Kita yang selalu asyik dengan sesuatu hingga kadang kadang hilang akan mana sebenarnya niat kita pada asalnya.. Pernahkah kita dahulu inginkan sesuatu dan amat kita hargai prinsip prinsip jati diri yang kita sering pertahankan, dan kerana beberapa hal hilang akan prinsip yang dulu kita pertahankan..
Kita selalu berpesan pada hati kita agar tetap akan suara suara yang lantang kita perjuangkan namun akan beberapa hal, hilang dan sayu di mamah oleh bisikan bisikan agar keangkuhan diri itu menjadi sandaran pada kita..
Mana kita dahulu?
Jika aku kini memperingatkan kamu tentang hal dulu yang kamu yakini adalah perjuangan kamu.. Mengapa harus marah dan mengusirku?
Jika aku memperlakukan kamu seperti kamu keanak anakan, mengapa kamu amat dingin dan amarah sekali seolah menidakkan kehadiranku?
Hari ini..
Hampir genap setahun bermulanya sejarah kewujudan blog jiwa jiwa.. Kerana adanya blog ini hanya bingkisan bisu dari jauh sandaran hati ini aku suarakan..
Hari ini..
Telah jauh aku melangkah di dunia maya, jika dahulu aku hanya pembaca mereka mereka yang ada.. Tapi kita, mereka mereka membaca akan aku..
Dan hari ini..
Aku masih lagi begini.. Kerana aku menulis bukan kerana nama, namun punyai rasa untuk berkongsi bersama..
Dan ada jua mereka mereka bertanya padaku.. Apa yang aku dapat? Apa yang aku ada? Dari mana sumber aku perolehi nukilan nukilan..
Kadang aku jemu dan merasakan diri ini sedikit rasa amarah..
***
Semakin lama semakin kita akan jauh pada sandaran niat kita..
Monday, March 12, 2012
Aku Punya Rasa
Saturday, December 17, 2011
Setelah 9 Bulan Blog Jiwa Jiwa
Dunia kita jauh berbeza, namun warna pelangi tetap sama.. Hitam akan putih pasti ada tintanya..
Sunday, December 4, 2011
Pesanan Buat Blogger Yang Suka Copy Paste Hasil Kerja Orang Lain
Di dalam alam maya khasnya dunia blogger penuh dengan perasaan hasad dengki dan busuk hati.. Kita blogger hebat, tapi cuma di alam maya.. Realitinya kita masih lagi tidak matang.. Kita boleh menulis dan memainkan peranan seolah kita adalah seorang manusia tidak ada salah.. Di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.. Dunia maya penuh dengan lakonan yang terbaik..
Copy Paste Lagi dari Blog Yang Terkenal
Pertama ini bukanlah entry jiwa jiwa tapi merupakan entry luahan perasaan dari saya sendiri.. Kita tak mungkin dapat mehalang perbuatan 'copy paste' di dalam dunia alam maya ini.. Walau kita cuba elakkan atau bagaimana caranya pasti akan ada perbuatan tidak bermaruah atau bermoral..
sumber gambar dari blog tersebut
Saturday, November 12, 2011
Dari http://www.sentuhan-maya.blogspot.com ke http://www.sentuhanmaya.com
Assalamualaikum..
Pertama sekali, saya mohon kemaafaan kerana agak lama tidak membuat sebarang entry terbaru sejak dari 3 nov rasanya..
Setelah bercuti panjang pada Hari Raya Aidil Adha, kemudian saya agak sibuk dengan kerja kerja pejabat hinggakan tidak terurus masa untuk melihat kelibat blog jiwa jiwa ini..
Tuesday, October 4, 2011
Dengar Akan Aku~
Dengar akan aku, aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa..
Di dalam alam maya khasnya dunia blogger penuh dengan perasaan hasad dengki dan busuk hati.. Kita blogger hebat, tapi cuma di alam maya.. Realitinya kita masih lagi tidak matang.. Kita boleh menulis dan memainkan peranan seolah kita adalah seorang manusia tidak ada salah.. Di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.. Dunia maya penuh dengan lakonan yang terbaik..
Sunday, September 25, 2011
Diam itu selalunya ada
Thursday, August 25, 2011
Mohon Maaf Zahir Dan Batin
Wednesday, August 17, 2011
Sedikit coretan tentang blog jiwa jiwa
Tuesday, August 16, 2011
Kita Terus Di Dunia Kita Sendiri
Tuesday, August 9, 2011
Selamat Ku Ucapkan Padamu Saudara
Sunday, August 7, 2011
Kenali Blog Jiwa Jiwa
Saturday, August 6, 2011
Satu Cerita di Pagi Ini
Wednesday, August 3, 2011
Kena Terjah dan Serkap Jarang
Tuesday, August 2, 2011
Masih Belum Terlewat Untuk Ucapkan Salam Ramadhan
Thursday, July 28, 2011
Bertemu Kita Hanya Sementara
Jika dengar akan aku, jangan menoleh mencari wajahku.. Cuma hayati alunan suaraku.. Jika baca akan aku, jangan mencari siapa aku cuma lihat dan dalami apa maksudku.. Aku bukan siapa siapa bagimu.. Cuma sebaris kata buat menghiasi duhai dukanya hati.. Kamu bukan siapa siapa bagiku.. Cuma tatapan tinta bisu dalam ku kenal apa ertinya rasa..
Monday, July 25, 2011
Jika Dengar Akan Luahku
1- Aku cuba elak untuk tidak menceritakan soal luahan hati aku di dalam blog ini.. Dan selalu aku postkan entry entry yang berkisar tentang perasaan.. Memang apa yang ku tulis cuba aku tunjukkan di dalam blog ini.. Tapi tidak semestinya aku di dalam alam sendiri.. Sebagai contoh ada beberapa entry berkisar tentang soal rindu, sepi dan dan sayu.. Sebenarnya aku cuma mendalami beberapa watak teman atau kenalan sekeliling aku.. Dan aku cuba tonjolkan di dalam bentuk penulisan.. Bukan aku bercakap aku tiada soal rasa perasaan sepi sunyi rindu atau sayu.. Cuma aku cuba untuk menjadi seseorang itu jika rasa itu hadir.. Aku cuba memberi gambaran secara kasar atau mendalam sesuatu bentuk rasa..
2- Blog ini bukan blog peribadi yang mengisahkan kehidupan aku.. Dan kadang aku risau serta takut jika ada kenalan kenalan aku, saudara saudara aku merasakan aku begitu.. Sungguh di dalam blog ini sudah ada saudara saudaraku yang membaca dan menjadi follower.. Ada juga kenalan rapatku di sini.. Itulah sebab kena identiti aku terpaksa dirahsiakan.. Aku takut niat aku untuk menulis dan menghasilkan satu satu entry ini terbatas dan di salah tafsir.. Di dunia luar sana, kita punyai kehidupan yang berbeza dengan kehidupan di dalam alam maya ini..
3- Kadang pendapat aku dan pandangan aku salah.. Kerana mungkin aku menulis mengikut hawa nafsu aku tanpa dikaji semasak masaknya sebelum di post.. Dan itulah aku perlukan teguran membina untuk menghasilkan yang lebih bermutu di masa depan.. Dan kadang aku juga rasakan gaya penulisan aku teruk.. Selalu mengunakan ayat yang berulang ulang atau frasa yang salah di dalam bahasa melayu.. Maaf~
4- Kadang ada juga hasil nukilan yang tak seberapa ini di share atau copy paste.. Memang di dalam dunia internet ini, kita tak dapat menghalang untuk di copy paste atau di share.. aku rasa tiada masalah kalau untuk copy paste.. Sila.. Aku benarkan.. Cuma aku pohon agar minta izin dulu dan letakkan balik link/credit.. Rasa sejuk dan tersenyum aku sendirian melihatnya..
5- Aku akui dalam blog ini juga aku ada copy paste mana mana sumber.. Dan aku dah tahu mcm mana nak letakkan link.. Dan sila rujuk link atau sumber..
6- Soalnya utama ingin aku nyatakan sebenarnya kisah kisah di dalam entry ini tidak semestinya berkisahkan kehidupan aku sendiri.. Aku suka menceritakan sesuatu ke dalam bentuk penulisan..
7- Pesan aku, sila nilai semula hasil nukilan aku ini.. Sila rujuk dahulu sebelum diguna pakai pendapat dan pandangan aku di dalam blog ini.. Kerana aku jua manusia biasa.. Aku takut, bila pendapat aku salah.. Sila nilai dulu..
8- Dan aku jua bukan Dr Love or Pakar Hati atau apa apa aja pasai rawatan jiwa ini.. Aku cuma sekadar suka menulis dan meluahkan rasa.. Dan bukan semua betul, sila kaji dan buat rujukan.. Takut di salah erti.. Terima kasih..
Repost and Edit - Buat tatapan yang baru mengenal blog jiwa jiwa
Thanks - REVIEW - ini blog jiwa jiwa anGah
Sejak 3 4 hari ini agak sibuk berulang alik.. Dan hari ada kesempatan nak update entry pasai REVIEW - ini blog jiwa jiwa anGah..
Pada yang sudi review ni, amat aku hargai atas keprihatin dan sudi membuat entry khas untuk blog aku yang tidak sebeberapa ini.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan..
Di sini ada senarai yang telah sudi.. Mungkin kalau kalau ada lagi yang masih sudi review, silakan.. Amat memerlukan pandangan dan pendapat atas hala tuju blog ini.. Kerana kadang aku jua punyai perasaan, tertanya apa pendapat tentang blog ini..
Pada yang ingin review boleh klik di sini -> REVIEW - ini blog jiwa jiwa anGah ,, review anytime..
7- http://workshopgurlzz.blogspot.com/2011/07/review-ini-blog-jiwa-jiwa-angah.html
Sudi sudi la ke blog blog di atas :)
Thanks :)
Sunday, July 24, 2011
Bertambah umurku 18 tahun kala ini
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ini genap umurku 28 tahun.. Terasa pantas masa berlalu hingga kita sendiri tidak menyedari banyak perkara berubah..
Jika 3 tahun lepas, aku masih bersendirian.. Bujang dan tidak siapa jodohku.. Dan tidak menyangka dalam 3 tahun ini banyak yang telah berlaku.. Dan di masa 26 tahun, bertunang.. 27 tahun melangkah ke alam perkahwinan.. Menjadi seoarang suami..
Sekarang, aku seorang suami dan seorang ayah.. Dan bertambah tanggungjawap aku di dunia ini.. Tidak banyak dapat aku coretkan pada entry kali ini.. Update guna hpone..
Syukur, bertambah umurku.. Aku punyai seorang isteri yang memahami fan menyayangi aku.. Punyai seorang anak perempuan.. Punyai keluarga.. Punyai sahabat.. Punyai kerjaya.. Alhamdulillah..
*umurku bukan 18 tahun ye.. Muahaha.. Senfaja kata 18 tahun muda sepuluh tahun
Assalamualaikum..
Wednesday, July 20, 2011
REVIEW: Ini blog jiwa jiwa -anGah
Mungkin tiada entry terbaru sehingga tutup Review ini blog jiwa jiwa.. Boleh rehat beb.. muahaha.. thanks :)









