Tuesday, May 31, 2011

Jiwa dan aku - Tanda tanya



Sampai satu ketika aku rasakan aku letih.. Aku letih untuk mencari sesuatu yang ku rasakan, dulu aku yang punya.. Aku letih untuk mencoretkan pada hentian blog..

Sudah melebihi 2 bulan 2 minggu aku di dalam dunia blog.. Adakah aku menjadi salah seorang blogger.. Kadang aku menulis hanya mengikut hawa nafsuku.. Dan kadang aku juga takut dan risau, kata kata aku di dalam nukilan entry ini di ambil pakai tanpa ada tapisan terdahulu.. Kerana aku juga manusia.. Aku risau dan takut, menjadi tanggungjawap jika luahan aku ini tanpa di tapis terus di gunakan.. Dan mungkin boleh menambahkan derita dan mudarat pada mereka mereka..


Aku menanti satu pernantian yang amat amat ku rindui.. Senyuman dari wajah yang tak pernah aku bayangkan.. Satu wajah yang tidak pernah aku jumpa.. Dan tidak terpikir bagaimana rupanya.. Aku sudah mula merinduinya..

Dan aku sendiri menjadi tanda tanya, pada masa dan waktu bilakah akan ketemu.. Menjadi tanda tanya setiap waktu.. Malamku menjadi mimpi, siangku menjadi debaran..

Menanti dan menghitung hari.. Sungguh aku rindukan Isteriku di kampung.. Hanya menanti waktunya.. Dan menjadi tanda tanya putera atau puteri....



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

The Norah said...

anugerah terindah akan hadir dalam hidup angah nanti
alhamdulillah....semoga semuanya selamat ya....:)

Hana Suzana Ramlee said...

ape pon...ia pasti yang teragung dlm idop...alhamdulillah...smg sglnye selamat...

Jelita Lara said...

semoga selamat sampai ke kg halaman, bertemu dgn insan2 yg tercinta...