Aku menghargai dan amat berterima kasih pada mereka yang sudi singgah ke lama blog aku ni.. Blog ala jiwa jiwa menceritakan tentang kisah soal perasaan dalam jiwa kita..
Tema blog yang aku utarakan mengenai soal hati yang dimiliki oleh insan.. Bukan aku berlagak tunjuk pandai seolah aku mendalam tentang perasaan.. tapi ini cuma pendapat dan pandangan aku sahaja.. Dan amat aku alukan teguran membina dari mereka mereka yang sudi membimbing..
Dan kadang selalu aku tidak membalas komen komen yang ditinggalkan.. Bukan aku sombong atau tidak ambil kisah.. Tapi aku sendiri tidak tahu untuk menjawap setiap persoalan yang timbul.. kerana selalu komen yang di tinggalkan berkisah hal peribadi.. Seolah satu persoalan yang mengenai kisah percintaan sendiri.. Apa yang perlu aku katakan.. Mohon maaf, saya bukan pakar cinta dan doktor cinta atau apa apa ajalah mengenai rawatan jiwa ini.. Kerana aku menulis hanya untuk meluahkan apa yang kurasa dalam mengenal erti kehidupan.. Masih jauh lagi untuk aku memberi dorongan dan tunjuk ajar pada mereka mereka tersebut..
Dan ada kala komen komen itu juga mempunyai persoalan yang serupa, sebagai contoh ingin berkongsi entry, sila sila.. aku izinkan dan ilmu itu tentulah perlu dikongsi.. ada button share dan juga link.. just copy link and share.. dan jika ada hendak copy entry, jika sudi letakkan link blog ini.. kalau tak nak letak ape nak buat kan..
Dan selalu juga, mereka mereka yang ada memberi komen mengucapkan nice entry, atau memuji muji entry entry yang dihasilkan.. Terima kasih kerana menghargai dan mengucapkan puji puji tersebut.. Tapi sebenarnya, tiada apa yang perlu aku banggakan.. aku juga manusia biasa.. Bukan aku minta dipuji puji ni.. Dari puji baik belanja makan, kenyang juga.. hehe.. tak usah la puji puji, kembang idung aku nanti.. rileks rileks sudah..
So pada mereka mereka mereka yang berkenaaan.. Terima kasih kerana sudi memberi komen komen padaku.. terima kasih... pada yng membaca.. amat terima kasih..
*bercuti seminggu - urusan kenduri di kampung.. sehingga 24hb May.. Pada yang rasa nak buat header sila sila... haha