Ajoi: Oppss berhenti!
Sumardi : Ya Encik..
Ajoi: Apa yang ko bawak dalam beg tu?
Sumardi: Takde pape encik..
Ajoi: Bukak!
Sumardi: Okies…

....... Gambar sekadar hiasan
Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?
Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?
Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.
Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.
Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.
Ahmad dan Abu tinggal dalam sebuah kampung.....
suatu hari mereka masuk pertandingan bola sepak, malangnya mereka kalah 4-0....
disebabkan rasa malu berdepan dengan orang kampung (kalah teruk la katakan)...
mereka melarikan diri ke bandar dan menyamar.....
Ahmad memakai baju ala2 cowboy dan pergi ke bandar kuala lumpur....
dia berjumpa dngn seorang nenek .... nenekitu berkata "eh kau buat apa kat sini"
ahmad memandang pelik nenek itu kemudian berlalu pergi dari situ....
Suatu hari di dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan pada murid murid nya"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"
lalu seorng anak murid yg bernama Adik Mat angkat tangan dan jawab:
"Kosong cikgu".
Jenaka ini berunsur lucah.. Harap maklum
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.
...Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)....
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg terpinga2.....bertanya.....
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??"....
si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary.... dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....
si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....
si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???... dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!"....
Di sebuah ladang ternakan ayam... Kelihatan seekor ayam jantan yang tua duduk termenung... Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya untuk membeli ayam jantan yang masih muda... Apa tidaknya....... Di kawasan yang mempunyai 25 ekor ayam betina itu... Hanya dirinya saja yang jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yang lain mampu bertelur...
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya...Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada
penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak
kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para
penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu
kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Pakcik nanti dah sampai Alor Star cakap ye, " Kata si anak pada pemandu bas.
-sekadar jenaka :)
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital.
Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,
“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini,
saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab
“Saya bekerja di Seven Eleven.”
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...
Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawab!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku KAN RASUK... " "Aduhai... "
kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat..... :p