Thursday, August 25, 2011

Mohon Maaf Zahir Dan Batin





Sumber gambar google

Secara ringkasnya, ingin aku suarakan beberapa kiasan..

Blog Jiwa Jiwa ini pada dasarnya adalah satu blog menceritakan apa yang aku ingin tuliskan dan luahkan.. Di sini ingin aku senaraikan apa yang terkandung pada blog jiwa jiwa ini..


1- Segala hasil nukilan di dalam blog ini adalah hasil sendiri kecuali dinyatakan sumbernya.. Dan bagi label Jenaka atau Jiwa Lawak bukanlah datang dari hasil karya sendiri.. 

2- Setiap kata kata dan kenyataan adalah pendapat dan pandangan peribadi aku dan mungkin ada kalanya bersifat luahan atau desakan perasaan.. Mungkin ada kalanya aku menulis mengikut hawa nafsu tanpa di kaji sedalam dalamnya.. 

3- Di harap pembaca blog jiwa jiwa, dapat menilai dan merujuk pada pakar tentang isi kandungan di dalam entry ini terlebih dahulu sebelum diguna pakai.. Kerana aku jua takut akan kesannya bila mempengaruhi seseorang.. Sedang aku sendiri berpesan pada diri sendiri agar menilai terlebih dahulu sesuatu perkara..

4- Juga di harap dapat memberi teguran yang membina dan membimbing aku untuk menjadikan blog jiwa jiwa ini sebuah blog yang dapat di terima oleh setiap golongan.. 

5- Ada sesetengah pembaca merasakan blog ini hanya blog cinta atau blog jiwang.. Sebenarnya blog ini lebih kepada motivasi dan luahan rasa setiap perhubungan.. Lebih kepada nilai nilai yang ada di dalam jiwa.. Dan nukilan aku kadang tidak tetap.. Kerana aku cuma memberi pendapat dan pandangan apa yang aku paham.. Kerana itulah amat aku memerlukan teguran dan pendapat bersama..

6- Untuk maklumat, aku jua membuat kajian tentang perasaan dan rasa tentang sesuatu melalui teman teman (identiti dirahsiakan) berkisah luahan.. Dan sehingga kini, aku masih lagi berkongsi masalah masalah yang di tanya pada aku melalui FB dan email.. Secara tidak langsung, beginilah caranya aku menghasilkan entry.. Itulah sebabnya, ada entry seolah aku wanita dan ada kalanya lelaki..

7- Aku amat berharap, blog jiwa jiwa ini dapat memberi sedikit banyak tentang santapan jiwa dan motivasi di dalam mencari kebahagian.. Dan aku jua amat berharap blog jiwa jiwa tidak dibenci orang dan menjadi satu isu..

8- Akhir kata, kita hidup dalam memberi dan menerima.. Mungkin ini caraku dalam mengenal erti kehidupan.. 

Selamat Menyambut AidilFitri.. Mohon maaf jika sepanjang 5 bulan blog jiwa jiwa beroperasi ada menyakiti hati secara terang atau berselindung.. Maaf zahir batin.. Akan bercuti hingga 6 hb sept di Kampung Alor Janggus, Alor Star Kedah.. Jika berdekatan, jemput beraya di rumah aku.. Sila pm di facebook.. 




Rindukan Qistina dan isteri.. Tak tau la nak kena perli ke apa nanti.. dah terkantoi ada blog gn wife.. dah kena chop jiwang.. erkk..muahaha



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

s3vander said...

selamat hari raya....blog nie banyak bagi motivasi...cuma x sempt nak baca satu2 entri lagi...lom berkesemptn...(=

anGah said...

@s3vander terima kaseh eh.. sudi membaca :)

mR.sAm said...

xkesah lgsung sbb blog ni mmg terbaek...

Saleem Wahab said...

first time masuk..best!

Sekamar Rindu said...

salam..


selamat hari raya...maaf zahir dan batin//

anGah said...

@mR.sAm makaseh :) maaf zahir batin

anGah said...

@Saleem Wahab woww... yaka... makaseh :)

anGah said...

@Sekamar Rindu ye ye.. slmt raya :)

chainzz said...

Hye Angah.

Selamat nyambut eidul fitr. Moga Angah bergembira on that day di samping keluarga terchenta, sanak saudara dan sahabat handai. =)



http://mymatahatijiwa.blogspot.com