Monday, May 30, 2011

Cinta? Apa ertinya


...Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali...

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..



Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..

Cinta bukan paksaan.. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan..

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat..

Cinta datang kadang kita tidak merasakan kehadirannya hinggakan pada suatu masa bila kita menyedari cinta itu ada pada kita, semuanya sudah terlambat.. Cinta kadang datang tidak kita minta tanpa ada alasan memberi sinar pada kita yang selalu menidakkan cinta itu ada dalam hati kita..

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati..

Kita sering salah, menganggap diri lemah pabila meratap dan menangisi perpisahan yang terjadi.. Sebenarnya kita manusia biasa yang masih mempunyai rasa pilu dan kasih.. Usah hiraukan mata memandang akan kita, seolah kita hina dan lemah bila cinta itu pergi, kita masih lagi terus bersedih..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk di ulang ulang..

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. Cinta itu seperti sinar matahari, tidal memilih siapa yang ia sinari.. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati..



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

faizalnizam said...

cinta sejati hidup selamanya. barangkali, barangkali.

kindergartenlibrary said...

Cinta ?
erm
T_T

Nick Amin said...

uuu... (-_-)zzZ

senja.bias said...

cinta hanya sekali..tiada mampu berucap ke dua kalinya.........

kell said...

cinta? hmm... =..=