Thursday, August 18, 2011

Adakah Cinta Itu Perlu Di sanjungi?



Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada

Pengertian bahagia, cinta dan rindu amat berkait rapat.. Kerana merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Ada yang masih mengharap pada datangnya cahaya menerangi kegelapan.. Dalam mencari satu wajah yang tenang di balik satu kesungguhan kelamnya kalut hati.. Masih ada lagi rasa yang hadir.. Masih ada lagi yang sudi bertemankan kasih..

Cinta itu juga memberi satu keazaman jiwa yang utuh.. Memberi kuatnya langkah yang dititipnya.. Satu demi satu jalan yang berliku menjadi arah.. Perginya seakan satu dunia yang tahu.. Hilangnya hanya menanti rebah.. Dan selalu saja kita tewas kerana selalu salah dalam menilai kuatnya jiwa yang sering dirasakan cinta itu ada..

Kadang cinta itu perlu ada diamnya kerana kala menyatakan perit lagi menerima kenyataan.. Bukan semua cinta yang hadir perlu diperjuangkan dan disuarakan.. Kita punya hati dan rasa pada sesuatu yang mungkin bukan milik kita.. Dan diam itu kadang lebih memberi kekuatan pada hati yang dirasakan kecewa..

Kadang simpan saja rasa yang kuat mencengkam erat dalam dakap dada amat pedih dan sakit.. Menyembunyikan satu rasa cinta yang dulunya kita yakin itulah sejati memerlukan kekuatan dan semangat yang kuat.. Pergi dan berlalu satu detik masa itu tidak akan kembali lagi.. Biarpun punya ada kesempatan namun hanya lirikan mata yang menemani..

Adakah cinta itu perlu dimiliki dan disanjungi? Bagiku cinta itu janganlah diagungkan.. Cinta sesama manusia tidaklah memberi satu hakikat diri yang sebenar.. Dan sering kita tewas dalam bergelut mencari erti kebahagiaan dalam bercinta.. Pergi cinta itu.. Datang yang baru.. Pergi jua cinta.. Datang yang baru lagi.. Cinta itu cuma datang dan pergi dalam hidup kita..

Cinta itu bukanlah kata kata yang selalu diungkap pada manisnya mulut berbicara.. Dalam memujuk rayu pada insan yang selalunya tewas dalam bisikkan rayu.. Kata cinta bukan dinilai bertapa sejuknya di dengar pada ungkapan yang lantang.. Dan cinta itu amat besar pengertiannya...

Cinta juga bukan hanya dizahirkan pada tingkah laku seseorang saja.. Lebih pada hanya satu lakonan yang kadang di salah erti..

Dan cinta itu ada pada setiap jiwa yang masih mempunyai hati.. Di dalam jauh masih tersimpan kuat di dalam akal yang masih kita selalu nafikan.. Cinta itu ada pada kita dan kita sendiri saja yang tahu di mana ertinya..

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Cinta manusia fitrah dan lumrah kehidupan.. Jika hilang boleh bganti tapi jika iman berkurangan kembalilah mencari sinar petunjuk-NYA.. InsyaAllah cinta sejati akan hadir bersama sama iman yang dicari... Cinta ALLAH sentiasa kekal dihati.



Comments
12 Comments

12 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

cinta kepada Yang Maha Esa lebih Agung

zulkoa said...

air mata dah berkaca..haish

aima said...

cinta diri sendiri, cinta allah, cinta ibu bapa, maka dicintailah kita.....cinta dtg dan pergi, cintai la semau kita , sederhana dan bersahaja..hidup perlukan cinta...

momoi mee said...

entah la...rindu yg x pernah berkubur..isk2

aydaghazali said...

bersederhana ajelah dalam bercinta . jika ad perpisahan , belajar untuk menerima dan meredhai setiap yg dh berlaku ...

Anonymous said...

cinta kpd allah adalah yg t'bek....

IR!S ORK!D 12 said...

sy nak ckp sy follower yg ke 4000 :))

anGah said...

@Qia UnGu wahh.. makaseh seb sudi.. huhu

anGah said...

@ayda ghazali sokong :)

anGah said...

@ubi asyik berkaca je? huhu.. lek lekkk

ika said...

suka ayt ne =)

' dan diam itu kadang lebih memberi kekuatan pada hati yang di rasakan kecewa...'

Anonymous said...

cinta metal 6oan..