Tiada sesiapa pun menginginkan kehadiran orang ketiga di dalam cinta yang terbina.. Ia sememangnya menyakitkan.. Menyakitkan apabila kepecayaan yang diberikan musnah begitu sahaja dan membuatkan hati kita hancur harga hilang bentuknya.. Dan ianya bertambah parah pabila kita menyedari, insan ketiga itu sebenarnya adalah kita..
Sayang sekali.. Perasaan yang hadir di antara kita membuak buak seakan tiada lagi kunjung tiba yang baru.. Kita bertemu.. Kita bersama.. Untuk merasakan nikmatnya bahagia cinta antara dua jiwa.. Namun kita bercinta bukan untuk bersama jodoh.. Amat menyakitkan dan merasakan pahit..
Cinta kadang datang dalam tika tiada rasa akan akal.. Memanjat memberi kemanisan begitu enaknya bercinta.. Namun kadang cinta itu datang tika masa yang salah.. Tempat yang salah.. Dan waktu yang salah.. Bukan kerana menidakkan akan wujudnya cinta itu..
Memang menyakitkan hati dan terseksa batin ini pabila menyintai seseorang dan sebenarnya cinta tapi orang yang kita cinta itu sebenarnya milik orang lain.. Seolah satu permainan jiwa memutarkan pelbagal bentuk rasa di dalamnya.. Ada rasa cemburu yang membuak buak.. Ada rasa dengki dan iri hati pada pasangan lain.. Dan macam macam perasaan yang hadir..
Kita bertemu dan bersua untuk merasakan cinta yang mekar.. Kita berjalan bersama sama menuju puncak bahagia.. Mana sedihmu pasti ada air mataku.. Tawaku terukir senyumanmu kelihatan.. Dan kita sama sama menempuh suka dan duka.. Namun bertemu kita, hanya untuk bercinta dan bersua.. Bukan untuk bersama sama memiliki impian
Ada cerita antara kita berdua.. Aku tahu salahku membiarkan rasa cinta ini mekar sedangkan kamu ada dia.. Dan aku tidak kuat untuk menidakkan perasaan cinta ini semakin meluaskan jajahan di dalam jiwaku.. Aku akui, aku tamak dan amat mahukan kamu.. Aku tahu, kisah cinta kita adalah dusta di mata mereka.. Namun, antara kita berdua tahu dan lebih merasakan derita kerana rasa yang hadir..
Hendak dilepaskan, telah terlanjur cinta.. Hendak diteruskan, pelbagai dugaan dan tohmahan menanti.. Bagaimana harus lagi? Terperangkap di dalam cinta tlarang sememangnya sukar untuk ditempuhi.. Bukan meminta jauh lagi merancang, tapi itulah, perasaan sukar dikawal..
Nota:
Entry ini ada sambungannya.. Entry ini berkisah tentang cinta terlarang atau lebih tepat lagi kisah cerita cinta orang ketiga.. Sedar atau tidak, cinta ketiga ini wujud antara kita.. Kadang orang sekeliling kita.. Atau kita sendiri yang merasakannya...
Tunggu entry seterusnya.. Jika ada pendapat pandangan silalah memberi ulasan..
Blog pilihan : Kerana Lily