Kerana kita tidak mempelajari erti ayat suci-Nya,
Kerana kita tidak sujud menyembah-Nya,
Wahai aku, Ingat Dia

-sumber-



Friday, June 17, 2011

Buat seorang yang amat bererti dalam hidupku..


.... Gambar tika rombongan ke ganu, my big bro kawen baru ini..

Buat hati yang selalu di sangka punyai ego yang tinggi, sering aku merasakan amat susah untuk di pahami dan di nilai apa rasa yang datang.. Dari raut wajah yang tenang dan membisu, terasa hormat tersemat di dalam dada..

Dari seraut wajah dalam membesarkan aku, membasahi keringatnya membanting tulang di sawah.. Makan kami, hanyalah rezeki yang dicarinya di sawah peninggalan pusaka.. Itulah sumber pendapatan kami sekeluarga di dalam meniti hari..

Aku sering leka di dalam asyikku tika itu umurku di alam remaja.. Memandang sepi dan melarikan lirikkan mata dengan cepat takkala tubuh itu pulang dari kerjanya.. Sedangkan aku tahu, peluhnya masih basah.. Sedangkan aku tahu, penatnya masih ada.. Apa salahnya jika aku bangun dan bertegur sapa - memberi segelas air untuk menghilangkan dahaga.. Tapi aku biarkan saja.. Itulah aku.. Ahh.. Dunia remajaku..

Tika malamnya, walau dia tidak bersekolah tinggi.. Walau kerjanya cuma pak tani.. Tidak kenal erti jemu mengajar aku dan adik adik.. Alhamdulillah, aku dapat melanjutkan ke sekolah berasrama penuh.. Dan walau tiada kata tahniah darinya, aku tahu dari cahaya yang bersinar dari matanya, dia bersyukur..




Monday, June 13, 2011

Hakikat Bahagia



Setiap kita mepunyai hak untuk mengetahui dan merasai apa itu makna BAHAGIA.

Anda boleh berbahagia jika itu yang anda inginkan pada diri anda. Pada dasarnya, semua ini terletak pada diri anda sendiri. Samaada menetap bahagia atau rasa sengsara, semuanya pilihan di tangan kita.

Bersikap mental yang positif akan membuatkan kita lebh yakin dan bersemangat dalam menanti saat bahagia itu pasti akan tiba. Sikap positif akan mencerminkan diri kita dalam bentuk ketenangan, kewarasan dalam menyusun segala agenda hidup kita yang seterusnya.

Dengan ada mental yang positif dan bersifat terbuka, akan terwujudlah potensi-potensi serta aura-aura kebahagiaan dalam kehidupan kita nanti.

Tapi ingatlah !! jika ada halangan atau rintangan datang menjengah, itu hanyalah dugaan dan ujian dari yang Maha Kuasa. Allah swt mahu melihat dan menguji kesungguhan dan ketabahan kita dalam mendapatkan Kebahagiaan itu. Dan tanya lah pada diri ketika kesulitan datang melanda :-

a) Perlukah aku meratap dan menangis sambil duduk termenung mengenangkan nasibku yang serba malang ini?

b) atau sambil tersenyum memikirkan bagaimana mahu mencari jalan penyelesaian tersebut?


Pilihan di tangan anda. Bahagia atau sengsara ada di hujung pemikiran kita.


...
share dari note yang tersimpan.. Bukan dari aku.. dh lupa link asal..



Kena Terjah lagi.. Thanks



Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Semalam sedang aku jejalan ke google.. Saja ja la aku taip angah - ini blog jiwa jiwa.. Dan ada la satu blog ni.. huhu.. Cakap aku blog sangat jiwang.. lawak lawak.. terharu gak dowh.. ada yang sudi buat entry khas pasai aku.. so aku rasa aku nk share dan kongsi dengan hampa semua.. Tpi aku tak jiwang kan.. suka suka ja.. haha

Sila la ke blog ini bukan blog jiwa-jiwa,bukan juga blog cinta-cinta tapii belog suka-suka.. pada owner blog.. Thanks :)

Pada kawan kawan lain, terima kasih juga sudi baca entry entry pada blog aku ni.. Yang menjadi follower :) thanks.. pada yang selalu komen, aku baca dan alert.. siap direct link komen ke phone aku tau.. cuma ku tak reti nak balas apa komen hampa tu :)



Saturday, June 11, 2011

Cinta Lelaki amat susah difahami



Kita sering mendengar, untuk mencari keserasian antara pasangan mestilah saling faham memahami.. Sentiasa meluangkan masa bersama pasangan masing masing.. Mempunyai sikap bertolak ansur dan menerima diri pasangan seadanya.. Namun masih ada pergolakkan di dalam hidup berpasangan ini.. Pasangan yang tidak serasi ialah mereka yang tidak meluangkan masa untuk bersama berdua duaan.. mungkin percintaan jarak jauh.. Sila rujuk entry aku HJJ dan tipsnya.. Mereka kurang berkomunikasi dengan baik dan kurang bermesra terjerumus kepada keretakkan sesuatu perhubungan yang terjalin..

Bukan menjadi satu matlamat di dalam sesuatu percintaan, berakhirnya dengan kekecewaan.. Aku yakin dan pasti, setiap pasangan yang bercinta mahukan kesudahan yang bahagia hingga akhir hayat.. Namun kadang kadang, dugaan dan rintangan yang di hadapi harus sama sama menempuh dan hadapi bersama sama demi mencapai impian.. Jika tidak kuat, hancurlah kisah cinta yang dibina

Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia

Walau sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.. Dan jika lelaki itu tidak mampu membuatkan kamu bahagia, segeralah kamu melepaskan dia berlalu pergi..

Apabila seseorang lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya

Pada wanita yang pernah membuat lelaki itu menangis kerananya.. Sedarlah hati lelaki takkan lembut dan menjadi seolah kebudak budakkan jika cintanya tidak sepenuh hati.. Hargailah lelaki itu yang pernah menangis disebabkan kamu.. Kadang dalam riak matanya memberi satu jawapan untuk seribu soalan pada kamu.. Cubalah memahami walau sejenak

Dan bila terjadinya satu saat genting perpisahan, jangan sangkakan tiada kepedihan dalam lubuk jiwa lelaki itu.. Sedangkan lelaki jua bisa menangis dari dalam hati.. Bukan kerana ego mahupun sombong akan diri.. Tapi itulah lelaki yang dunianya amat berbeza.. Kesedihan hanya mampu dipendamkan saja seolah membiarkan angin lalu menyapa

Air mata seorang lelaki amat sukar untuk mengalir.. Amat tinggi nilai jatuhnya setitis air itu yang menjadi punca mengalir pabila kecewa dalam sesalan.. Kadang kesedihan yang teramat menusuk kalbu pun belum pasti lelaki itu menangis.. Dan kerana seorang wanita yang pernah membuat dunia cintanya musnah, pasti ada yang pernah mengalir air mata



Friday, June 10, 2011

Kecewa Bukan Berakhirnya Bahagia



Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.. Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?

Dan kadang kita merintih sayu.. Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.. Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.. Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.. Walau kita tahu, masa yang dulu takkan waktu berputar.. Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

Jangan di harapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang panjang..



Thursday, June 9, 2011

Pesanan Untuk Suami




1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


....
Entry ini bukan dari aku.. Suka baca dan terus share.. SUMBER



Wednesday, June 8, 2011

Puisi Jiwa: Kadang Kita tidak Memahami Apa Kata Hati

Kadang Kala Hati Kita
Teringin Sangat Untuk Bersamanya
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya....

Kadang Kala Kita Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita Takut Dalam Kesunyian...

Kadang Kala Hati Kita Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Yang Kita Sayang
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Di Salah Ertikan....

Rupan-rupanya... Kita Memang Berjauhan
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Mengenggam Tangan Mu

Kini Ku Kirimkan Hati Ku..
Sebagai Pengganti Diri
Agar Ia Sentiasa Dekat Pada Mu..
Agar Persahabatan Yang Terjalin Ini
Kekal Untuk Selamanya..

Walaupun DiriKu Tidak Muncul
Di Hadapan MU....


*dari note yang tersimpan



Jika Ada Lukanya, Jangan Biarkan Menanah





Dalam kehidupan kita seharian, pasti tidak akan lari dari persoalan soal hati.. Di dalam kita berurusan dengan kesibukan hari demi hari, akan sentiasa kita terfikir mengenai perasaan cinta.. Apakah sebenarnya cinta? Sedang aku sendiri masih lagi samar di dalam pengertian cinta.. Sedang aku sendiri masih memburu cinta.. Sedang aku masih mencari cinta.. Apakah cinta itu?

Dan aku percaya, dalam kita tidak tahu pengertiaan dan maksud yang sebenarnya cinta.. Kita mengaku kita pernah jatuh cinta.. Kita mengatakan kita di lamun cinta.. Kita asyik dengan asmara cinta.. Akan tetapi, apakah sebenarnya cinta itu pada kita..

...Dia cintaku yang terakhir.. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama...

Kadang aku sendiri dapat merasakan sesuatu bila terbaca atau terlintas secebis kata kata seperti atas.. Seolah satu ungkapan yang amat dalam maksudnya.. Tidakkah masih jelas pada kita, cinta itu amat besar pengertianya.. Seolah satu rangkap janji yang tidak bisa untuk dimungkiri..

Begitu amat yakin dan pasti akan suratan akan kehidupan.. Bagiku kata kata manis bak hempedu yang tiada asasnya seperti atas, seboleh bolehnya di elakkan daripada ditutur.. Kerana kamu telah menunjukkan diri kamu tidak matang dan di dalam khayalan.. Di dalam mimpi yang tidak lagi kunjung tiba di kala malam..

...Kemudian ditakdirkan kau bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini.. kau kecewa.. kau merana.. kau bawa hati yang luka.. lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia.. kau mahu tutup pintu hati engkau.. sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun...

Ungkapan ini membuatkan aku semakin jauh mengenang nasib empunya diri.. Seolah meratap sayu yang tak sudah sudah.. Menutup pintu hati kemas kemas dan kononnya setia berpanjangan.. Kita insan biasa dan bukannya hati kita akan sentiasa keras.. Kadang ada bisikkan manja yang meluahkan rasa, pasti jua akan kecundang.. 


Sedang si dia bahagia dengan kehidupan yang baru.. Sedang si dia kian melupakan kamu dengan perlahan lahan hingga hati kamu kian hancur sedikit demi sedikit.. Berubahlah duhai hati yang lara.. Kembalilah ke alam nyata.. Sedarlah akan hakikat, si dia bukan yang terbaik untukmu untuk menjadi yang halal bagimu..

Walau dengan siapa dia bersama, bangun dan ceriakan hatimu dengan satu kiasan untuk pulih.. Tiada satu keuntungan yang kamu dapat di dalam membentukan satu perisai menepis datangnya cinta yang hadir.. Dan resapkan nilai murni cinta yang tiba, pupuklah dengan kasih sayang yang baru.. Nekad pada satu azam hati untuk kembalikan semangat yang dulunya pernah ada..

Apa yang ada pada satu kesetiaan jika cinta yang kamu beri di balas dengan kecurangan? Jika cinta yang kamu jinakkan di tukar dengan resah dan sesalan berpanjangan.. Sayang dan berkasih pada mereka yang sudi memberi cinta.. Dan pupuk dengan mekarlah bunga bunga cinta itu hingga menjadi satu kepastiaan.. Berjuang untuk menjadi kemuncak cinta - bahagia hingga ke syurga..

...Pasti akan kecapi manisnya nanti selepas pahit kekecewaan dan pasti akan tiba bahagia selepas air mata hati yang lara...

Dan akan tiba masanya, pada waktu yang tepat, akan hadir seseorang pada kita di suatu tempat.. Dan Allah mendengar doa, dan janganlah berputus harap padaNya.. Cuma mungkin, kita tidak tahu hikmah dan dugaan yang Allah ujikan pada kita.. Bersabarlah.. Berusahalah.. Bertawakallah.. Dan berdoalah.. Agar kita mendapat jodoh yang baik..

...Cintailah dia yang lebih menyintai kamu, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta kamu terhadap dirinya, setelah itu nanti kamu akan merasa lebih bahagia...

Hilangnya cinta itu memang memedihkan hati dan kita merasakan seolah dunia tidak adil pada kita.. Seolah kita sudah tidak punyai apa apa lagi.. Hancurnya sesuatu perhubungan itu, membuatkan kita berputus asa akan satu perasaan cinta.. Dan tidak percaya pada mana mana cinta yang hadir.. Susah untuk menerima orang lain setelah hati kita hancur..

Dan kita terus melayani perasaan hinggakan kita telah menutup pintu hati kita untuk orang lain.. Membiarkan saja datangnya tangan yang menghulur belaian kasih sayang.. Tanpa kita menoleh dan mengenggam erat..

Usah di layan, usah biarkan hati yang lara terus hanyut dibuai kesakitan.. Cukup sudah untuk terus rebah.. Kita bukan lemah dalam membiarkan diri terus sepi.. Apabila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurnianNya..

Itulah kita, salah dalam menilai erti cinta.. Salah dalam mencari bahagia.. Adakah kita yakin dan pasti, si dia yang pernah kita cintai dan saling menyintai adalah jodoh untuk kita? Dan yakinkah kita, bahagia itu pasti ada pada antara kita dan dia? Semua itu adalah rahsia Tuhan.. Takdir pada kehidupan kita.. Jangan mengalah dalam mencari keredhaanNya



Tuesday, June 7, 2011

Bercintalah bersahaja, simpan sedikit satu rasa


Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..

Jika jatuh cinta pada seseorang, mulakan dengan cinta dalam diam.. Cinta dari jauh, dengan mengkaji dirinya.. Cuba untuk menyintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba untuk menyatakan cinta itu.. Kerana hati kita milik kita, jika ada lukanya, pasti ada cara merawatnya

Jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk di kecewakan.. Kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita.. Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya..

Kadang di pendam saja cinta itu biar menahan rasa rindu yang bergelora lebih baik dari dipermainkan dengan kiasan yang lukanya amat dalam untuk ditanggung.. Kerana hati kita cuma satu.. Sakit akan lukanya, kita sendiri yang merasakannya.. Dan pedih yang berpanjangan, kita jua yang sakitnya.. Parut yang tertinggal, kita jua yang menghiasinya..

Perasaan terluka itu ialah satu perasaan abadi yang Allah berikan bagi insan lemah seperti kita untuk merasai betapa kita ini tidak sempurna.. Kecewa dan dikecewakan amatlah memberikan kesan yang amat mendalam.. Dan kecewa itu tidak dapat dipisahkan dalam mencari erti bahagia..

Mengapa orang menangis bila kecewa, bila terluka? Kerana sedih. Kerana kesedihan itu mengikat rasa gembira dan rasa cinta agar jangan bertamu. Sedih itu hanya orang yang merasa akan berkata kata dan terus memandang akan hina diri.. Pada wajah yang membunuh semua angan-angan girang lama dan baru kita biarkan menjadi hanyut pada azam yang kuat..

Mengapa kita selalu dalam angan yang panjang.. Seolah masih ada sisa cinta yang bertaut menanti kita saban hari.. Masih perlukah bisikkan kata manja yang selalu di luahkan itu terus di ucapkan? Dan yang pasti perginya melangkah sebuah percintaan yang musnah tetap pergi, yang ada sejarah lalu..

Dan cinta itu terlalu mahal harganya.. Terlalu kuat untuk menidakkan kehadirannya.. Jika cinta itu telah hadir, dan kita tahu kita mampu untuk memilikinya.. Kuatkan semangat untuk perjuangkan.. Dan segerakanlah perkahwinan itu, kerana usah membazir masa dan hati untuk bercinta lama lama.. 


Dan jika cinta itu hadir, dan kita masih lagi muda yang amat.. Pendamkanlah saja.. Kerana bagiku, menyerahkan seluruh cinta itu pada satu hubungan, sedangkan bukan untuk satu perkahwinan..

Bercinta secara bersahaja dan jangan meletakkan harapan yang setinggi gunung jika sedang bercinta namun belum tahu lagi siapa yang menjadi halal bagimu.. Jodoh itu adalah rahsia di dalam kehidupan kita.. Jangan terlalu yakin dan pasti sesuatu hubungan yang masih samar..



Monday, June 6, 2011

Tips Untuk Meluahkan Kata Cinta Kepada Gadis Idaman





Bagi kaum lelaki, perempuan adalah sebuah misteri, yang membuatnya selalu menjadi keperluan. Namun begitu,cara untuk menyatakan cinta atau lebih baikamat perlu untuk menaklukkan hati mereka. Ramai lelaki kadang kala takut untuk menyatakan perasaan cintanya kepada gadis idamannya dengan alasan yang bermacam-macam, seperti “Bagaimana kalau ditolak?”, “Jangan-jangan aku bukan laki-laki pilihannya?”, “Bagaimana hendak memulakannya” atau “Bagaimana kalau dia menceritakan kepada rakan-rakannya, kalau semalam aku baru saja menyatakan cinta kepada dia? “. Namun bagaimana anda tahu jawapannya kalau tidak dicuba? Berikut ini adalah Tips yang terbaik yang mampu anda jadikan rujukan persiapan menakluki hati gadis idaman anda:

1. Tangkap Isyarat.Yang pertama harus anda lakukan adalah mengenali isyarat dari si dia, positif ataupun negatif. Selepas anda mengenalinya sekian waktu, tentunya anda boleh menangkap isyarat atau respon yang dia berikan terhadap perkenalan mahupun di setiap perjumpaan yang anda berdua lakukan. Apabila sekiranya responnya positif, seperti misalnya raut wajahnya senang ketika bertemu dengan anda, selalu reply sms dari anda, berinisiatif menelefon anda pada suatu saat, meminta anda untuk menghantarkannya atau mengajak anda bertemu di restoran tertentu, maka anda boleh meneruskan utnuk merealisasi mimpi anda. Namun, kalau responnya negatif, seperti jarang reply sms anda, sering menolak untuk diajak keluar atau menghindar bertemu dengan anda, maka anda masih perlukan waktu untuk melakukan pendekatan lain, cari saja kaedah yang lain.

2. Percaya Diri.Setelah anda mendapat respon positif tersebut, maka segeralah untuk merancang meluahkan rasa hati anda. Modal awal yang perlu anda miliki disini adalah rasa percaya diri. Kerana dengan kepercayaan diri, anda akan dapat tampil dengan meyakinkan di hadapannya.tapi jangan terlalu over self confidence juga, kerana ia amat merbahaya bagi anda. Di lain sisi, gadis yang sudah mengharapkan untuk menerima anda, akan sangat menantikan action dari anda dan akan menganggap anda sebagai seorang laki-laki yang tegas dan ‘berani’.

3. Pastikan Tempatnya. Tempat juga merupakan mata penting yang berperanan dalam kejayaan. Elakkan tempat-tempat awam atau tempat-tempat yang sibuk. Cubalah untuk meluahkannya di tempat yang tenang-dan romantik-seperti di Restoran, café atau rumah gadis tersebut. Hal ini akan lebih menunjukkan kesungguhan anda kepadanya. Dan hal itulah yang akan menjadi salah satu pertimbangan utamanya untuk menerima atau menolak anda.

4. Pastikan Waktunya.Usahakan untuk memilih waktu yang tepat untuk menyatakannya, seperti saat-saat ia sedang senang, saat ia sedang tidak menghadapi masalah (masalah dengan pelajaran, masalah di pejabat, dll). Pilih juga waktu-waktu senang ketika anda ingin meluahkan di rumahnya, dan pastikan tidak ada rakan-rakan lain pada saat itu.

5. Siapkan Kata-Kata Sakti anda.Siapkan kata yang paling tepat dan sesuai Dengan Anda sekaligus memberikan kesan lain ketika menyatakan cinta. Kata-kata seperti “Aku Cinta Kamu” atau “Aku Suka Kamu” mungkin sudah terlalu biasa dan klasik, mungkin anda perlu mencipta kata-kata khas yang sesuai dengan anda seperti, “Sayang, aku ingin serius dengan kamu”, “Sayang, Bagaimana kalau hubungan ini kita jadikan lebih serius? “, atau” Hm.. Sayang, bagaimana kalau kita jadi satu pasangan kekasih? “, dll.

6. Berikan Alasan Yang Kuat. Apabila anda ingin meluahkan kata cinta, persiapkanlah jawapan dan alasan yang kuat jikalau dia bertanyakan kepada anda “Kenapa pilih aku?” Atau “Hm.. kamu yakin?”. Sampaikan alasan yang singkat, padat dan tidak berjela-jela. Misalnya, “Ikhlas saya ingin bagitau, saya bukan lah mencari pasangan je. Tetapi ingin mencari calon isteri” atau “Saya sudah bosan dengan hubungan yang tidak tujuan, saya inginkan hubungan yang lebih serius” dan sebagainya.

7. Kendalikan Emosi. Semasa anda menyampaikan rasa cinta anda, berikan ruang kepadanya untuk mempertimbangkannya, boleh 5 minit, 1 jam, 1 hari ataupun 1 minggu, kerana mungkin dia akan meminta pertimbangan rakan-rakan atau ibunya tentang hubungan tersebut. Hal ini tidak jadi masalah, dan anda jangan berusaha untuk mendesaknya, kerana kedewasaan anda ada di sini akan diuji. Beritahulah kepadanya kalau anda bersedia menunggu jawapan dari si dia, tapi jangan lupa sampaikan tempoh dengan kalimat santai dan senyuman, “Saya harap tidak terlalu lama, kerana saya sangat menunggu kepastian dari kamu”.


.......

Baru balik dari Kedah, takde mood buat entry baru.. Share dari sumber INI..



Sunday, June 5, 2011

Cerita Cinta Jiwa : Luahan Hati Seorang Aku Anak terbuang



Assalamualaikum korang ;)


dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.
sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.
oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.
sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.
tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.
saya percaya itu.

hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.
saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.
semalam ibu sakit perot.
ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."
tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.
tapi kan saya sungguh pelik.
kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?
tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.
oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...

malam nih ibu tidor lewat.
ibu tunggu ayah barangkali.
mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?
sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.
ibu..... saya sejuklah.
tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.
takper, saya rela bersejuk.

sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.
tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.
bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.
romantiknya ibu ayah saya!!
mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.
bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah.
belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.
tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....
then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
ayah tolak.
aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?
ganasnya ibu ayah saya.
tiba-tiba ayah pijak perot ibu.
adoi sakitnya saya!
ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."
ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
yer la saya pening di sepak terajang.
tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
kenapa...................

lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.
ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.
ibu duduk dengan kawan dia.
aunty mira kot nama dia.
saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.
saya sakit tau bila ibu minum air nenas?
tapi... ibu sayang saya.
jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.
pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.
saya tak paham lah kenapa.
kenapa yer korang?

makin lama, saya makin besar.
ibu dah tak penah keluar rumah.
yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.
jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.
mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..

oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.
dia tengok ibu.
dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.
ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.
mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.
sukanya saya.
saya ingat ayah benci saya tadi.
ayah nih pandai bergurau lah.
tapi ayah tak duduk lama pun.
ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
ayah tak pegang pon saya.
mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.

dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.
saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
saya rasa saya nak keluar.
saya dah hint ibu banyak kali dah.
saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?
kenapa ibu tak pergi hospital pon?
IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....

ibu mengerang dan meneran kuat.
saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.
aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."
dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?
maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.
saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.
itu janji saya pada ibu.... dan ayah.

aunty mira letakkan saya dalam kain batik.
ape la aunty nih mandi kan la saya.
tak seronok lah ada darah-darah nih.
karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.
ibu dah la tengah terbaring sakit.
wah indah nya dunia.
ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
akhirnya saya terkeluar juga.
nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.

tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."
ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.
ayah bawak saya keluar rumah.
ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.
AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.
ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.
tak sabarnya di pelok, di cium....

dan ayah berenti di satu rumah flat.
mungkin nenek dan atok saya duduk sini.
ayah bawak saya naik atas, guna tangga.
kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.
nanti saya balas jasa ayah yer.
sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.
sunyi tempat tu.
mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.
ayah ni kan......

ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.
ayah ikat semua sekali.
sampai saya tak punya ruang bernafas.
AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.
dan sampai ke tanah.............
mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.
tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.
kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.
OH AYAH KU.......

TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...


-------------------------------------------

kekejaman merata tempat. sekurang-kurangnya seminggu sekali kes pembuangan bayi terjadi. itu sekurang-kurangnya! tapi minggu nih? 3 okk, 3 kes. cek paper balik, for confirm it back.

nak repek panjang-panjang pon atas nih dah cukup panjang aku rasa. just seryesly i do feel like........

WE SHOULD CHANGE OUR EDUCATION SYSTEM. TAK GUNA DAH AJAR SAMA MACAM MAK AYAH KITA DI AJAR. KITA KENA PAKAI APPROACH LAIN. SYLLABUS MASA DULU TAK BERGUNA DAH UNTUK HARI NIH. BUDAK-BUDAK YANG HIDOP MASA SEKARANG NIH DAH TAK SAMA ZAMAN KITA, DORANG SEJAJAR DENGAN ADINDA EVANS. MAIN SAMPAI LEBAM PON, MASIH DIKATAKAN ADA MARUAH. PUR-LEZZZ!

BUKAK MINDA KITA, MUNGKIN BUKAN KITA YANG BUAT JADI BOLEH LA TUNDING JARI SANA-SINI. TAPI FAEDAH MENUNDING JARI? JAGA LA SAMA TEPI KAIN ORANG LAIN, JANGAN DOK JAGA TEPI KAIN SENDIRI JA. NAMPAK KAMPUNG? SO WHAT? AT LEAST, ORANG-ORANG KAMPUNG YANG DI KHABAR KAN KOLOT, TAK LA SE-SO-SIAL LIKE ORANG BANDAR! SO APE SALAH KAN GUNA CARA ORANG YANG KOLOT KALO ITU LEBIH BAIK?


p/s: thanks for reading ;)


ORIGINALLY FROM: AISHA INANI/ AISHA SAAD
feel free to visit my blog (http://aishawhatever.blogspot.com/)

........

*awek neh memang berbakat menghasilkan cerpen pendek.. Ni ke 3 aku share story dari dia.. terbaek owhh.. teruskan usaha beb.. :)



Friday, June 3, 2011

Kena Terjah dan Ada Entry Khas.. Thanks :)




Rasa terharu pabila di terjah blogger terkenal En Bangku Kosong.. Dan beliau ada membuat entry khas untuk saya.. Adeh adeh.. Rupa rupanya, mcm kena intip je.. hoho

Disini link entry Saya Kagum Dengan Newbie Ini. Baru 3 Bulan Berblog, Capai Lebih 200K Pageviews!

Terima kasih bro.. Tak tau nak cakap apa.. rasa terharu semua ada.. Rasa di hargai.. Rasa gembira.. Rasa kembang pun ada..


http://www.hasrulhassan.com/2011/06/saya-kagum-dengan-newbie-ini-baru-3.html



Cinta terlarang harus di elakkan




Pernahkah kita terfikir, skandal, orang ketiga dan teman tapi mesra membawa maksud yang berlainan tapi watak di dalam cerita selalu di salahkan.. Mereka juga mempunyai perasaan dan hati utk bercinta dan menyintai.. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka menjadi yang terutama.. Mungkin jika di beri peluang, mereka sanggup untuk setia dan menerima seadanya

Bukan suasana dan jalan cerita tidak diketahui.. Dikau kepunyaan orang, namun hadir perasaan sayang dan kasih ini tidak ku pinta.. Naluri ingin menidakkan datangnya cinta yang bersemi namun tidak aku mempunyai kekuatan menghalangnya.. Begitu sakit menjadi orang ketiga dalam hubungan kamu berdua namun, kita semakin jauh.. Aku keliru menjadi takut menerima kenyataan



Kenapa Kita Sukar Memaafkan Seseorang?




Jika anda susah untuk memaafkan seseorang, ialah kerana anda di dorong oleh ego. Ego di pula di api-apikan oleh nafsu. Nafsu pula di api-apikan oleh bisikan syaitan. Syaitan ii musuh khalifah Allah yang paling nyata. Jika anda mendahulukan Tuhan dalam apa jua yang anda lakukan, pasti anda berani memaafkan, walau sebesar manapun kesalahan seseorang terhadap diri anda. Tidak ada gunanya menyimpan dendam pada sesuatu yang sudah berlaku di masa lalu.

Dendam dan sakit hati menghalang anda dari maju. Sekuat manapun usaha anda, jika masih ada 2 jenis perasaan ini (dendam dan sakit hati), kemajuan yang anda capai tidak akan berkembang. Dendam menyemarakkan ego kita, sebab kita tidak akan puas hati selagi orang itu tidak melutut dan meminta maaf pada kita. Atau yang lebih extreme, selagi orang itu tidak susah hidupnya.



Thursday, June 2, 2011

Pada Mereka yang sudi

Amat berterima kasih pada mereka mereka yang sudi menjelajah setiap kata kata di dalam entry ini.. Dan membaca dengan hati pada hasil nukilan tak seberapa.. Terima kasih di ucapkan pada kamu yang selalu sudi meluangkan sedikit masa membaca setiap entry entry.. Amat aku hargai..

Pada mereka juga yang sudi meninggalkan komen komen pada entry, TERIMA KASIH yang amat sangat di ucapkan.. Kerana setiap kata kata yang dicoretkan sebagai komen amat memberi kesan yang dalam pada aku.. Memberi satu ransangan dan panduan untuk menulis lagi.. Terima kasih..



10 perkara perlu anda tahu selepas berkahwin




1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang
drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi
emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua
cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan
yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah
tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda
akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."



Wednesday, June 1, 2011

Kita bukan aku dan kamu yang dulu





Sejarah lalu yang telah berlalu pergi adalah pengalaman yang amat bererti pada kita.. Sedang kita amat asyik menghitung langkah langkah baru pergi ke depan, kita pasti terkenang akan kenangan kenangan lalu bersama insan yang pernah mengegarkan jiwa kita..

Dulu, kita pernah menjadi satu jarak.. Berjalan berdampingan menghampiri segala kekalutan.. Kita sama sama membilang begitu banyaknya bintang di langit yang kelam.. Mencari sembunyi cahaya bulan di balik awan..