Sunday, May 1, 2011

Cinta datang dan pergi



Cinta itu amat luas pengertiannya..

Ada yang masih mengharap pada datangnya cahaya menerangi kegelapan.. Dalam mencari satu wajah yang tenang di balik satu kesungguhan kelamnya kalut hati.. Masih ada lagi rasa yang hadir.. Masih ada lagi yang sudi bertemankan kasih..

Cinta itu juga memberi satu keazaman jiwa yang utuh.. Memberi kuatnya langkah yang dititipnya.. Satu demi satu jalan yang berliku menjadi arah.. Perginya seakan satu dunia yang tahu.. Hilangnya hanya menanti rebah.. Dan selalu saja kita tewas kerana selalu salah dalam menilai kuatnya jiwa yang sering dirasakan cinta itu ada..

Kadang cinta itu perlu ada diamnya kerana kala menyatakan perit lagi menerima kenyataan.. Bukan semua cinta yang hadir perlu diperjuangkan dan disuarakan.. Kita punya hati dan rasa pada sesuatu yang mungkin bukan milik kita.. Dan diam itu kadang lebih memberi kekuatan pada hati yang dirasakan kecewa..

Kadang simpan saja rasa yang kuat mencengkam erat dalam dakap dada amat pedih dan sakit.. Menyembunyikan satu rasa cinta yang dulunya kita yakin itulah sejati memerlukan kekuatan dan semangat yang kuat.. Pergi dan berlalu satu detik masa itu tidak akan kembali lagi.. Biarpun punya ada kesempatan namun hanya lirikan mata yang menemani..

Adakah cinta itu perlu dimiliki dan disanjungi? Bagiku cinta itu janganlah diagungkan.. Cinta sesama manusia tidaklah memberi satu hakikat diri yang sebenar.. Dan sering kita tewas dalam bergelut mencari erti kebahagiaan dalam bercinta.. Pergi cinta itu.. Datang yang baru.. Pergi jua cinta.. Datang yang baru lagi.. Cinta itu cuma datang dan pergi dalam hidup kita..

Cinta itu bukanlah kata kata yang selalu diungkap pada manisnya mulut berbicara.. Dalam memujuk rayu pada insan yang selalunya tewas dalam bisikkan rayu.. Kata cinta bukan dinilai bertapa sejuknya di dengar pada ungkapan yang lantang.. Dan cinta itu amat besar pengertiannya...

Cinta juga bukan hanya dizahirkan pada tingkah laku seseorang saja.. Lebih pada hanya satu lakonan yang kadang di salah erti..

Dan cinta itu ada pada setiap jiwa yang masih mempunyai hati.. Di dalam jauh masih tersimpan kuat di dalam akal yang masih kita selalu nafikan.. Cinta itu ada pada kita dan kita sendiri saja yang tahu di mana ertinya..


... Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada ...



Comments
15 Comments

15 Orang Yang Prihatin:

siti zarizza said...

begitulah cinta kan. tp cinta kepada ALLAH dan RASUL adelah cinta yg kekal abadi dan takan pena pudar. so, CINTAI lah ALLAH sebelom cintakn manusia. http:// sitizarizza.blogspot.com.

anGah said...

betoi tu mate bulat.. bulatnya mata.. haha

tokwan muda said...

betul cinta itu suci maka hargailah ia,tetapi cinta kepada Allah itu adalah cinta hakiki setuju cik mate bulat tu^_^

Unknown said...

Terima kasih..

:)

anGah said...

tokwan tokwan: hahaha... betoi aja ang..

azree: tetiba tima kaseh neh.. nape eh.. hoho

Jahirah said...

cinta banyak tafsiran.cinta pada-Nya yang kekal..:)

hantu coklat said...

cinta t'bhagi kpada bnyak bhg .. cnta pd allah , cnta pd rasul , cnta pd mnusia dn cnta pd haiwan dn tmbuhan ,,

HAKMI said...

tak tau nak kata apa.....cinta.....cinta...hmmm...no comment

Browacana said...

cintailah sungai kita..hihihi

keet said...

jenjalan sini :)

* aDeQ's Rayyan * said...

cinta mmg indah juka bersulamkan kejujuran serta berbenangkan kesetiaan

M.Y.S.O.U.L said...

cinta.....
klu fobia cinta??heee....

Cik Siti said...

cintailah Allah kerana itulah cinta yg sebenar n cintamu akan dibalas oleh-Nya xkira samada kaamu buruk,miskin,hina ..selagi haty kamu mnyintai Dia,melakukan suruhanNya nescaya hidupmu bahagia dunia akhirat,,,,berilah hatymu pd manusia,maka manusia akan mghancurkannya,berilah hatimu yg hancur kpdNya..nescaya Dia akan merawatnya....

spesispenunggu? said...

yup..cinta dtg dan pergi. tpi yg pergi tu la yg slalu dikenang. wuwuwuw

Arifz Crazy Boyz said...

cinta ini ibarat mempunyai bende yang berharga...jika bende itu pergi..kita akan berasa sedih yang amat perit di hati...dan apa yang pergi susah untuk kembali...kita hanya mampu mengingati kenanangan bersama bende tu...huhuhu :)