Sunday, May 29, 2011

Tanda Tanda Lelaki Merajuk

Lelaki juga manusia biasa dan kadang mempunyai rasa untuk merajuk.. Buruk rupanya bila lelaki merajuk, kerana tidak sesuai dengan jiwa lelaki sepatutnya hati kental..



Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan)


Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

............

Entry ni aku share dari SINI



Comments
15 Comments

15 Orang Yang Prihatin:

Rawkzell said...

btol sume nye . huhu

Jari Jemari Pink said...

tapi.. semua ni pun saya buat~ oh except for the last 1..

tapi kalau buat senarai, tanda2 perempuan merajuk.. mau juge 2 page blog ni. :P

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

hahahah..panduan hidup tua nanti=)

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

hahahah..panduan hidup tua nanti=)

Robocop said...

smue mcm tu.. laki pmpn same je..

Khairunnisa' said...

Baca entri ni, teringat pada ex. Ahhh!

Umie Naziera said...

lelaki merajukkk??sweettt!!

Anonymous said...

umi naziera:lelaki merajuk sweet ke???hahahaha
kalau saya, merajuk diam je...mls nk layan org buat saya merajuk...hahahha

Amira Arifin said...

susah nak pujuk lelaki .
hmmmm .

aizamia3 said...

panduan untuk masa tua nanti.. sebab masa tu perasaan pasangan lagi mudah terguris.. tapi sekarang yang selalu merajuk ai ler tapi takde maknanya en. suami nak pujuk.. lagi dia gelak ada... hahaha...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
jaY said...

oish mcm ni ker..hmm
angah, camne nk pujuk? elok bior je dia reda sendiri? ker beli kn dia rokok?

anGah said...

@jaY buruk kan rupanya.. huhu

Yulizs Homestay said...

pernah kene slh 1..huhu..tp yg plik bile die mrajuk ati kite jdi mcm sedih je..yela,dah 1 blik wat x tau je..tp bile kite nangis sbb die wat xtau , die blk pjuk kite...hehehe...

Unknown said...

boleh diterima lah...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/masihkah-ada-sinar.html