Saturday, August 6, 2011

Kita Masih Ada Harga Diri

Hati seorang wanita terlalu lembut untuk dikasari..



Cinta yang hadir kadang menyedihkan seseorang bila nilai kemanisan sesebuah cinta yang di dambakan itu tidak tercapai selari dengan mimpinya.. Kadang kita akan selalu saja menyalahkan suratan atas kehilangan sesebuah cinta yang gagal.. Sehinggakan tiada langsung suara indah menyatakan cinta itu bahagia.. Dan terus mendendami erti kekosangan jiwa yang tidak tenang..

Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.



Cinta itu tersendiri dan sebenarnya tidak perlu diundang. Hadir dan menyelinap dalam diri bagaikan tarian indah si bidadari.

Pada masa itu kita menyalahkan butanya cinta itu kerana pandangan kita hilang dalam samar gelapnya.. Kita lupa bahawa pada sisi kehidupan yang lebih tenang dan abadi cinta yang berlalu itu tidak pernah buta, jahat dan kotor.. Ianya mengajar kita untuk mengenal akan kehidupan, akan sabar, akan setia manusia dalam diri kita..

Dalam mengejar erti cinta sejati, sering kita salah menilai.. Kadang kita katakan itulah cinta kita yang sejati.. Kadang kita salahkan bila tiada cinta bersemi.. Siapa yang salah? Cintakah yang salah? Atau kekurang diri kita sendiri yang salah meletakkan erti sebuah nilai cinta itu..

Amat beruntunglah pada pasangan yang saling menyintai dan bersama selamanya hingga akhir hayat.. Bukan semua dapat merasakan.. Kadang bercinta bertahun lamanya.. Bermula episod perkahwinan namun, hancur di tengah jalan..

Sungguh aku sendiri masih mencari ertinya.. Kerana aku sendiri masih belum dapat selami.. Bukan niatku angkuh untuk bicara tentang cinta seolah aku amat pakar dan sempurna.. Namun aku jua dalam mencari butanya cinta akan nilai ertinya..



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Azura Mendezz said...

Dan cinta itu menjadi teramat2 menyakitkan apabila kita masih mengenang cinta lama biarpon kita telah dilamar cinta yg baru.. =(

Nilam suhana said...

cinta itu sangat indah dan bahagia...

Nizam Ijam said...

hati lelaki pon lembut..hehe

tnZackJ said...

pilihlah org yang menyayangi kita kerana lebih baik dari kita yang lebih menyayangi org lain

Anonymous said...

enta ar ,tak de pe2 pn ak rase,