Thursday, August 25, 2011

Cinta Dalam Diam

...Sejak pertama kulihat kamu, hal yang paling mendalam yang ku rasakan adalah kejujuran, kecerdasan dan kehangatan dirimu.. Tiada yang menenangkan jiwaku selain dapat melihat sinar dari lirikan matamu...



Jatuh cinta pada seorang teman yang kita kenali adalah satu situasi yang sukar ditafsirkan dengan coretan.. Satu bentuk perasaan yang selalu bermain di minda kerana si dia selalu saja di mata..

Untuk menyukai seseorang hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Dan kadang perasaan itu akan terus di buai di hati sehinggakan membuahkan rasa cinta dan sayang.. Cuma kadang cinta itu hadir pada seorang teman yang kita kenali.. Mungkin seorang rakan sekolah, teman sepermainan, teman pejabat atau sesiapa saja yang kita kenali..

Satu-satunya cara untuk memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai. Tetapi. mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.



Apabila bersua dan bertemu muka, terasa debaran yang kuat di dada.. Jantung berdegup pantas seolah baru berkejaran di padang.. Dan amat terasa sayup sayup suara yang di dengar antara sedar dan tidak.. Ingin saja tatap wajah tenang itu namun geloran di hati amat terasa.. Bagai orang di keliling mengetahui rahsia tersimpan..

Dan tika berbicara manis, tubuh kadang terasa seram sejuk menutur kata kata.. Kadang kata amat berat diluahkan seolah terpaku.. Amat susah menyusan kata kata memberi satu kiasan seolah lidah menjadi kelu dan kadang terasa diri terhenti untuk berbalas bicara..

Amat perit terasa menyintai dalam diam kerana terpaksa menyimpan rahsia yang kuat.. Kadang cemburu menguasai diri bila melihat si dia bermesra atau sedang berdua dua dengan orang lain.. Ingin saja menyatakan cinta namun kekuatan diri tiada.. Terpaksa dalam diam menyimpan cemburu itu berpanjangan..

Tapi kadang si dia telah menegur atau mengirimkan sms.. Terasa hati berbunga bunga, seolah mahu saja menjerit sedunia kerana si dia telah menegur.. Tersenyum seorang diri sehinggakan terbawa di dalam mimpi.. Amat bermakna rasanya diri di kala itu..

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati, mampu melumatkan seluruh jiwa raga. Manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Orang yang kamu cintai, pabila bertemu sua pasti terasa kelainan pada raut wajahnya.. Melihatnya memberi satu kekuatan dalam diri.. Memandang wajahnya, terasa sejuk di hati.. Seolah bercahaya menyinari harimu..

Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

*Repost and edit entry 20 July 2011



Comments
20 Comments

20 Orang Yang Prihatin:

ll said...

amboi ;P

zulkoa said...

jiwang ni..

Asha Nini said...

ya betul..setuju dgn entry ini..huhuh

Bicara Bisu said...

hehehehe...
mood jiwang melanda nmpknyer....hihihi

#F said...
This comment has been removed by the author.
Qaseh Qistina said...

eeeee....np mcm terasa makan cili jer..huaaaa

Deqmie said...

encik angah..minta izin untuk share :)

Unknown said...

sayu je bace angah

wahhh cinte dlm diam

kdg kala sakit

DEZAMAN COTTAGE said...

mood jiwang nie hehehehe.....terima kasih datang ke blog saya dan tinggalkan komen....TQ

juju_illyana said...

kenapa bila diluahkan isi hati dan si dia menerimanya tapi kau sanggup menghancurkan hatinya...

Unknown said...

shahdu sungguh!! =(

HaNi.Dew said...

terasa pulak.. sebab penah berada dalam situasi ini dan sidia tak tahu sampai sudah..
kembali jumpa dan tahu dia sudah berpunya..

itulah nasib cinta dalam diam yg tak kesampaian.. :/ :P

abel said...

better luahkan jek perasaan tu....jgn simpan2..

hasyida4337 said...

anda nyer entri mmg kne ngan sy....mencintai seseorg lam diam slame 7thun byk uji ksabaran..tp sy berjaye ilangkn jgak prasaan 2 spy sy leh mnerima org len lam idup sy..insyaallah...

HaiDa HiDa said...

sayunya..
tak tahu la cinta dalam diam atau tidak..
semalam dia datang berikan harapan..
hari ni dia musnahkan harapan yg telah diberikan..
dan esok dia datang lagi dengan harapan baru..
tapi hati ni masih bertanya dengan persoalan demi persoalan.. cintakah dia pada diriku??

gadis_laiha said...

Pernah alami situasi ni, lama saya pendam perasaan cinta tu... Bertahun2 menyintai dia dalam diam, tidak terkira rasa rindu, sakit, air mata yg mengalir kerana dia... Ada juga rasa gembira dan bahagia yang singgah walau sementara... Semuanya saya abadikan sebagai kenangan yang tersimpan kemas jauh di lubuk hati sehingga kini dan telah saya lepaskan perasaan cinta tu walaupun sukar...

Anonymous said...

Mcam aq lak..hu2..

Anonymous said...

Saat kau membuka pintu hatimu mungkin aku telah jauh. Meninggalkan dirimu dan kenanganku rasa kecewaku padamu. Memang kau yang terindah yang pernah tercipta, namun bukannya kau harus, sia-siakan aku dengan segala tingkahmu, rasa kecewa ku padamu. Biarkanlah aku mengembara jauh, menghapus luka kecewa karna cintamu. Jangan kau sesali kenyataan ini, karna ku bahagia lepas dari jeratmu.

anGah said...

@Anonymous :)

Rianaz said...

Sy pernah alami situasi ini, sy org yg di cintai dalam diam oleh si dia, hingga tiba waktu dia meluahkan, sy terima dgn hati yg terbuka, tapi..... akhirnya bila cinta saya semakin kuat utknye, dia membisu seribu bahasa... Apakah makna cinta pada dirinya????