Monday, May 9, 2011

Musnah satu kisah percintaan bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan



Di dalam satu perhubungan yang terjalin sering kali diuji dengan palbagal cara ujian dan ada kalanya rintangan yang datang boleh menghancurkan sesuatu hubungan tersebut.. Dan bukanlah menjadi matlamat di dalam percintaan berakhirnya di tengah jalan.. Miskinpun kemuncak percintaan itu ada pada satu ikatan halal iaitu perkahwinan..

Menyentuh pada satu pergolakkan perasaan di mana satu hubungan yang dibina tidak bersama lagi dengan pasangan masing masing.. Terputusnya kisah cinta dan sudah nyata tiada lagi persamaan di antara pasangan tersebut..

Kadang bila percintaan yang tidak menjadi mengikut impian yang dibina, sering saja membawa kekecewaan yang berlarutan.. Kita menjadi lupa dan takut untuk menghadapi hari mendatang dan menjadikan pengalaman yang amat bererti bagi menyuluh pada masa hadapan.. Kita seolah menjadikan peristiwa itu sebagai berakhirnya kehidupan kita tanpa bangun kembali memberi peluang pada diri kita untuk lebih mempunyai azam yang kuat..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH ~ Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Di sini beberapa petua yang dapat kita menjadikan satu amalan agar hati kita tenang dan membawa kembali semangat yang dulunya selalu ada dan menerima kekalahan putusnya cinta itu dengan hari yang lebih terbuka..

Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
Hati tidak tenang kerana selalu saja bisikan halus membawa berita dan memberi tekanan pada diri supaya melalukan perkara perkara di luar kawalan.. Dan hati kita menjadi kosong kerana kita semakin jauh dari Allah.. Dan seharusnya kita sedar, bukan di kala susah sahaja kita menginggatiNya.. Di waktu senang pun kita kena kembali padaNya.. Namun masih belum terlambat untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.. Memohon perlindungan dan diberi kekuatan untuk melupakan dan merelakan perpisahan itu..

Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
Sibukkan diri kita dengan tugasan dan kerja kerja yang membolehkan kita lupa akan perasaan sedih yang hadir.. Jika dulu kita kurang untuk mengemas rumah, kini mungkin kita akan menjadi rajin.. Menambahkan kerja kerja tambahan di pejabat mungkin, secara tidak langsung meningkatkan produktiviti syarikat.. Apa yang sesuai dengan jiwa kita, lakukan dengan hati yang ikhlas..

Keluar bersama kawan-kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaa
Cuba untuk bersosial dengan rakan rakan.. Jika dulu masa anda banyak di habiskan bersama si dia.. Dan ini adalah peluang mendekatkan kembali hubungan antara kawan kawan.. Dan jika dulu mungkin hobi anda tidak dapat di lakukan kerana mendapat tentangan si dia.. So sekarang dah boleh lakukan apa yang anda minat.. Tapi bila bersama sama kawan tu jangan aktiviti tidak bermoral pula sebagai contoh hisap dadah ke pergi disco ke?

Anggaplah putus cinta itu adalah satu persinggahan dalam kehidupan.. Mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda. Sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya.. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya.. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan

Sebenarnya ada banyak lagi bagaimana cara untuk melupa kisah percintaan yang terputus.. Kita kongsi pada entry yang lain..



Comments
6 Comments

6 Orang Yang Prihatin:

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

Kalau dah bukan jodoh buat la cara ape pn, tunggu la lame mana pn tetap takkan bersama & juga sebaliknya. jadi bila cinta tak kesampaian. rasional kene selalu mengatasi emosi. :P

Unknown said...

Oleh yang demikian..

Janganlah biarkan hati karam dilautan cinta

Andai ia belum sah milik kita

Hidup biarlah berpada

Agar kelak tidak merana

(dah macam pantun pulak jadinya~)

;)

Qaseh Qistina said...

ye..dia bukan jodoh kita dan kita perlu terima dgn redha.org yg mengalaminya shj yg tahu betapa peritnya putus cinta tp ini bukan pengakhiran sebuah percintaan. masih ada yg layak utk kita yg belum kita temui...

anGah said...

@Qaseh Qistina Qistina yang laju komen :)

M.Y.S.O.U.L said...

ape yang terjadi mungkin ade hikmah disebaliknya..(^_^)

Unknown said...

ada hikmah dsetiap kejadian..