Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..
Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah gulana.. Tidak tentu arah dan hilang punca.. Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai rasa berbelah bagi di dalam melakukan sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kena.. Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kena pada tempatnya..
Kadang juga cinta memberi kita satu kekuatan yang luar biasa.. Jika dulu kita seorang yang penakut dan tidak berani.. Tapi dalam asyiknya cinta, kita menjadi seseorang yang bukan kita yang dulu.. Kuat dan tabah menghadapi rintangan.. Seorang yang kental semangatnya.. Berani membuat sesuatu perkara seolah menjadi hero kampung atau sebagainya..
Dan bila terputusnya rasa cinta itu, kadang membawa kita satu azab yang berlarutan.. Menjadi satu keadaan yang tidak tenteram dan takut dalam menghadapi sesuatu kemungkinan yang ada.. Menjadi satu kekecewaan yang berlarutan dan menyebabkan sesal yang tak sudah..
Begitu dasyat dengan rasa cinta yang hadir.. Mampu membawa perwatakan yang pelbagai kepada kita, insan yang selalu dambakan cinta..
Seharusnya kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada cinta.. Menjadi begitu taksub dan dambakan kepada rohaninya cinta sesama insan.. Kerana hadir rasa cinta itu bersebab.. Datangnya rasa cinta itu dengan izinNya.. Dan kadang kita akan terus menyalahkan keadaan mengapa dan kenapa terjadi sedemikian pada kita.. Sedangkan matlamat dalam percintaan bukannya berakhir dengan kekecewaan namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik pada hambaNya..
Dan janganlah kita menjadi satu bangsa yang kolot dan tidak mempunyai akal yang panjang.. Kebahagiaan kita bukannya terletak pada si dia, insan yang menghancurkan kita.. Atau pada si dia, insan yang tidak menerima cinta kita.. Kerana cinta itu tidak buta.. Tapi yang butanya mata kita dan hati yang selalu inginkan satu impian dan angan angan yang tak sudah sudah..
Mengapa kita perlukan cinta? Kerana itulah naluri kita ingin kasih dan sayang sesama insan lain.. Bagaimana akan terjadi jika cinta tidak lagi bermakna pada kita? Kerana sering kita salah dalam menilai sesuatu hubungan yang kita kadang rasakan jika si dia kita miliki maka kita akan bahagia.. Siapa si dia sedangkan jodoh itu tiada pada kamu? Seharusnya kita paham, jika si dia tidak bersama kita, tidak semestinya kita tidak layak memiliki bahagia.. Kerana bahagia kita bukan hanya terletak pada cinta yang kita dambakan.. Kadang bahagia kita pabila kita masih lagi mengukir senyuman yang ikhlas dan berkata bahagia walaupun si dia bukan milik kita.. Kerana bahagia kita tidak semestinya bersama si dia..
Jauh lagi kita masih terkenang pada satu raut wajah yang dulu pernah mengetarkan jiwa, yang satu masa dulu pernah membuatkan hati kita lemah dan menangis pada rindu yang dalam.. Dan kita masih lagi mengharap semua yang berlalu cuma sepotong mimpi ngeri.. Sedangkan pada hakikatnya masih kita tidak dapat menerima satu kenyataan yang telah tersirat.. Dan tersuratnya, bahagianya dalam bercinta itu melepaskan cinta yang berlalu pergi dengan kerelaan dan berdoa kebahagiaan masing masing..