Wednesday, August 24, 2011

Baik baik sayang


Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam..

Entah di mana sedang hati masih lagi erat mendakap erti cinta luka.. Tak ingin tatap wajah lembut dihiasi air mata.. Tak mahu terus merenung selaut wajah yang duka.. Tak ingin lagi melihat kamu menangis bersedih..

Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu..
Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka..


Kerana bagiku kamu kesayanganku.. Kerana jauh mana kamu menjauhiku, tetap kamu dalam kehormatanku.. Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku..

Jauh ku pergi meninggalkan dirimu.. Namun masih ada lagi getaran yang bersisa seolah tak mungkin akan hilang.. Menanti detik waktu mohon agar pudar akan rasa.. Rasa kadang amat susah untuk di tinggalmu.. Mungkin kerana sayang.. Mungkin kerana cinta.. Tapi yang pasti bukan kerana benci..

Hanya satu pintaku untuk untukmu dan hidupmu.. Baik baik sayang walau tiada aku untukmu~




*Terlayanz mood jiwang dengar lagu Baik Baik Sayang - Wali Band


Repost entry 4 April 2011



Comments
10 Comments

10 Orang Yang Prihatin:

Anonymous said...

sakitnye pendam prasaan pd seseorg. xtahu dah nk buat ape. tapi saya harap die baik2 je xkire la kt mana pon, dgn sapa pn.

M.Y.S.O.U.L said...

sentiase doakan yg terbaik utk org yg kite syg,,wlwpun die bukan milik kite...

seorang NaimaH said...

lagi sakit menyayangi insan yang menangisi cinta yang lama tanpa dia sedari hati kita yg terluka kerana kita cuba ada untuknya...menanti dalam sepi...supaya kenangan lamanya berlalu dan cintanya terbuka untuk kita sepenuhnya :-(

ilhani_nurash said...

baik-baik sayang :(

senja.bias said...

memang terlalu perih merasakan semuanya apalagi rasa itu tak pernah bisa hilang hingga kini......selalu saja terkenang dia, bahkan tambah sangat

missz anaa said...

untuk seseorang yang pernah hadir dalam hati ini , baik-baik sayang .

jaY said...

baca ni pagi-pagi buat aku rasa nak pi tampaq kepala seseorang ja..haish
kalau la tangan ku sampai~

angah ni blog jiwa2 ni bole lepaskan ape je kan?

Bui Junaidi said...

sweettt...hehe

KakLong said...

adus..menggetar hati ini bila membaca coretan ini...krn di hati ini sgt menyayanginya walau dalam apa jua keadaan pun..walau dibenci olehnya sekalipun...au ttp meyayanginya...hmmmmmmmmmm...

Anonymous said...

fakta atau auta: baik-baik syg adalah tajuk lgu kumpln wali band dan sering dikaraokekan oleh En.jamal b.marzuki