Wednesday, May 18, 2011

Kadang menyintai seseorang tidak seharusnya memiliki





...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..



Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..



Comments
14 Comments

14 Orang Yang Prihatin:

Nisa Hamzah said...

ye, mmg mencintai x semestinya memliki, tp dlm menerima knytaan tu terlalu pyah...nisa bce entry ni yg ssuai pd wktunya..dlm mencari kekuatan..kerna mse kite punye cinta, tu la kekuatan kite, then bile khilangan, cinta tu jgak la kelemahan kite...thanks angah, entry yg bergune ni...

lilymokhris said...

cinta itu terlalu kompleks tetapi cinta itu lebih indah sekiranya kita memilikinya.

m|u|m|u said...

btul.. cinta xsemestinya dimiliki.. tp xslh kalau kita berusaha utk dptkan cinta yg kita dambakan.. yang paling hati mau ikhlas...

papepun..mumu cinta n setia ngan cinta yg telah wujud dalam hati ini.. mumu mohon agar cinta ini akan disatukan jugak satu hari nanti..amin~

GamUHU said...

thanks for sharing angah.

Sumayyah Islami said...

ye, mencintai x semestinya memiliki..tapi ada 1 cinta..
apabila kita mencintai, kita akan milikinya..
iaitu..CINTA ALLAH. ^___^

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sayhduuu baca ntri nikh...jiwa2 sgt

dOdOnnAt said...

kadang2 cinta 2 bkn milik kita,,

tamlegend said...

sampai bila pn cinta tu bukan untuk dimiliki. cinta tu kan arah tuju...arah tujunya Allah...takde apa y nak dimiliki...semuanya milik Allah...kita ni pinjam kejap je pun...

RIAN said...

Love did not hurt. It hurt when we lost it.

H_O said...

sngat betul

mista said...

Cinta memang indah..
Lagi indah kalau kiter memilikki ape yg kiter damba kan..
Tapi amat pedih kalau ianya di khianati, ape lg kalau di buang mcm sampah, x dihargai..
Keindahan cinta mungkin hanya dlm mimpi jer kot..
Bagi I, mimpi yg paling indah tuh, adalah mimpi yg paling sukar jadi kenyataan..
Hargai larr mimpi tuh, smentara ianya masih indah, sebelum ianya bertukar jd mimpi ngeri..

Arifz Crazy Boyz said...

cinta itu memang indah dalam hidup manusia..
cinta ini membuat kita gembira,sedih,kecewa,marah,dan gelisah...bila cinta kita dipermainkan...nak2 lagi..cinta kita tak dihargai...keindahan cinta itu mungkin hanya dalam mimpi tido kita...

bagi den...keindahan cinta itu hanya untuk kita mencintai pada yang maha esa..iaitu cinta kepada Allah...semua ini hanya smentara sahaja...bila tiba masa nye...Allah akan mengambil semula hak dia...

Fadzlin Basir said...

nice entry.....
love diz..=)

Nat_Everlast said...

btol3.. cnta x semestinya memiliki..
andai btl kte sygkn dy lpskn dy klo dy dtg blk pd kte mknenye btol la dy jdh kte.. :)
melht dy bhgia dgn sesorng yg blh bhgiakn dy lbh bererti bg seorng insan yg bnr2 menyayangi lelaki/pompuan t'sebut..